Klik je...!!!

Rabu, 18 November 2009

Bawah Pohon Kemboja...


Sejak berkecimpung dalam bidang perkebunan dan landskap persendirian ni, aku mula mengenali beberapa spesis tanaman untuk taman/lamdskap. Dari tumbuhan berdaun, berbunga, pokok air & pokok memanjat. Salah satu bunga kegemaran aku ialah bunga Kemboja. Setengah orang mengaitkan pokok bunga Kemboja ni dengan kawasan perkuburan. Memang betul, tapi bagi aku ianya tak lebih dari mengindahkan kawasan tersebut selain mengeluarkan wangian yang semerbak dari setiap kuntuman bunganya. Mungkin tak ramai yang tahu bunga kemboja ni berbau wangi. Aku minat sebab rupa bentuknya yang ringkas, dengan lima kelopak & bunganya akan keluar silih berganti sehingga beberapa minggu atau bulan. Begitu juga dengan bentuk cabang-cabangnya yang unik. Bunga kemboja ni ada dalam pelbagai warna - putih, merah, pink, kuning, oren dsb.... semua warna aku suka.
-


Baru-baru ni kami ke satu lokasi yang biasa kami singgah di Sepang. kenapa kami suka ke sana? sebabnya banyak pokok-pokok hiasan serta pilihan pasu yang pelbagai dengan harga yang jauh lebih murah dari nursery lain. kali ni, kami borong 3 pokok bunga Kemboja. Mungkin kami ikutkan sangat perasaan, beli sampai tiga pokok. Sebabnya, beberapa hari sebelum tu kami ada menjengah satu gerai jualan pokok di Taman Warisan, Putrajaya, satu pokok Bunga Kemboja harganya sama dengan lebih 5 pokok yang sama di nursery ni... sebenarnya kami pun memang dah ada dua pokok bunga ni kat laman rumah, satu pokok berbunga putih, dah puas berbunga. satu lagi masa beli dulu tinggi lebih kurang dua kaki, sekarang ni, kami sekeluarga dah boleh berteduh bawah pokok tu... Malangnya tak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk berbunga. Jadi, itu pasal le aku borong sampai 3 pokok yang mula nak berputik.
-


Walaupun dah berputik atau menunjukkan tanda untuk berbunga, susah kita nak pastikan warna bunganya sama ada merah, kuning, atau pink. Berbeza dengan yang berbunga putih, boleh kita bezakan dengan daunnya yang sedikit bujur dan berkilat.


Rasa puas hati sebab semua pokok-pokok tu dah mula berputik nak berbunga. Cuma kurang seronok sebab tak dapat cari bunga kemboja yang bewarna kuning & pink. Lama dah kami cari, takpa, mungkin belum ada rezeki.


Dua minggu selepas kami memborong pokok-pokok ni, putik bunga sudah mula nak berkembang. dua pokok confirm, warna merah, satu pokok lagi masih berputik. Seminggu kemudian, aku terkejut sebab pokok terakhir ni rupanya bunga Kemboja kuning, alhamdulillah. Dalam masa yang sama jugak pokok kemboja aku yang dah tinggi tapi tak berbunga-bunga ni mula mengeluarkan putik, hehehe... mungkin malu dengan kawan-kawan baru dia kot..
-


Tiga minggu lepas tu, satu lagi kejutan. Bunga pokok kemboja aku yang dah boleh buat berteduh tu rupanya warna pink. So, akhirnya sempurnalah misi mengumpul koleksi bunga kemboja pelbagai warna...
-

Salah satu kumtum bunga kemboja kuning ni pelik sikit, Cuma ada 4 kelopak.




Di Bawah ni beberapa maklumat tentang bunga kemboja yang aku dapat dari internet. Menarik.


Di Jawa, kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan situasi seram seperti suasana kubur dan juga dipercayai boleh mengundang roh jahat. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.


Di Hawaii, kalungan bunga kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Di India, bunga kemboja digunakan sebagai bunga persembahan kepada dewa untuk memenuhi nazar. Di Cina, sari bunga kemboja dipakai sebagai pewangi setelah mandi dan juga sebagai penyegar badan.



Manfaat tanaman kemboja


Menurut Dymock (1885), kulit pohon kemboja mempunyai manfaat sebagai ubat penyembuh sakit perut, cirit birit dan menurunkan suhu badan. Di Persia, penduduk di sana mengunakannya sebagai penyembuh penyakit kencing nanah (gonore).

Hal itu diperkuat pula oleh Hayne (1927), yang menyebutkan, tanaman kemboja ini dipakai untuk mengubati haiwan ternakan dan kuda yang menderita sakit perut.

Sejumlah penduduk pulau di Filipina memanfaatkan kulit pohon kemboja sebagai ubat demam. Masyarakat Madura dan Jawa memanfaatkan tanaman ini sebagai penyembuh serangan busung air dan penyakit kencing nanah (gonore). Yang digunakan iaitu kulit pohonnya. Selain itu, getah yang dikeluarkannya dapat dimanfaatkan sebagai ubat sakit gigi. Malahan, sumber lain menyebutkan suku Indian menggunakannya sebagai ubat kulit.


