Klik je...!!!

Rabu, 4 Ogos 2010

Tips Panjangkan Usia Melati Air...



Mengikut pengalaman & pengamatan aku sepanjang dua tahun memelihara spesis melati Air ni, aku perasan yang spesis ni macam ada kitaran hidup... Pokok dalam gambar ni kalau tak silap dah masuk proses kitaran hidupnya yang ke tiga. Pokok ni sebenarnya dari generasi ketiga (pokok hasil semaian dari benih yang tumbuh pada tangkai bunga)... Biasanya spesis akuatik ni boleh hidup subur menghijau dengan daun & bunga yang merimbun dalam tempoh 3 hingga 5 bulan. Lepas tempoh kemuncak tu, biasanya pokok ni perlu dibersihkan & di'siang'... bukan macam siang ikan, tapi kemas & buangkan semua daun-daun & tangkai kering yang macam dah tua & tak berapa sihat... tinggalkan beberapa tangkai muda & pucuk baru sebagai talian hayatnya..




Tak perlu pun dikeluarkan pokok dari pasunya, cukuplah sekadar dibuang segala tunggul-tunggul pokok, tangkai-tangkai kering & akar mati yang berserabut yang mungkin mencacatkan pandangan. Yang penting akarnya tak terganggu sebab kesan kerosakan jika 'terusik' akarnya dapat dilihat pada daunnya yang akan layu atau mati mengejut. Eloklah dimasukkan sedikit tanah baru & isikan air. Seeloknya tanah bukit... akhir sekali benamkan sebiji baja pokok air ke dalam tanahnya... Insyaallah, dalam masa seminggu dua kita akan lihat kesannya... & dalam masa sebulan pokok tu akan kembali subur & menghijau serta berbunga lebat... Tapi, JANGAN LUPA! siap je proses 'menyiang' pokok ni, masukkan pembunuh jentik-jentik ke dalam air. Maklumlah, selain dari longkang-longkang tersumbat, tayar buruk dan sampah sarap, pasu pokok dengan air bertakung nilah yang berpotensi besar membiakkan aedes. Kena pulak kalau air yang bersih & jernih... So, demi keharmonian kita sekeluarga serta jiran-jiran sekitar rumah, eloklah dicegah sebelum perkara tak diingini berlaku... TIADA AEDES TIADA DENGGI.. :)


Ini mungkin bukan tips atau cara sebenar untuk menguruskan spesis Melati Air. Cuma aku saje nak berkongsi pengalaman sendiri tentang cara aku mengurus dan memastikan Melati Air yang ada jagaan di laman rumah ni dapat hidup subur menghijau & berbunga selain panjang hayatnya... Kalau kita tengok kat mana-mana nursery pun, selalunya kita nampak pokok-pokok yang sihat, cantik & berbunga je yang di pamer untuk dijual... yang masih kecil, tak berapa subur, kurang sihat atau belum nak berbunga lagi tu biasanya diorang 'simpan' dulu kat tapak-tapak semaian je... Kebanyakan pokok-pokok hiasan yang kita beli di nursery selalunya melalui zaman 'kemuncaknya' untuk seketika. Biasalah, semua yang cantik tu kebanyakannya sementara. beberapa bulan lepas tu mulalah nampak serupa macam pokok 'pencen' yang hidup segan & boleh mati bila-bila masa je. Biasa terjadi kalau kita suka beli pokok-pokok yang berbunga seperti orkid, ros, matahari, bunga kertas dsb... termasuklah pokok Melati air ni....


Sebenarnya aku pernah dapat satu tips macamana cara nak pastikan pokok bunga yang ditanam dapat berbunga & hidup subur. Percaya atau tidak, terpulanglah pada diri masing-masing... Ada masa nanti bolehlah aku cerita kat sini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...