Klik je...!!!

Rabu, 10 November 2010

Manggaku Dirampok Maling...

Mangsa kejadian...

Mungkin terlalu geram dengan saiznya yang seakan tak munasabah, atau tak tertahan pada imaginasi tentang rasanya setelah membayangkannya berhari-hari, maka tergerak isi hati untuk cuba mencuit, memegang, lantas dipetik terus dari tangkainya tanpa sempat berfikir... hehehe... tak kisahlah, dah bukan rezeki kami nak merasa buah mangga tu... apa sangatlah nak dikesalkan dengan sebiji mangga... Memang hari-hari aku belek setiap 4 biji yang semakin melayut masa menyiram pokok-pokok bunga. Tapi dihari kejadian tu berlaku kami balik lewat sikit sebab dah janji nak bawak anak-anak ke suatu tempat. Baliknya aku perasan tinggal tangkai je...
-
Ini pulak mangsa keadaan... Boleh tahan, sedap.


Apa-apa pun, alhamdulillah... sehari sebelum tu sebenarnya kami dah merasa sebiji yang masak di pokok... Yang dah bukan rezeki tu, aku niat sedekah jelah pada hamba Allah yang terlibat tu. Cuma mungkin kalau dia dapat sabar sikit dalam seminggu, dapatlah dia merasa keenakannya yang sebenar bila masak.. Semoga dengan niat sedekah tu pokok mangga ni akan terus rajin berbunga & berbuah lebih lebat. Sekarang ni pun sebenarnya masih berbunga & ada lah dalam sepuluh biji yang aku nampak berpotensi.. alhamdulilah...

4 ulasan:

  1. Fulamak bro... montok betul mangga tu, apa namanya?

    BalasPadam
  2. Hehehe... Makcik kat Sepang(tempat anak pokok mangga ni dibeli) dulu kata ni spesis mangga Kelapa. Tergelak jugak masa tu sebab tak pernah dengar nama spesis tu, kalau mangga epal tu biasalah... katanya lagi, memang buahnya macam mangga epal, tapi besar lagi sikit... & sekarang ni bila dah berbuah, oh baru aku faham maksud makcik tu...

    BalasPadam
  3. Ambil masa lama ke nak tunggu dia berbuah?

    BalasPadam
  4. Nak kata lama tu takdelah. Bergantung pada umur/saiz anak pokok yang kita beli. masa beli dulu anak pokok ni kira mcm dah tinggi jugak, hampir 3 kaki & dah mula berbunga tapi kering sebab akar terpaksa dipotong sikit + kepanasan bahang dlm lori masa di bawa dari Muar ke Sepang (Kata makcik nursery tu). Start berbunga semula untuk berbuah kali pertama kira-kira setahun selepas tu...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...