Klik je...!!!

Jumaat, 20 Mei 2011

Jihan & Hafiy Sambut Hari Guru...


Semalam di Tadika Yadim Putrajaya ada buat sambutan Hari Guru... Pagi-pagi masa menghantar diorang nampaklah kawan-kawan Jihan & Hafiy semua sibuk bawak kuih-muih & makanan lain sebagai sumbangan untuk sambutan tu... Jihan & Hafiy pun tak ketinggalan... sehari sebelum tu sibuk betuk Jihan nak carikan hadiah buat cikgu Hidayahnya... Hafiy pulak cari hadiah buat cikgu Nurul.... hehehe... sejak tadika diorang dah diajar untuk menghargai jasa cikgu melalui sambutan hari guru, eloklah tu...





Budak-budak seusia 5 & 6 tahun ni memang cepat belajar, cepat 'tangkap' & mudah ingat dengan apa yang diajar. Lebih-lebih lagi kalau pesanan tu dibuat oleh cikgu-cikgunya.... JIhan tu, sikit-sikit mulalah keluar ayat keramat dia "emmm, cikgu kata....".... Namapak sangat apa yang cikgu kata tu lah yang menjadi pegangan dia... kalau yang mak bapak kata tak tentu lagi diorang nak ikut... :) Jadi kat situlah kita boleh nampak betapa besarnya peranan & tanggungjawab cikgu/guru dalam mendidik anak murid.... & memang sepatutnya mendapat penghargaan & ucapan terima kasih setiap kali tamat kelas untuk setiap hari... terima kasih cikgu... Terima kasih cikgu.... :)



*empat hari balik ke Lembah Kelang, awal pagi tadi kami dah berada di kampung(Johor) semula.... kali ni untuk majlis pernikahan adik perempuan aku(yang juga seorang guru)....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...