Klik je...!!!

Ahad, 17 Mac 2013

Youth Credit Card Design Contest... Design #1

Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera semua...


Awal minggu lepas, baru terperasan ada email dari Nuffnang tentang satu contest -Youth Credit Card Design... So bagi meramai & memeriahkan acara hebat ni, aku pun taknaklah ketinggalan untuk turut serta walaupun skill mendesign aku ni taklah sehebat mereka-mereka di luar sana.... Takpe, saje nak mendera otak kiri aku ni yang sekian lama tak digilap... walaupun agenda hujung minggu aku & famili sememangnya dah sarat dengan acara lain... hehehe...

Sebenarnya, Idea dan konsep untuk Youth Credit Card ni aku dah fikir sejak 3 hari lepas, cuma tak berkesempatan nak siapkan disebabkan tugas hakiki yang perlu diutamakan... Apa pun, alhamdulillah, sempat jugak aku siapkan walaupun tempoh contest ni dah nak tutup....

Ok, berbalik pada design Youth Credit Card... Aku nak cerita tentang konsep dulu.... Disebabkan aku dah peruntukan masa yang agak panjang untuk memikirkan & merealisasikan design ni, so untuk penerangannya biarlah aku jelaskan secara ringkas.... yang penting senang nak faham....

Konsep : Dinamik
Percikan warna warni melatari gaya hidup golongan muda atau belia ini melambangkan kepelbagaian dan keindahan situasi & pengalaman golongan ini dalam melayari peringkat kehidupan yang aktif, dinamik dan mencabar. Hitam sebagai latar belakang menunjukkan sifat berani dan azam yang tinggi...

Kepelbagaian ekspresi adalah pelengkap bagi kewujudan belia yang dinamik. Ini ditunjukkan dengan perkataan ‘Y.o.u.t.h’ yang divisualkan melalui gabungan beberapa aksi figura... Namun ekspresi belum tentu menjanjikan eksplorasi yang berjaya tanpa dorongan inspirasi yang jelas..... Dan inilah inspirasi itu....








Rocking Name : Yezzz!
Yezzz! Satu ekspresi spontan tentang keyakinan diri, kepuasan dalam melakukan tindakan dan kejayaan dalam mengejar impian...




p/s : Segala maklumat yang tertera pada rekaan adalah contoh semata-mata... Insyaallah, beberapa design lagi bakal muncul atas permintaan puteriku Nur Jihan.... hehehe...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...