Klik je...!!!

Rabu, 7 November 2012

::Hari Kecemerlangan:: Tahniah Buat Jihan...



Alhamdulillah... Petang tadi sempatlah temankan Nur Jihan ke sekolahnya untuk satu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah rendah agama... Isnin kelmarin, ada jugak majlis serupa di sekolah rendah kebangsaan, kami juga dijemput kerana Nur Jihan pun terlibat sama untuk salah satu hadiah.... -Kedatangan penuh...



Untuk sekolah rendah agama ni, Jihan meraih lima anugerah... Hadiah untuk kedudukan nombor 1, hadiah markah tertinggi untuk 3 matapelajaran & hadiah pelajar mumtaz dengan peratusan 98.8%...



Dengan keputusan peperiksaan yang agak baik ni, Nur jihan berjaya bertukar ke kelas 2 Iman untuk tahun depan... kira kelas budak-budak pandai le tu.... & petang tadi juga aku pesan awal-awal kat dia supaya belajar lebih tekun & kurangkan bermain sebab bila dah masuk kelas 2 iman nanti Jihan kena bersaing dengan kawan-kawan baru yang lebih cerdik, lebih pandai & lebih rajin.... Macam tu juga dengan sekolah kebangsaan..... -Jihan pun jawab "hah! betul, betul"....



Sebagai ibubapa, kami sentiasa mendoakan semoga Jihan terus tekun & tidak jemu untuk belajar hingga berjaya dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga serta menjadi inspirasi buat adik-adiknya..... InsyaAllah....


Seindah namamu....
Nur Jihan Faihanah::Cahaya Kebanggaan Mengharum::



2 ulasan:

  1. ALHAMDULILLAH..bangga anty semua anugerah jihan sapu...hehehe...semoga membesar sebgai anak yg cerdik, solehah dan menjadi kebanggan org tua...

    p/s :abg.azid remove lah part yg kena masukkan code ble nak komen tu...aduyaiii jenuh termasuk code yg salah je :)

    BalasPadam
  2. Jihan kata: Terima kasih cik Izan....

    -Tak tahu pulak kena masuk code.... takpe, dah cuba remove....

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...