Klik je...!!!

Isnin, 14 Februari 2011

Zair Iman 2 bulan...

Alhamdulillah... Hari ni Zair Iman genap 2 bulan... dua hari lepas kami bawanya ke klinik kesihatan. Alhamdulillah, semua perkembangan fizikal & kesihatannya positif. Sebulan lepas beratnya 4.6kg, naik jadi 5.5kg.. Tinggi dari 53cm jadi 56cm, ok lah tu... Kalau ikutkan, berat 5.5kg tu sama dengan berat abangnya Hafiy masa umur 5 bulan...


Zair Iman pun sekarang dah macam bayi 4/5 bulan... Dah pandai mencemek kalau takde yang melayan.. ketawa kalau diagah oleh sesapa pun... tu yang abang Hafiy & kakak Jihannya seronok bermain dengan Zair... Menangis jangan cakaplah, pantang rasa lapar atau mengantuk, mulalah merengek... tapi merengek bayi ni biasalah, comel sikit bunyinya... tak macam budak-budak besar menangis... Semoga Zair Iman terus membesar menjadi anak yang sihat, bijak & soleh....InsyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...