Klik je...!!!

Isnin, 9 Mei 2011

Melati Air Berkembang Mekar...

Sekarang ni beberapa spesis bunga sedang mekar berkembang di laman kami... Tapi paling seronok bila tengok Melati Air... Memang dialah juara,... Cara berbunga tu, nampak macam laman ni 'dia sorang' yang punya... :) Melati air ni antara pokok hiasan tak bermusim, jadi bila-bila masa dia boleh berbunga.. maknanya sepanjang masa bunganya boleh menjadi santapan mata selagi pokok masih sihat, subur & selalu dibaja...





Sebenarnya memang hari-hari pun pokok ni berbunga, tapi mungkin disebabkan hujung minggu je masa yang ada untuk kita duduk di rumah, jadi berpeluanglah kita menenungnya lama-lama... sebabnya, setiap kuntum bunga melati air ni hanya mekar berkembang sekali dalam hayatnya itupun untuk sehari sahaja dengan tempoh hanya beberapa jam iaitu ketika matahari naik kira-kira pukul 9.00 hingga pukul 1 atau 2 petang... Tapi kita masih berpeluang melihatnya mekar berkembang disebabkan setiap tangkai bunganya mempunyai beberapa biji kuntum bunga yang berkembang mengikut giliran, walaupun giliran hanya hadir sekali sahaja... Lebih lama kalau tangkai bunganya lebih panjang & bercabang...


Kalau ikut jenis, melati air yang aku tunjuk ni kira jenis yang kedua dalam spesis melati air sebab pokok & tangkainya lebih tebal walaupun tak setebal melati air Bangkok... Spesis melati air yang paling banyak dalam koleksi laman aku ialah Melati Air Bangkok... Ada lebih dari lima pokok sebab aku memang semai banyak pokok ni... saje nak sedekah kat kawan-kawan yang berminat...



Selain melati air ni, ada beberapa lagi spesis pokok hiasan yang sedang berbunga, antaranya Bauhinia Kockiana, Kesidang, Kemboja, Adinium Obesum, Bougainvillea & lain-lain... Apalagi kepuasan sebagai tukang kebun, selain menikmati keindahan warna-warni bunga-bungaan yang ditanam sendiri ni berkembang mekar kat laman kita ye tak.....?


3 ulasan:

  1. Salam tuan rumah, nak mohon ilmu tentang pokok ni. Pokok melati air saya selalu berlubang2 bila setiap kali daun baru keluar. Ada masanya daun dia seolah2 terbakar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam pada yang bertanya... Saya tak berapa pasti punca masalah tu... mungkin ada dua tiga perkara yang perlu dipastikan...

      pertama -pokok melati air atau apa jua pokok hiasan akuatik atau yang menggunakan air sebagai medium utama, pastikan kita menggunakan tanah merah/tanah bukit... elak menggunakan tanah hitam dsb...

      kedua -Pastikan tiada masalah jangkitan penyakit atau serangga perosak pada pokok atau pangkal pokok. Jika ada, buangkan semua pelepah daunnya & tinggalkan daun muda dan pucuknya sahaja... bersihkan & tanamkan semula... Gunakan dengan air yang baru..

      Ketiga - jika ada masalah serangga seperti belalang atau sebagainya, elakkan dari disembur direct ke arah daun. Sebahagian bahan semburan untuk serangga dan juga baja, boleh menyebabkan daun seakan layu seperti terbakar...

      Padam
  2. Salam,
    Nak tanya kat mana boleh dapatkan benih bunga melati air ni?

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...