Klik je...!!!

Isnin, 23 November 2009

Melati Air... 1


Lebih kurang 6 bulan lepas aku & famili bersiar & mencuci mata di Sungai Buloh. Sambil-sambil tu sempatlah jugak menyambar beberapa spesis pokok yang kami berkenan. Tapi dalam banyak-banyak pokok masa tu, yang aku nak beli sangat ialah pokok Melati Air (Mexican Sword-plant)-Alismataceae atau nama saintifiknya Echinodorus Plaefolius. Sebelum ni aku memang dah ada sepupu sepapat spesis ni, tapi lain, tangkai, daun & bunganya pun agak lembut dan tak sekeras yang aku cari ni.
-



Antara koleksi yang aku dapatkan dari Sungai Buloh & Nilai.

-

Tak semua nursery ada menjual spesis Melati air ni. kalau ada pun tak semuanya secantik yang dicari. Ada yang hidup subur, ada yang macam terbiar & tak terurus. Nak dapatkan yang murah & cantik kenalah pandai & rajin menjelajah kat semua tempat.
-
Koleksi terbaru. Ini spesis Melati Air Bangkok. Spesis ini lebih lasak, daun & tangkainya lebih tebal dan besar serta boleh menjangkau ketinggian lebih satu meter.

1 ulasan:

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...