Klik je...!!!

Isnin, 27 Disember 2010

Rutinku Sebagai Tukang Kebun... Tak bertauliah


Walaupun sibuk dengan ahli baru dalam keluarga, rutin harian & tanggungjawab aku sebagai tukang kebun di laman sendiri tetap dilaksanakan seperti biasa... Walaupun sekarang ni musim hujan, pokok-pokok masih perlu di siram, terutama untuk pokok berpasu & pokok-pokok yang aku letakkan di kawasan berbumbung... walaupun hujan, tak semestinya air yang singgah ke pasu tu cukup untuk menampung keperluannya... Seminggu dua ni, pokok-pokok kelihatan subur, mungkin kesan dari cuaca yang agak lembab sekarang ni...


Ada satu dua pokok tengah aktif berbunga sekarang ni, ada pulak yang tak henti-henti nak berbunga, alhamdulillah... Sebenarnya di awal aku berkecimpung dalam seni berkebun ni, aku lebih cenderung pada pokok-pokok daun, maknanya pokok hijau je... lama-kelamaan aku mula berminat pada beberapa jenis pokok berbunga... itu pun bermula dengan kockeana & orkid hutan hadiah isteri tersayang... kalau tidak mungkin sampai sekarang laman rumah ni hanya penuh dengan kehijauan jelah...



Sama ada spesis bunga atau spesis daun, kedua-duanya memerlukan penjagaan yang betul & sempurna... serupalah macam kita nak buat satu pokok menjadi bonsai... kalau tak kena teknik & seninya, memang tak menjadi... sampai sekarang aku masih terkial-kial nak membonsaikan pokok ..... Takpe, aku masih belajar...


Minggu lepas aku perasan orkid hutan pemberian isteri yang lama menyepikan diri ini mula menunjukkan tanda-tanda untuk berbunga, alhamdulillah... seronok betul... lama tu lebih kurang setahun setengah kami menunggu... Ilmu menjaga orkid ni perlu aku pelajari dengan mendalam... menjaga orkid-orkid yang special macam ni tak sama macam kita tanam orkid-orkid kampung... tak kena caranya memang tak berbunga... Satu perkara je yang aku tahu tentang orkid, perlu kerap dibaja kerana itulah sumber makanannya... yang ini pun aku masih belajar.... banyak juga rupanya ilmu seni perkebunan yang masih perlu aku pelajari... maklumlah, tukang kebun tak bertauliah... sebenarnya, apa pun yang ingin kita lakukan, semuanya memerlukan ilmu & kemahiran... baru kita boleh berjaya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...