Klik je...!!!

Isnin, 24 Mei 2010

Operasi Membaiki & Membersih Tangki Air...


Aku sebenarnya tak berapa faham tentang masalah pelampung pada tangki air ni, maksud aku... kenapa komponen-komponen penting seperti bahagian pelampung tangki air ni perlu kerap ditukar, setahun, dua tahun, atau tiga tahun... bukanlah aku nak mengeluh pasal harga atau sebab barang ni susah nak dapat, tapi bayangkan, perkara pertama masa aku masuk rumah lebih kurang empat tahun lepas ialah tukar bahagian pelampung tangki ni. Sedangkan sepatutnya masalah2 remeh macam tu tak sepatutnya wujud pada peringkat awal kemasukan kita ke rumah baru... Bayangkan masa baru-baru masuk dulu, bil air sampai RM40++.. Masa tu pelik jugak, pakai tak banyak tapi bil tinggi.. tapi bila dah tukar pelampung tu, bil jadi RM6 - 7 je... Dua tahun lepas tu, langsung tak bayar bil air, free...



Masa nak beli tu, tauke kedai kata benda tu biasa, developer selalu pakai yang pelampung murah punya, kalau U mau tahan lama, beli yang baik punyelah... terus dia tunjuk 3 jenis pelampung yang ada dijual kat situ... ok, aku setuju dengan pendapat dan cadangan nyonya tu.. standard lah, tukang jual barang memang selalu bagi cadangan macam tu... aku beli yang tengah2... tapi itu cerita hampir 4 tahun lepas...

4 bulan lepas pulak ceritanya macam ni... mula2 tu, dengar bunyi titisan air dari atas rumah aku.. lama-lama bunyi tu semakin laju... sebulan lepas tu titisan menjadi percikan.... sebulan lagi percikan menjadi tumpahan... bil air aku pun ikut sama berubah... dari free tak bayar bil, kena bayar RM10... dari RM10 jadi RM30... dari RM30, bulan lepas jadi RM60.... sebenarnya beberapa minggu lepas aku dah betulkan masalah pelampung kat tangki air tu.. tapi masalah baru timbul. Mungkin tekanan air terlalu kuat sampai paip yang menyalur air ke bahagian pelampung tu boleh pecah...
-

Minggu lepas aku buat operasi besar-besaran... selain menukar komponen pelampung, aku jalankan operasi pembersihan tangki air yang dah tiga tahun tak bercuci tu... Nasib baiklah tangki air atas bumbung ni cuma khas digunakan untuk mandi je, kalau untuk minum memang aku tak sanggup... tengok sendiri bahagian dinding dalam tangki yang macam dah berlumut & bercendawan tu, memang untuk basuh muka atau tangan pun kalau boleh tak nak... kita mungkin tak pernah ambil tahu pasal kebersihan kat tangki air ni, memang kita tak perasan perkara ni... biasanya bukak je paip, air jernih yang keluar..., jadi memang tak perasanlah air tu kotor atau bersih... Memang aku ada cita-cita untuk menukar sistem tangki air atas rumah ni dengan yang canggih sikit, iyelah, terjamin sikit kualiti air & kesihatan untuk kita sekeluarga.... insyaallah, kalau ada rezeki nanti, aku tukarlah...
-

Dalam aku sibuk menggosok dinding tangki, satu insiden tak diingini telah berlaku.... batang penggosok (dari jenis logam) yang memang dah patah tu telah mencederakan tapak tangan aku... nasib baik tak dalam... tapi pedih jugak...

Kesimpulan yang aku dapat dari masalah tangki air ni antaranya ialah, tiada komponen atau peralatan mekanikal penting & wujud dalam kehidupan kita adalah bertahan sepanjang hayat... biasanya perlu ditukar sebab rosak, haus atau sebagainya. Sebagai contoh, komponen pelampung tangki air, kepala paip, batang paip, penapis air & macam-macam lagilah.... itu belum kita cerita pasal komponen pada kereta macam brek & segala macam yang ada tu...kalau benda-benda seumpama tu boleh kekal digunakan sepanjang hayat, tak adalah bisnes ni & tersangat senanglah hidup kita kat dunia ni..
& pengajaran yang aku dapat dari operasi ni, jangan dibiarkan penutup tangki air terbuka atau membiarkan tangki air terdedah dengan segala habuk, kekotoran, serangga, atau apa saja mahluk hidup atau tidak, masuk kedalamnya sesuka hati... tangki air aku yang bertutup tu pun masih boleh berlumut & berlendir keliling dindingnya... Kedua, jangan diabaikan kebersihan air tangki di atas rumah kita, mungkin setahun sekali kena jugak dipantau atau dibersihkan segala lumut, cendawan atau lendir2 yang mungkin terdapat di dalamnya tanpa kita sedari... Ketiga, Jangan ambil ringan masalah kerosakan pada pelampung tangki air, masalah paip pecah atau kebocoran... Untung aku kena bil air setakat RM60. Jiran Depan rumah pernah kena sampai RM600++.. Jiran sebelah pulak bagitau dua minggu lepas, masa pelampung tangki dia rosak, bil air naik RM400+++.. nyesal & marah pun tak guna sebab kecuaian & kemalasan itu berpunca dari kita sendiri... Jadi, walaupun aku terpaksa keluarkan kos sehingga RM60++ untuk membaiki kerosakan & dicampur dengan sedikit kecederaan, sekurangnya2 dapat juga aku bersihkan tangki yang dah serupa macam menyimpan air berkarat & berkeladak tu... nasib baik air kat sinki memang dah ada penapis air & bukan air dari tangki... Keempat, walaupun kita bukan tukang paip, kena jugak ada sedikit ilmu untuk menyambung, memasang, membaiki atau apa juga kerja-kerja paip ni.. penting untuk saat-saat tak diduga... ok..

1 ulasan:

  1. Develepor memang camtu...

    kat rumah saya nie, x pernah tukar seingatnya..
    upah tukang sdri..hehe..

    sebab berlumut tu, sy rasa tangki air tu, tiada bumbung kan?..terus kena pada cahaya matahari..

    tangki air kat umah sy bbmbung, x da pulak masalah nie..

    cahaya matahari terus pada tangki boleh cepatkan reput, tangki air kan berasaskan plastik. pelampung juga mudah bocor. bahan kimia dari plastik boleh meresap pada air.

    saya sarankan pasang bumbung.

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...