Klik je...!!!

Rabu, 4 Ogos 2010

Mangga Dah Berbunga...


Kami pun macam orang lain... Bukan pokok buah cempedak di luar pagar. Tapi pokok mangga menjadi pilihan, memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan oleh pokok hiasan yang ditanam oleh pemaju di luar pagar. Majoriti rumah di sini semua dah buang pokok yang ditanam pemaju & diganti dengan pokok mangga dari pelbagai jenis /spesis. Sebabnya banyak serangga serta ulat yang menyebabkan kagatalan kulit.. Sebab lain mungkin sampah-sampah daun kering serta dahan-dahan pokok semakin meliar yang tidak dicantas atau dikemaskan seperti mula-mula kami menghuni dulu... Awal-awal lepas pokok asal ditebang, terasa macam kawasan laman rumah tu terlalu kosong, lapang & panas. Itulah puncanya aku tergerak untuk dirikan pergola. Aku letakkan pokok kesidang untuk memanjat supaya ada lah sikit kawasan redup untuk beristirehat di laman yang tak berawning pada asalnya.
Tak sangka, menarik jugak bunga buah mangga ni kalau diperhati dengan terperinci...
Antara putik-putik awal yang berjaya ke fasa seterusnya...


Nak tunggu pokok mangga yang ditanam membesar gerenti makan tahun... Berbuah mungkinlah... Pelik sikit tentang pokok mangga yang kami tanam ni, berbuah tak ikut musim macam pokok mangga jiran-jiran yang lain. Jiran depan, buah dah 'bersih' sejak bulan lepas... tapi pokok kami baru nak berbunga sejak seminggu dua minggu ni.. alhamdulillah, ingat merajuk tak nak berbuah dah... masuk kali ni dah tiga kali dia berbunga. Ikut perkiraan aku, pokok ni berbunga setiap enam bulan, tapi buah belum tentu lekat. Kali pertama dulu merasalah beberapa biji... besar & manis. Memang besar, kena sepuluh jari kalau nak genggam. Masa beli benih pokok dulu macam pelik jugak bila makcik nursery tu kata ini spesis mangga kelapa... tak pernah dengar pun... mangga epal biasalah..


Ini Buah pertama Mei tahun lepas. Tiga bulan menunggu dari proses berbunga hinggalah masak di pokok... Kebetulan masa tu pulak aku outstation ke Langkawi... Tapi merasa jugak akhirnya...


Apa-apa pun, alhamdulillah... semoga musim kali ni menjadi, berkat bulan Ramadhan... dapat jugak baby dalam kandungan tu merasa...






6 ulasan:

  1. brp lama tanam baru dia berbuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lama, dalam enam bulan selepas di tanam, pokok dah mula berbunga.... tapi masa beli anak pokok pun dah setinggi hampir 3 kaki...

      Padam
  2. sedap tak rasa yer? ingat nak beli 1 pokok kalau sedap. please...let me know k. tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestilah sedap... tak seganlah nak bagi jiran2 merasa....

      Padam
    2. nak carilah lps ni,tggu pesta flora putrajaya 22hb ni, kot2 ada. murah skit kot. kalau xde, baru nak cari kat nurseri.

      Padam
  3. Pokok mangga saya pernah berbunga tapi tak lekat buah. Kempunan nak merasa hasilnya. Kali ni berbunga lagi..harapnya ada rezeki merasa hasil tangan sendiri. Kenapa agaknya buah tak lekat ye? Bunga jadi kering..

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...