Menurut hasil analisis Greshoff (1895), kulit pohon kemboja mengandung agoniadin, plumerida, kristallin glukisida yang tidak ditemukan pada getahnya. Racun yang dikandungnya mempunyai konsentrasi rendah.


Manfaat lain adalah, bunga kemboja digunakan sebagai ulaman. Segelintir masyarakat di Bali, Malaysia, India, dan daratan Cina sayur bunga kemboja ini merupakan menu yang digemari. Rasanya yang enak membuat mereka menjadikannya sebagai lauk dalam jamuan makan siang ataupun malam.


Jenis kemboja

Tidak sukar membezakan jenis tanaman ini. Tanaman kemboja dapat dibezakan secara visual, iaitu dari bunga yang dikeluarkannya. Misalnya jenis Red jasmine, warna kelopak bunganya merah, tanaman ini “berperawakan” pendek atau rendah. Nama lainnya adalah Plumeria rubra.

Sedangkan untuk jenis Plumeria alba, kelopak bunganya putih polos, banyak ditanam di kawasan perkuburan. Bunga kemboja yang berwarna merah muda dengan warna kuning pucat di tengah-tengahnya, disebut Plumeria hypoleuca. Selain itu, ada juga yang namanya mirip parfum asal Italia, Frangipani, mempunyai ciri, kelopak bunganya putih dan di bagian tengahnya kuning pucat, atau disebut juga Plumeria acutifolia.

Kemboja yang banyak tumbuh di halaman pagoda, candi, atau kawasan perkuburan mempunyai ciri berbunga kuning keemasan di bahagian pusatnya. Jenis ini disebut Plumeria acuminata. Masih banyak lagi jenis-jenis tanaman kemboja. Beberapa jenis di antaranya tumbuh di Amerika Latin, seperti Plumeria bicolor, yang tinggi pokoknya boleh mencapai 40 kaki.

Plumeria jamesonii, mempunyai tinggi pohon lebih kurang 1 meter dan bunga yang dikeluarkannya berwarna kuning dengan pinggiran atau tepian bunga berwana merah. Sedangkan jenis yang ditemukan di Peru, bunganya berwarna kuning dan dikelilingi oleh warna merah cerah, dengan pohon yang bisa mencapai 5 meter, disebut Plumeria tricolor.

Umumnya bunga kemboja menghasilkan aroma yang harum, tetapi ada juga yang sama sekali tidak berbau. Misalnya, jenis yang dapat tumbuh dengan tinggi sekira 2 meter. Tanaman kemboja jenis ini dinamakan Plumeria tuberculata.

Memperbanyak tanaman ini tidaklah sulit, selain dari bijinya, tanaman kemboja dapat dikembangbiakkan dengan cara stek batang. Hanya, perlu diperhatikan setelah dipotong, bekas potongannya mesti segera ditutup dengan zat penumbuh atau tanah yang bersih untuk menghambat keluarnya getah.

Penanaman boleh dilakukan dalam media pasir, yang dijaga kelembapannya dan diletakkan di tempat teduh. Asalkan cukup cahaya, air, dan tanahnya tidak terlalu kurus, maka tanaman ini akan tumbuh dengan baik. Namun, sebaiknya pokok kemboja ditanam pada tanah yang kurang pasir.

Ternyata, pokok bunga Kemboja ini ada nilai komersialnya...


8 ulasan:

  1. Saya juga meminati bunga kemboja. Koleksi yg ada skrg ni ialah kuning, merah dan pink. Ptg ni dpt satu lagi warna merah hati. Warna putih tak dijadikan koleksi sebab rasa janggal pula nak tanam di laman rumah.

    BalasPadam
  2. Ramai yang rasa janggal nak menanam kemboja putih di laman rumah. Mungkin disebabkan habitat asal pokok ni yang sering kelihatan di kaw. kubur. Tapi apapun, terpulanglah pada pendapat masing-masing...

    BalasPadam
  3. boleh saya tahu di mana boleh saya beli kemboja kuning...susah nak cari..

    BalasPadam
  4. Saya tak beli pun pohon2 kemboja ni........amik je kat kubor.....tapi yg pasti saya telah meminta keizinan terlebih dulu dari pihak yg menjaga kubur tu.Kagetnya ..semua warna pohon kemboja boleh didapati dikawasan perkuburan.Kalau tak caya sila jengok2 kat kuburan.apalagi ianya gratis

    BalasPadam
  5. tolong la cari kemboja 7 klopak.aritu dh jumpe,tp rosak..

    BalasPadam
  6. saya memang collect kemboja dan skrg dah lebih 450++ warna termasuk purple, salmon dan juga yang unik seperti Bali Whirl ( 10 kelopak)

    BalasPadam
  7. sesuai ke pokok kemboja di tanam dlm pasu? tak terencat ke pembesarannya? berkenan juga nk tanam pokok ni.cantik.

    BalasPadam
  8. Spesis ni memang paling sesuai kalau di tanam terus ke tanah... lebih subur sebab kelembapan tanah lebih terkawal...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...