Klik je...!!!

Selasa, 4 Oktober 2011

"Peace!", Kata Jungle Bush...




Saje nak masukkan gambar tongkol bunga dari pokok Junge Bush yang bermastautin di laman rumah kami ni... Pelik tapi benar!... Hehehe, takdelah pelik, cuma biasanya tongkol bunga ni lurus je... tapi, kali ni hujungnya bercabang pulak... macam saje je nak buat 'peace' kat aku.. hehehe.. Mentang-mentanglah pokok tak boleh bercakap, dia guna pulak bahasa tubuh... mungkin kebetulan je bentuknya jadi macam tu... macam kembar siam...




Gambar sama dari sudut berlainan....

Ini pun gambar sama yang aku snap hampir 3 bulan lepas... Tongkol bunga ni memang boleh tahan untuk beberapa bulan... lama betul kan...?


Ok, peace lagi sekali...!!!


Hujung minggu lepas(ahad) sempat jugak aku jengah gerai jualan barang-barang taman & landskap kat Taman Tasik Bangi tu... Rasanya pameran & jualan tu sempena Hari Landskap Negara, samalah macam tahun lepas... Banyak jugak yang menarik, tapi aku tak beli pun, setakat cuci mata je... Cuma dalam banyak koleksi pokok bunga hiasan, aku tertarik kat satu spesis je, -Jungle Bush yang katanya berasal dari Mexico... bentuk memang tak banyak beza dengan koleksi Jungle Bush tempatan, cuma perbezaan ketara boleh kita nampak pada urat daun & tongkol bunganya yang agak gelap... Selain tu, tongkol bunganya pun lebih ketara & menonjol sebab mencodak ke atas.... Tapi harganya, sangatlaaaaah boleh tahan.... lagipun sebenarnya, aku tak tahu dah mana nak letak pokok tu kalau aku beli jugak... laman sekangkang kera je.....

::Gambar ihsan Google:: -pokok lebih kurang macam ni lah...



Sempatlah aku bersembang jap dengan nyonya tu, buat gaya macam berminat sangat nak beli.... saje je korek rahsia untuk memahami lebih mendalam, manalah tau satu hari nanti tergerak nak beli, fahamlah aku serba sedikit pasal pokok tu.... tak pasti apa nama spesis Jungle Bush tu, sebab nyonya yang jual tu pun tak letakkan label kat situ, cuma label harga je RM 80 (min) - RM300++ (mak)... mungkin Jungle Bush dari spesis Anthurium Hookeri... emm, tak kisahlah spesis apa pun, yang penting memang cantik di mata aku....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...