Klik je...!!!

Khamis, 20 Ogos 2009

Fikiran Me'Layang-Layang'....



Beberapa hari lepas aku dengan rela hati menabur janji kepada putera-puteri untuk membelikan mereka alayang-layang. Aku pun tak pasti macamana cerita tentang layang-layang ini bermula. Tapi yang pasti, kalau dah janji kenalah ditunaikan... Teringat zaman kanak-kanak, layang-layang ni permainan bermusim... kalau nampak satu atau dua layang-layang di langit, esoknya bergandalah jumlah tu... masing-masing akan tunjukkan kehebatan bermain dengan menunjukkan ketinggian, tak macam sekarang kehebatan layang-layang hanya dilihat dari rekabentuk... Masa dulu kesemua layang-layang yang dimainkan adalah hasil kerja tangan sendiri tak kira kertas atau plastik, yang pasti memang terbang tinggi & kekadang sampai tak terlihat oleh mata kasar atau yang rabun jauh dan dibantu pula dengan kesilauan yang memancar dari sang suria...


Berbalik pada cerita layang-layang yang aku janjikan untuk putera-puteri kami, disebabkan zaman sekarang tiada tempat yang sesuai untuk bermain selain padang permainan dan tepi pantai, maka aku membawa famili ke pantai Bagan Lalang di Sepang... Ilmu membuat layang-layang dah lebih 20 tahun aku tinggalkan, jadi nak senang... beli... Pelbagai jenis, bentuk & warna sampai tak tahu mana nak pilih...


Mungkin aktiviti sebegini sedikit panas & memenatkan tapi sekurang-kurangnya aku dah memenuhi janji dan putera puteri kami nampak seronok bila layang-layang mereka bagai terapung-apung di udara...



Sesekali bila aku perhatikan mereka, fikiran aku melayang-layang teringatkan nostalgia zaman kanak-kanak. Apa yang aku nampak, aku rasakan segalanya berubah. Cara kita & anak membesar sangat berlainan. Anak-anak sekarang mungkin lebih beruntung. Segalanya tersedia. Manja. Cerdik. Ada masanya aku tertanya-tanya, adakah cara kami membesarkan & mendidik anak-anak ini agak keterlaluan..? atau mungkinkah berkat ketabahan & susah payah ayahbonda yang membesarkan kita masa lalu hingga membuatkan kita mengecapi kehidupan yang mungkin lebih senang sedikit, membuatkan kita mampu memberikan sesuatu yang lebih kepada anak-anak...? jika ianya benar, apa pula sumbangan & penghargaan yang patut kita berikan, atau sekurang-kurangnya kita tunjukkan kepada ibu bapa kita...? Cukupkah dengan wang ringgit...? atau cukupkah sekadar doa yang sering kita ucapkan setiap kali selesai menunaikan solat...? Mungkin jawapan sebenar akan kita perolehi sekiranya diizinkan Allah untuk kita seusia mereka suatu hari hari nanti...

fikiran yang melayang-layang ketika aku membawa putera puteri bermain layang-layang berjaya mengingatkan aku pada sesuatu yang amat bermakna, iaitu ayahbonda di kampung... Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t & dipermudahkan segala urusan... Amin

Tengok gambar Teratak Ayahbonda, teringat segala-galanya di kampung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...