Klik je...!!!

Isnin, 17 Disember 2012

Hari Keluarga 2012

 
KELETIHAN tapi seronok sebab banyak dapat hadiah....
 
Semalam berlangsung dengan jayanya hari keluarga 2012 di taman perumahan kami... Alhamdulilah, setakat ini, hari keluarga dapat disambut setiap tahun walaupun taman perumahan kami ni tak besar mana pun (kecik kenot je-kalau ikut bahasa Hafiy)... hanya kira-kira 100 buah rumah & hampir 20 lot kedai.... tapi kami tetap bersyukur, walaupun jumlah penduduk hanya sekitar 400 orang, penduduknya aktif & sentiasa memberi kerjasama bagi setiap aktiviti yang disusun oleh AJK-AJK yang sememangnya proaktif...
 
ZAIR... bersemangat
 
HAFIY... seronok dapat join acara rebut gula-gula... "Apa dalam baju? -jeli dan gula-gula"!!!
 
Hari keluarga, selain dipenuhi dengan acara sukaneka dapat jugak kita anak-beranak berkumpul & beramah mesra dengan jiran tetangga & penduduk setempat... Sebenarnya pra hari keluarga ni dah dimulakan beberapa minggu lepas dengan program karnival sukan... so setiap hujung minggu akan dijalankan 2 acara sukan seperti , futsal, congkak, dart, bola tampar, batu seramban, boling, bola jaring, karom dsb... & hari keluarga ni adalah kemuncaknya dengan beberapa acara sukaneka & majlis penyampaian hadiah...
 
 
TAHNIAH... Nur Jihan mengekalkan kejuaraan dalam acara mewarna... Jihan cadang nak tarik diri bagi acara ni tahun depan sebab nak bagi peluang pada peserta-peserta lain pulak... hehehe
 
Nampaknya Jihan berjaya mengekalkan gelaran juara bertahannya dalam acara mewarna... selain menambah satu koleksi lagi dalam acara masuk air dalam botol...
 
 
HAFIY... penuh bersemangat meniup belon...
 
JIHAN... bawa bola pingpong dalam sudu...
 
Hafiy pulak memulakan koleksi hadiahnya dalam acara rebut kerusi setelah kurang berjaya dalam acara tiup belon sampai pecah... hehehe
 
BERSEMANGAT... Peserta bowling yang penuh bersemangat walaupun kami main biasa-biasa je...
 
Tuan pengerusi sedang memberi taklimat....

Untuk aku pulak, macam biasa... acara kegemaran - Bola tampar, bowling & tarik tali.... lenguh satu badan tak hilang lagi ni.... hehehe...
 
-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...