Klik je...!!!

Selasa, 6 April 2010

Wakaf Istirehat... siri 8 (akhir)


-
Inilah rupa sebenar wakaf istirehat yang berjaya aku hasilkan. 95% siap. Mungkin ada bahagian yang perlu dikemaskan lagi dengan sapuan cat... Hasil sebenar taklah secantik yang aku lukiskan dalam pelan asal. Kalau ada markah untuk Kualiti & kekemasan, aku bagi 70% je. Kalau pakar yang bagi, mungkin jauh lebih rendah lagi... Tapi takpe, sekurangnya-kurangnya aku buat sendiri & aku bukan pakar...
-
Petang semalam kami sekeluarga dah start makan luar... Waktu malam pulak minum luar sambil menikmati keindahan langit malam dengan bintang-bintang bertaburan di angkasa. Kebetulan pulak anak-anak aku suka betul nyanyikan lagu Bintang Kecil di langit yang biru....... so, aku suruhlah diorang nyanyi...
-

Apa-apapun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada isteri tersayang & juga anak-anak. Walaupun bantuan tak sebesar mana, sokongan tak berbelah bahagi, bantuan & galakan yang diberi banyak menolong aku. Bak lirik lagu Wonder Pet, Apa yang penting...? KERJASAMA... sekecil-kecil bantuan isteri merupakan satu penghangaan besar buat aku sebab ia menunjukkan kesungguhan & sokongan moral memandangkan kemampuan kudrat & saiz fizikalnya memang tak sesuai untuk kerja-kerja macam tu, kecuali menyapu cat di tiang-tiang pagar & menyediakan minuman ketika aku keletihan :)... Keterujaan anak-anak yang kelihatan tak sabar-sabar menunggu wakaf ini siap sepenuhnya juga memberi perangsang & semangat untuk aku menerobos & menyelinap segenap ruang waktu yang ada tanpa mengenal penat lelah... walaupun kemampuan kudrat sememangnya terhad, misi tetap aku teruskan...(oooppss, tiba-tiba pulak termasuk bakul)...


Untuk pembinaan wakaf ni, kos keseluruhan lebih kurang RM1100. Kayu yang aku guna terdiri daripada 85% jenis Resak & 15% Meranti. Kos untuk kayu dalam RM850. Kos untuk atap genting & rabung RM180. Bahan mentah lain termasuk, skru, simen, cat serta beberapa peralatan tambahan lebih kurang RM60. Masa sebenar aku peruntukan 19 Mac - 4 April 2010, dalam 17 hari. Lebih kurang 2 minggu++. Awal sikit berbanding 3 minggu yang aku peruntukan. Itupun disebabkan hanya 3 kali cuti hujung minggu waktu yang betul-betul terluang. Hari bekerja biasanya aku cuit sikit-sikit je... Sesekali tu terlajak jugak sampai 12 tengahmalam, cuma waktu malam tu aku cuba elakkan dari menggunakan gergaji atau menggunakan pahat & tukul, takut mengganggu jiran sekeliling....
-
Yang cuba-cuba nak buat sendiri tu aku nasihatkan ajaklah kekawan tolong sama, memang letih tak ingat... kena pulak kalau hari panas...
-
InsyaAllah, kalau takde aral melintang, lepas ni ada satu lagi projek menunggu hasil dari kayu-kayu pergola yang dah terbarai kat belakang rumah tu. Sayang pulak nak dibiarkan reput macam tu je... Aku dah fikirkan sesuatu, cuma belum sempat nak dilukiskan pelannya... panjang umur & ada rezeki nanti, bolehlah aku jalankan projek tu... Mungkin projek akan datang ni untuk interior pulak...

4 ulasan:

  1. Kreativiti anda sentiasa menarik minat saya untuk mengikuti perkembangan projek yang dilakukan dari masa ke semasa. Dengan laman yang terhad pelbagai idea yang menarik dilakukan. Moga blog anda dapat diteruskan sebagaimana sekarang.

    BalasPadam
  2. Terima kasih. Mungkin disebabkan minat yang mendalam terhadap seni landskap ni, saya sering membuat perubahan atau penambahan bagi mengelakkan rasa jemu serta mengisi masa terluang... terima kasih atas sokongan...

    BalasPadam
  3. Kalau dilihat dari segi pembuatan (rekabentuk dan teknik) saudara bukan setakat ada minat tetapi mempunyai anugerah yang istimewa (kemampuan untuk merealisasikan). Pada mulanya adakah saudara sekadar mencuba atau memang sudah ada asas dalam membuat landskap @ apa sj yg saudara lakukan?

    BalasPadam
  4. Ya. Bermula dengan cuba-cuba. Lama-kelamaan timbulah rasa berani. Kepuasan tu mula terbit bila kita dapat hasilkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Saya bukan graduan atau belajar secara formal dalam bidang seni taman, landskap, senibina & interior, semuany amelalui buku & majalah selain sedikit pengalaman ketika belajar subjek seni perusahaan & kemahiran hidup dahulu... saya juga suka bertanya mengenai ilmu pekebunan di nursery yg saya kunjungi...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...