Klik je...!!!

Isnin, 5 April 2010

Wakaf Istirehat... siri 6


Hujung minggu ni aku manfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Kebetulan cuaca cerah & takde hujan 2 hari ni, memang panas & berbahang tapi amat sesuai sebab kerja-kerja bertukang & mengecat dapat disempurnakan tanpa gangguan. Sesekali bila terasa letih isteri aku pulak ambil alih kerja-kerja mengecat bahagian-bahagian yang kecil & rendah. Aku tak paksa, memang dia yang suka tolong.

Untuk kerja-kerja pemasangan atap genting aku siapkan awal-awal lagi, termasuk menyimen sedikit bahagian rabung. Ambil kesempatan hari panas, cepat sikit simen tu kering & senang kalau aku nak bekerja di bahagian bawahnya kalau hujan turun.

Sejurus menyiapkan bahagian atap, kena pulak aku sediakan papan untuk menghiasi setiap penghujung segmen atap ni. Aku tak pasti apa nama bahagian papan ni, tapi yang pasti ini juga termasuk bahagian yang amat diberi perhatian untuk menambahkan seri & nilai seni pada rekaan wakaf yang pernah aku lihat.



Lama jugak masa yang aku peruntukan untuk siapkan bahagian ni. Pagi tu aku lukiskan motif/corak yang aku reka sendiri, lepas tu potongkan lengkok-lengkok motif tu dengan jigsaw. Part ni memang payah. Walaupun guna jigsaw, tenaga kita amat diperlukan bagi menggerakkannya selain perlu teliti & berhati-hati supaya lengkokkan yang kita buat tu kemas & mengikut garisan yang dilukis.


Habis memotong, kenalah pulak digosok & dilicinkan dengan kikir & kertas pasir. Siap je dilicinkan, barulah boleh disapukan cat. Lepas 2, 3 layer aku biarkan kering & petangnya jugak aku pasangkan. Projek aku kini hampir 80% siap.

4 ulasan:

  1. papan untuk menghiasi setiap penghujung segmen atap-cemboard ke namanya?

    BalasPadam
  2. Bahagian cucur atap ni saya guna papan biasa je, kalau tak silap kayu meranti... lembut sikit kalau nak dipotong atau dibentukkan dengan jigsaw.. Yang penting kena disapukan cat dengan betul supaya boleh tahan cuaca panas & hujan...

    BalasPadam
  3. salam... berapa kos untuk buat 1 wakaf ni?

    BalasPadam
  4. Salam amyn, Kos keseluruhan tak lebih RM1200... harga berdasarkan bahan yang digunakan, kalau kayu jenis lain, lain pulaklah harganya....

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...