Klik je...!!!

Jumaat, 25 November 2011

Penghuni Baru...



Semalam laman kami dapat penghuni baru... Setelah 4 hari berkampung di Sg Buloh atas urusan kerjanya, hari terakhir masa balik, Cik puan belikan aku satu pokok dari salah satu nursery kat situ... & aku pasti, ianya sebagai tanda kasih sayangnya kat aku... hehehe, perasan...



Aku tak pasti nama sebenar pokok ni, tapi yang pasti mesti dia sepupu sepapat Jungle Bush jugak, dari keluarga Anthurium... pernah juga aku terbaca nama spesis ni, kalau tak silap Anthurium Wol atau nama komersilnya kat Indonesia Gelombang Cinta... Itu pasallah aku kata Cik puan belikan aku pokok ni sebagai tanda kasih sayangnya kat aku.... :) Tapi kalau tengok rupa, mungkin juga dari spesis Anthurium Keris..... mungkinlah... Tak kisahlah Keris atau Gelombang Cinta, yang penting aku suka........... Terima kasih daun keladi ye....

-

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Saudara Azid,

    Saya Afzan, wartawan Kosmo Ahad. Saya tertarik dengan laman blog http://azid-inspirasi-alam.blogspot.com ni, apatah lagi bila tengok hasil kreativiti saudara menghias laman rumah sendiri.

    Di Kosmo! Ahad, kami ada satu ruangan Dekorasi yang menyiarkan hiasan dalaman rumah atau landskap untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca kami.

    Kalau saudara tidak keberatan, boleh kami temubual dan muatkan laman rumah saudara dalam akhbar kami?

    Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, Afzan di talian 017-2063909 atau email afzan.kasiman@gmail.com.

    Terima kasih.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Afzan...

    Terima kasih atas minat yang ditunjukkan.. Buat masa ni, ada sedikit renovation yang sedang dijalankan pada tembok pagar, serta penyelenggaraan paip air bawah tanah... mungkin selepas semuanya selesai, bolehlah datang melawat kami, insyaAllah...

    BalasPadam
  3. Wa'alaikumussalam,

    Insyaallah, terima kasih atas respon positif ;) Nanti saya akan hubungi En. Azid semula ya

    Wassalam.

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...