Klik je...!!!

Isnin, 21 Februari 2011

KLCC di Nilai 3...


Hujung minggu kali ni kami ke Nilai 3... jalan-jalan cari makan & cuci mata... walaupun setakat cuci mata, tengahari sampai petang jugak.... Anak-anaklah yang paling seronok... & anak-anak jugaklah yang keletihan... Untuk aku pulak, saje mengisi masa terluang & nak bawak permaisuri & putera baru tu berjalan-jalan, maklumlah sepanjang minggu & kebanyakan masa cuti bersalin dalam dua bulan ni asyik dok rumah je...
Seronok pulak tengok beberapa replika struktur-struktur yang menjadi ikon pelancongan dunia yang ada kat sini... KLCC, Eiffel Tower & macam-macam, lagi... sempatlah bergambar kenangan di 'KLCC'...
-
Ikut plan asal, kami ke sana sebab nak survey beberapa barang persiapan untuk pengantin... hantaran, bunga telur & apa saje yang berkaitan dengan pengantin... Sempatlah jengok beberapa kedai yang ada kat situ... & sempat jugak kami rakam (dalam otak) beberapa design hantaran yang menarik & berkenan kat hati... Kalau ikutkan nak je tangkap gambar, tapi tak boleh... Teringat zaman-zaman nak jadi pengantin dulu, 70% persiapan kahwin, kami design & buat sendiri... nak jimatlah katakan.... Tapi untuk kali ni, insyaAllah kalau ada rezeki bolehlah kami beli untuk bakal-bakal pengantin baru tu.. bukan orang lain pun, adik-adik sendiri jugak.... kalau tak mampu buat, ada rezeki lebih bolehlah beli je terus kat sini... memang banyak pilihan....
-
"Apa nak buat, kalau dah dapat ahli keluarga yang kaki merewang & tak boleh duduk diam kat umah... terpaksalah kita join sekali....." -Zair Iman
-

"baba ni, tak penat ke asyik nak tangkap gambar kita je...?" -Zair Iman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...