Klik je...!!!

Ahad, 17 Mac 2013

Youth Credit Card Design Contest... Design #2



Ok.... ni design #2 aku untuk Youth Credit Card Design Contest anjuran Nuffnang... Walaupun design kedua ni nampak lebih kurang je dengan design pertama, ia tetap ada bezanya.... so untuk penerangannya, bolehlah baca kat bawah ni ye....

Konsep : Dinamik
Percikan warna warni melatari gaya hidup golongan muda atau belia ini melambangkan kepelbagaian dan keindahan situasi & pengalaman golongan ini dalam melayari peringkat kehidupan yang aktif, dinamik dan mencabar. Warna perak sebagai latar belakang adalah bayangan kehidupan yang lebih mencabar atau persaingan hebat yang perlu diharungi oleh golongan belia...

Kepelbagaian ekspresi adalah pelengkap bagi kewujudan belia yang dinamik. Ini ditunjukkan dengan perkataan ‘Y.o.u.t.h’ yang divisualkan melalui gabungan beberapa aksi figura... Namun ekspresi belum tentu menjanjikan eksplorasi yang berjaya tanpa dorongan inspirasi yang jelas.....

Rocking Name : Yezzz!
Yezzz! Satu ekspresi spontan tentang keyakinan diri, kepuasan dalam melakukan tindakan dan kejayaan dalam mengejar impian...



p/s: Segala maklumat yang dipaparkan pada design kad hanyalah contoh semata-mata....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...