Klik je...!!!

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ilmu Kunci kejayaan...


Ini projek terbaru. Masih panas... Masa 'melawat' kawasan di Langkawi tempohari, aku sempat menjenguk sekejap ke Idaman Suri... Pelbagai produk dijual & di pamerkan. Apa yang aku perhatikan, walaupun nama tempat tu Idaman suri, yang ramai bershoping ialah kaum Adam. Tapi ok, tiada masalah sebab aku rasa dia orang semua memborong untuk suri-suri yang setia menunggu di rumah, kira ok lah tu... Dalam banyak-banyak barangan keperluan rumah yang dipamerkan, aku berkenan sangat kat kesemua produk kraf berasakan kayu. macam-macamlah, ada kotak tisu, bekas pen, kotak & penyangkut kunci, dulang kayu, bekas sudu garfu, bekas lilin dsb....

Hampir setengah jam membelek setiap satu produk kraf kayu tu, akhirnya aku 3 benda yang berjaya menambat hati aku iaitu penyangkut kunci, dulang kayu saiz sederhana & juga bekas sudu/garfu... yang lain tu bukan tak memikat hati tapi aku yang gagal memiliki kemampuan kewangan untuk menambat semua tu...


Ini keadaan asal rekabentuk penyangkut kunci kayu berukiran yang di beli di langkawi

Hampir dua/tiga minggu kemudian, baru aku perasan barang-barang yang aku beli tu semuanya aku dah gunakan kecuali penyangkut kunci. Aku pun pasang ke dinding & gunakan sebagaimana fungsinya... Tapi, bila dah disangkut ke dinding, aku rasa macam ada yang tak kena. Macam tak puas mata memandang, mungkinkah objek tu terlalu kecil, atau terlalu ringkas.. So tak sampai 24 benda tu tersangkut di dinding akhirnya aku buat keputusan untuk melakukan sesuatu bagi membuatkan kehadiran penyangkut kunci tu menjadi salah satu titik tumpu atau sesuatu yang menarik perhatian selain mempunyai dwifungsi iaitu penyangkut kunci dan rak meletak buku untuk bacaan tetamu atau sekuarang-kurang menjadi perhiasan dinding.
Aku gabungkan rak buku & penyangkut kunci sebab bagi aku gabungan buku & kunci ini secara seni & simboliknya mempunyai satu ikatan yang agak unik, iaitu buku sebagai sumber ilmu manakala kunci sebagai alat pembuka suatu keadaan yang tertutup atau terbelengu.. Ringkasnya - Budaya membaca menambah ilmu & Ilmu itu Kunci kejayaan...

Sebahagian potongan kayu yang telah disediakan mengikut ukuran & penyangkut kunci asal yang sedia untuk dipotong dua

Potongan kayu kemudian dicantum menggunakan skru di setiap sudut penyambungan. Perhatikan sudut pandangan atas & bawah yang mempunyai dua fungsi berbeza

Percubaan dilakukan setelah proses pemasangan/penyambungan selesai bagi memastikan kestabilan & keseimbangan rak
Inilah proses yang dilalui untuk menghasilkan rak buku dwifungsi rekaan aku... Tapi satu perkara yang perlu dikorbankan, iaitu penyangkut kunci kayu berukiran yang asal terpaksa dipotong dua untuk dijadikan penghadang bahagian kiri & kanan rak ini... memang sayang, tapi bila dibayangkan hasilnya, mungkin pengorbanan kecil tu berbaloi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...