Cerita hujung minggu.... Bawak anak-anak 'meraikan' hari ibu... simple2 je... Keluar rumah tengahari terus bawak diorang makan-makan kat satu lokasi rahsia... -Restoran Resepi Rahsia kat Taman Equine.. hehehe.. bukan lagi rahsia nampaknya...
Seronoklah anak2 dapat order apa saje yang diorang teringin nak makan... Ice blended wajib... Kami order Chicken Parmigiana, Thai style fried rice, kek mocha, Untuk Hafiy, makanan idamannya serupa betul dengan makanan kegemaran garfield -lasagne... walaupun lasagne ni bukanlah yang paling sedap di dunia seperti yang biasa dinikmati oleh garfield.... -atas kerjasama bersepadu, mangkuk tetap berjaya dilicinkan... tahniah..
Sebelum tu, masa on the way nak ke lokasi yang bukan lagi rahsia tu, sempatlah anak-anak buat kejutan kecil buat ibunya -segulung sijil istimewa tanda penghargaan buat ibu, dengan design eksklusif terbaik yang direka khas oleh abah mereka.... emmmmrgg, tiba2 pulak termasuk bakul....
Ok... Semoga cik puan ku sentiasa ceria & dirahmati Allah... Pada aku, hari-hari adalah hari ibu.. & dah jadi kewajipan kita untuk menghormati kedua orangtua sepanjang masa... selain mendoakan kesejahteraan keduanya... kerana jasa & pengorbanan seorang ibu memang tidak ternilai untuk dihitung & syurga itu ditelapak kaki ibu.... Terima kasih atas pengorbanan kalian....
Blog ini hanya sekadar catatan ringkas berkaitan pengalaman, penghayatan & penghargaan peribadi terhadap kesempatan hidup yang dianugerah oleh Allah s.w.t... Sekadar coretan tentang keindahan alam, famili, laman, D.I.Y & segala yang berkaitan dengan kehidupan sendiri... untuk dikongsi...
Terima kasih kepada semua pengikut, pengunjung & pembaca inspirasialam... Semoga kalian tidak jemu untuk berkunjung lagi... Sebarang info & maklumat, imej atau rekabentuk(walaupun tak seberapa), terutama yang berkaitan dengan koleksi laman & DIY yang ditunjukkan dalam blog ini adalah untuk dikongsi... Tiada halangan untuk menggunakannya samada ditiru sepenuhnya, copy paste atau diubahsuai... sudah tentu tiada bayaran dikenakan, asalkan diberi sedikit penghargaan... & yang penting ada nama & link kepada inspirasialam supaya mudah diakses oleh kawan-kawan lain yang mungkin mencari info yang sama atau yang berkaitan... Terima kasih....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan