Klik je...!!!

Selasa, 19 April 2011

Ilmu Ikhlas vs Ilmu Berkebun...


Baca tajuk, macam tak kena je bunyinya... Apa pulaklah kaitannya ikhlas dengan menanam pokok ni... ye tak..? tapi itulah hakikatnya... Tips berguna bagi menjadikan tanaman kita subur, berbunga, menceriakan suasana & menarik perhatian mata yang memandang... Sebelum tu aku kena huraikan serba sedikit, baru boleh faham... (aku bukan nak hurai atau kupaskan maksud 'ikhlas' tu, tapi bagaimana mewujudkan rasa ikhlas tu semasa menanam pokok atau berkebun)...


Tips tentang niat 'ikhlas' menanam pokok ni dibisikkan kepada aku oleh seorang hamba Allah dalam satu pameran berkaitan pokok hiasan & landskap lebih setahun yang lalu... Hamba Allah tu kata "Kita nak tanam apa-apa pokok pun, paling penting niat dalam hati kita kena ikhlas..." itu ayat pembukanya, lepas tu panjang lebarlah dia terangkan..... Susah nak dijelaskan dengan kata-kata, jadi aku cuba huraikan, apa yang aku faham tentang rasa 'ikhlas' yang disampaikan tu...


Apa jua yang kita lakukan dengan tujuan mencari rezeki yang halal, dikira satu ibadah... Lebih-lebih lagi jika disertakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah.. Jika rezeki yang dicari itu tujuannya untuk menyara kehidupan diri & keluarga, itu lebih berkat... Begitu juga jika kita melakukan sesuatu dengan tujuan memakmurkan bumi Allah..... Memakmurkan bumi Allah ni ada banyak cara... Bercucuk tanam atau berkebun juga salah satu darinya... Cuba terbitkan rasa ikhlas menanam pokok tu kerana Allah... Mungkin atas sebab kita mengagumi keindahan ciptaanNya... Cintakan kehijauan & pesona alam yang mendamaikan jiwa... Niat untuk menghijaukan bumi & mewujudkan suasana alam semulajadi yang boleh menjadi persinggahan segelintir fauna, Mungkin juga mengurangkan pencemaran atau mengimbangi ekosistem... hobi... mengisi masa terluang... riadah dsb..... emmmhh, macam-macamlah... itu semua contoh je... bukanlah kita semua kena berniat macam tu baru pokok-pokok tu boleh berbunga atau berbuah.... Niatkan sesuatu yang baik ketika berkebun atau menyiram pokok... mungkin sambil-sambil menyiram pokok tu, hati kita berzikir, berselawat atau sebagainya... ada juga faedahnya... flora & fauna juga mahkluk Allah, bahkan mereka juga sama-sama berzikir sepanjang masa.... Keikhlasan tu boleh terbit dalam pelbagai cara, dari segenap sudut.... Terpulang pada pendapat & pemahaman masing-masing.... Yang penting aku cuba juga sampaikan 'tips ikhlas' ni pada semua yang sudi singgah & baca...


Sebenarnya, setiap perlakuan kita seharusnya diiringi dengan niat ikhlas kerana Allah... tapi, semakin kita cuba titipkan rasa ikhlas di lubuk hati, semakin kita tertanya-tanya pada diri sendiri, "ikhlaskah aku..?".......


Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...