Klik je...!!!

Isnin, 23 November 2009

Bercanda Di Pasiran pantai...




Sejak berkeluarga, tak pernah aku habiskan cuti hujung minggu tanpa aktiviti atau duduk diam di rumah. Panas punggung kot kalau duduk diam tanpa apa-apa aktiviti, keluar bersiar-siar atau berkelah. Semenjak anak-anak dah diperkenalkan dengan layang-layang, hampir setiap bulan kami akan berkelah & bercanda di pasiran pantai Bagan Lalang. Aku pun tak pasti kenapa lokasi ini menjadi pilihan tapi mungkin tempat ni meninggalkan seribu nostalgia buat aku dan isteri, lebih-lebih lagi isteri aku yang pernah menetap di sini bersama keluarganya.
-


Bukan main seronok tengok putera & puteri kami bermain. Awal-awal dulu diorang seronok bila dapat bermain layang-layang. Sekarang ni diorang bertambah seronok kalau dapat bermain pulak dengan pasir-pasir pantai. mulalah nak tunjuk kreativiti masing-masing. Sebenarnya, walaupun kami sering berkelah di sini, jarang sekali kami mencecahkan kaki ke air masin, sebab mandi-manda, bukan tujuan utama kami. Cukuplah sekadar menghirup udara segar & dibelai bayu laut yang bertiup, sambil memerhati putera puteri seronok bermain.


Baru baru ni kami sekali lagi menjengah Bagan Lalang. Tapi kali ni misi kami berbeza iaitu menemani isteri aku yang ingin mencari ketenangan mentelaah buku untuk menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah, berhasil...

-


Sekarang ni suasana Pantai Bagan Lalang tak seperti kali pertama aku sampai enam tahun lepas. Biasalah, semuanya atas nama pembangunan. Projek Sepang Gold Coast sedang giat dibangunkan. Samada Suasana pantai di akan lebih menarik atau semakin suram, aku sendiri tak pasti... pada aku, ok je...
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...