Klik je...!!!

Rabu, 11 Ogos 2010

Bauhinia Kockiana...


Selain dari Kesidang & Akar Dani, inilah spesis pokok memanjat yang memang aku & isteri minat sejak dulu... mungkin warna bunganya yang jingga tu menyebabkan kami terpesona. Rajin berbunga, lebat & lasak dengan cuaca panas... Serupa macam Kesidang & akar dani, cahaya matahari memang wajib, air pun wajib... Kalau tak, daun cantik, tapi bunga tak muncul-muncul... kebanyakan pokok berbunga semua macam tu..
-
Kalau kena dengan gaya, pokok ni tak putus-putus mengeluarkan bunganya...

Dua minggu lepas kami ke sebuah nursery di Nilai untuk mencari batu-batu hitam... Sampai je kat sana, banyak pulak pokok yang menarik perhatian kami... So, macam biasa lah, lain dicari lain yang dapat.. cari batu, tapi kami terbeli jugak pokok Kockiana & Ros... apa nak buat... Sekarang ni dah tiga spesis kockiana menghuni di rumah kami...
-
Berserabut sikit masa baru beli haritu, banyak sangat pasu & pokok...
-
Mula-mula tak tahu juga mana nak letak.. tapi bila dah dirombak balik semua susunan pokok kat laman & luar pagar, nampaknya ruang sentiasa ada untuk Bauhinia Kockiana... :)
-

2 ulasan:

  1. salam..cantiknya deko umah awak.,blh d jdkan inspirasi insyaAllah :-)

    www.dazzleparadise.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Salam... Terima kasih atas pujian. Alhamdulillah... cantik tu takdelah, sekadar redup & sedap mata sendiri memandang cukuplah... Yang penting kita sekeluarga seronok & rasa tenang bila berada di rumah sendiri...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...