Klik je...!!!

Khamis, 12 November 2009

Lambaian Kaabah...


Sebagai seorang islam, orang2 yang beriman, aku percaya setiap dari kita memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah serta melihat Kaabah di hadapan mata sendiri. Alhamdulillah, zaman sekarang pelbagai kemudahan yang tersedia untuk kita sampai ke sana. Bagi mereka yang berkemampuan, mungkin ada yang berjaya sampai ke sana berulang kali. Bagi hambaNya yang tergolong sebagai orang biasa-biasa macam aku & orang kebanyakan yang lain, peluang dapat menunaikan haji bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi... Maklumlah, dengan kos yang agak tinggi untuk ke sana mungkin peluang itu hanya datang sekali untuk seumur hidup...
-


Kedua Ayahbonda & nenda berpeluang untuk menunaikan ibadat haji tahun ini. Syukur diatas rezeki Allah yang memberi peluang menunaikan Haji kepada mereka bertiga, lebih-lebih lagi kepada bonda yang terpilih untuk ke Tanah Suci setelah beberapa kali membuat rayuan. Terima kasih kepada Tabung haji di atas bantuan, persediaan serta pengurusan yang disediakan bagi memastikan keselesaan para jemaah.

InsyaAllah, andai kita benar-benar ikhlas & bersungguh dalam mengejar sesuatu, peluang itu pasti diberi jika disusuli dengan usaha & kesungguhan tanpa mengenal jemu. Bibit kepuasan itu akan terbit jika kita berjaya mendapatkan sesuatu itu dalam keadaan yang paling sukar, penuh dengan cabaran & rintangan yang tak terduga, berbanding diberi sesuatu nikmat secara percuma... Ayat-ayat ini tiba-tiba terpacul dari kotak fikiran aku memandangkan aku datang dari keluarga kampung yang sederhana.. . yang pernah merasai perit getir ayahbonda yang membesarkan kami sekeluarga...


Mereka bertiga selamat pergi, alhamdulillah. Semoga mereka selamat kembali & mendapat Haji Mabrur , insyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...