Klik je...!!!

Selasa, 17 Mei 2011

Cikgu... Semulia-Mulia Pekerjaan...

-


Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu, pensyarah, tutor, jurulatih, ustaz-ustaz, penceramah, samada mereka terlibat dengan institusi pendidikan secara langsung atau tidak, tak kiralah apa jawatan atau gelaran sekalipun termasuklah ibubapa kita... Jasa kalian amat tinggi nilainya & ketahuilah bahawa kerjaya seorang guru & yang seangkatan dengannya adalah semulia-mulia pekerjaan didunia.... Jika ilmu adalah pelita hidup, guru itulah cahayanya...


Aku bukan seorang guru, tapi pernahlah beberapa tahun menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej... Memang seronok bila tiba 16 Mei ni sebab, student tak lupa nak sambut & ucap selamat hari guru pada kita walaupun bukan lagi di sekolah rendah atau menengah... lebih seronok sebab kebanyakan kad ucapan adalah hasil kreativiti diorang malalui sedikit ilmu yang aku curahkan... Satu kepuasan apabila usaha kita dihargai...


Bercerita tentang dihargai atau penghargaan ni, ada satu kisah teladan yang disampaikan kepada aku & kawan-kawan ketika darjah lima... ya, darjah lima... Sebahagian ceritanya mungkin tak berapa nak ingat, tapi jalan ceritanya lebih kurang macam nilah..... Cerita tentang seorang pemuda disebuah perkampungan nelayan... suatu hari, pemuda yang tiada pekerjaan itu berehat ditepi pantai... tiba-tiba dia ternampak seekor bangau yang meluncur laju dari udara menerjah ke air... bila si bangau itu terbang semula ke udara, kelihatan ia membawa seekor ikan yang tersemat kemas diparuhnya... Pemuda itu terkejut & tertarik dengan apa yang sedang disaksikan... Diperhatikannya sekali lagi... lagi, lagi & lagi.... Berkali-kali hingga akhirnya dia mendapat satu idea untuk menjadi ahli siap mata yang berupaya menangkap bilah pisau yang diterbangkan menggunakan mulutnya tanpa mendatangkan kecederaan... Pemuda ini berlatih setiap hari... & hampir setiap hari juga dia memerhatikan aksi yang menjadi sumber inspirasinya iaitu burung bangau yang menangkap ikan menggunakan paruhnya...



Diringkaskan cerita, akhirnya pemuda ini menjadi sangat hebat & terkenal sebagai ahli silapmata yang mampu menangkap pisau terbang menggunakan mulutnya... Suatu hari, setelah membuat persembahan, ada sekumpulan penonton yang bertanya bagaimana pemuda ini mampu membuat aksi berbahaya seperti itu... Dijawabnya, "sudah tentu aku belajar melakukannya setiap hari"... Diajukan lagi soalan, siapakah guru yang mengajar kamu, tentu dia seorang yang hebat... jawapannya masih sama, "aku belajar & berlatih sendiri tanpa bantuan guru"... ditanya lagi, mustahil kamu tidak berguru jika kamu mampu membuat aksi berbahaya seperti itu?... "Ya, sudah aku katakan, aku tidak mempunyai guru atau diajar oleh sesiapa, malahan tiada yang lebih hebat untuk melakukan aksi ini selain daripada aku".... Ditanya lagi, "Kami ada mendengar cerita yang tuan bergurukan seekor bangau untuk menjadi hebat seperti ini..?", dijawabnya dengan berang, "Masakan seekor bangau yang tidak berakal mampu menjadi guru kepadaku", Pemuda itu terus berlalu dengan perasaan marah & sombong...


Satu hari sedang pemuda ini bersedia untuk membuat persembahannya, dia didatangi kumpulan penonton yang pernah mengajukan soalan kepadanya tempoh hari... Dengan perasaan marah yang masih terbuku dihati, pemuda ini dengan sombongnya berteriak kepada semua penonton yang datang untuk menyaksikan persembahannya dengan berkata bahawa dialah yang paling hebat dalam melakukan aksi sedemikian... Aksi dimulakan, namun malang tidak berbau... disebabkan sifat sombong & perasaan marah yang masih terbuku dihati pemuda itu akhirnya gagal melakukan aksi 'hebat'nya pada hari tersebut... malahan dia kehilangan keupayaannya serta peluang melakukan aksi seperti itu lagi apabila pisau yang cuba ditangkap dengan bibirnya menusuk & menembusi kedua-dua pipinya hingga terkoyak..... kesimpulannya, hargailah jasa seorang guru... walau siapa pun guru itu.... termasuklah jika ianya hanya seekor bangau...



Memang 16 Mei ni disambut sebagai penghargaan istimewa kepada kalian para guru walaupun penghargaan dalam mencurah ilmu memang sentiasa diberikan setiap hari... -tiada kerjaya lain didunia yang mendapat penghargaan sebegitu hebat hingga apabila tamat mengajar setiap subjek, semua murid akan berdiri sambil melaungkan ayat "terima kasih cikgu"... Semoga Allah merahmati & memberkati usaha kalian serta dikurniakan kesejahteraan sepanjang masa, insyaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...