Klik je...!!!

Jumaat, 16 Julai 2010

Jom Mewarna Bersama Jihan...


Satu hobi pelik anak-anak kami ni... Kedua-duanya suka melukis... ini bukan calang-calang melukis. Biasanya budak-budak memang suka menconteng, menulis & mewarna. Tapi cuma guna pensil warna atau krayon je... Jihan ni pulak bila melukis, lebih suka guna poster color, water color & jenis-jenis warna seangkatan dengannya... bayangkan sampai merayu-rayu mintak dibelikan water color. Selain melukis dengan water color, Jihan pun minat mewarna lukisan canvas dengan acrilic... pun terpaksa kami belikan sebab dia nak sangat... Bila dah beli tu tak sabar-sabar pulak nak buat lukisan.. "Abah, nanti boleh tak kita buat colouring..?", kalau abahnya penat atau buat tak layan, ditanya pulak pada ibunya...

Bila dah merayu-rayu, malamnya aku pun guide lah Jihan ni buat coloring tu...
Inilah projek terbaru Jihan...
-

Ade lah sikit bakat terpendam tu. Maknanya perlu diasah... Bukan aku nak galakkan atau jadikan dia pelukis, atau pereka, atau mungkin juga arkitek bila besar nanti. Tapi, memandangkan hobi melukis ni aku rasa jauh lebih baik dari hobi bermain video game atau main basikal di taman permainan tanpa pengawasan, maka, adalah lebih baik untuk aku melayan minatnya itu... betul tak...
Tak dapat jadi arkitek, jadi doktor pun ok lah... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...