Klik je...!!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Paip Bocor...


Kira-kira 3 minggu lepas..... masa balik kerja macam biasalah, aku akan jengok dulu peti surat sebelum buka kunci pintu rumah. Takde surat pun cuma bil air je... Aduh!!! terduduk sekejap. Kalau bulan lepas bil air RM60 pun dah mampu buat aku terkejut, kali ni bil dah jadi RM185.00... hehehe. Macam tak percayalah... Tapi ini kenyataan.. & siasatan awal aku mendapati kebocoran mungkin berlaku di saluran paip bawah tanah...
-



Selang sehari, aku ambik cuti 2 hari... khas untuk menjalankan siasatan terperinci serta melakukan kerja baik pulih paip yang bocornya entah di mana... hari pertama cuti, kena bawak isteri aku yang tak berapa sihat ke klinik. Gitu gini pukul 11 baru selesai. Lepas tu dapat panggilan dari ofis pulak untuk settlekan sikit kerja yang agak urgent... pergilah ofis tengahari tu. Dekat 4 jam jugak habiskan masa kat ofis. Hujung-hujung, cuti aku hari pertama tu berlalu tanpa sebarang kerja yang berkaitan dengan paip bocor tu... takpe..
-


Hari kedua. Semangat membara. Aku mulakan siasatan awal untuk mengesan kebocoran. Tutup semua paip yang ada dalam rumah. Tengok meter paip kat luar tu masih tetap berjalan. Maknanya kebocoran tu mungkin berada diantara meter dan saluran ke tangki. Kes berat kalau melibatkan keocoran yang sukar dikesan, lagi-lagi kalau langsung tak boleh nak dikesan seperti di bawah kawasan lantai rumah yang sememangnya tak boleh nak digali.. Yang pasti kebocoran tu dalam tanah...
-


Aku mulakan dengan menggali kawasan tanah mengikut saluran paip tu. Lebih kurang 17 kaki panjang, sekaki dalam. Aku potong saluran paip yang jaraknya kira-kira 15 kaki dari meter paip. Pasangkan stopper. Bukak air pada meter... Ahhhh, lega. Bacaan meter bergerak, maknanya kebocoran berada antara meter dan saluran paip sepanjang 15 kaki tu. Peringkat kedua aku potong paip pada jarak lima kaki dari meter. Dengan teknik yang sama juga... lagi sekali bacaan meter juga bergerak, maknanya kebocoran berlaku diantara meter dan saluran paip sepanjang lima kaki tu. Disebabkan kebocoran tu berada di bawah tembok pintu pagar yang terdapat ruang meletak sampah, aku tak boleh nak korek tanah bawah tembok tu. So, jalan penyelesaian ialah potong, dan sambungkan terus saluran paip dari meter terus ke paip yang aku potong kali kedua tadi... Alhamdulillah, lewat petang baru siap... Kali ni kos besar sikit, lebih kurang RM80. Takpe, yang penting masalah dapat diselesaikan. & aku harap, insyaallah kali ni bil air melambung atau masalah paip bocor tidak lagi menghantui aku..... penat...

1 ulasan:

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...