Klik je...!!!

Rabu, 15 Disember 2010

Terima Kasih Hospital Putrajaya...

Situasi di Hospital Putrajaya sekarang memang jauh berbeza dengan situasi 4 tahun lepas semasa kami ke sini untuk kelahiran Muhammad Hafiy... Pertambahan bilangan penduduk & penjawat awam yang semakin ramai memenuhi kuarters di sini menyebabkan kesesakan yang boleh dikatakan serius bukan sahaja pada tempat letak keretanya, tetapi pada bilik bersalin & wadnya... Jadi, sesiapa yang terpaksa dirujuk ke hospital lain, terimalah kenyataan itu dengan redha... Mungkin selepas sedikit pembesaran dilakukan, kesesakan ini akan berkurangan...

Masih cerita tentang hari kelahiran Muhammad Zair Iman... Alhamdulillah... Walaupun terpaksa bertarung nyawa mengharungi sakit bersalin yang tak dapat aku bayangkan, yang penting kedua-duanya selamat... Ini kali kedua aku menyaksikan situasi saat isteri melahirkan anak (kelahiran anak kedua melalui pembedahan)... walaupun kali ini hanya sebahagian sahaja, dapat juga aku bayangkan betapa besar risiko yang diambil oleh kedua-dua pihak (Ibu yang bersalin serta pihak yang menyambut kelahiran)... kerana melibatkan nyawa seseorang... Aku pasti, setiap yang terlibat pasti akan melakukan sebaik mungkin walaupun ada masanya kita tersilap perkiraan...

Aku cuba bayangkan, kalau dalam sehari hampir sepuluh bayi dilahirkan atau mungkin lebih(di Hospital ini)... bermakna banyaklah risiko melibatkan nyawa yang terpaksa diambil oleh pihak hospital... Ini baru cerita tentang menyambut kelahiran bayi, belum lagi tentang penyakit-penyakit lain, pembedahan & sebagainya...

Walaupun kedua-duanya masih berada di dalam wad, yang penting semuanya selamat, insyaAllah.. layanannya pun amat baik... Sebagai penghargaan, kami sekeluarga mengucapkan Terima kasih tak terhingga buat semua doktor & jururawat yang terlibat menyambut kelahiran baby Zair.. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...