Klik je...!!!

Jumaat, 3 Jun 2011

Kunjungan Ayah Bonda...

-


Terasa sibuk betul beberapa minggu ni... Banyak urusan & perkara perlu diuruskan... Tapi sibuk macamana pun, alhamdulillah... semuanya berjalan dengan baik & lancar, walaupun sesekali tu kesibukan-kesibuakan ini membuatkan kita rasa penat & letih, tension dsb..... Malam semalam teratak kami dikunjungi ayahbonda & beberapa ahli keluarga..


Atuk bersama cucu-cucu...


Tujuan asal nak menghantar adik perempuan(ke5) aku yang akan mula latihan praktikal di Pandan Indah... Disebabkan aku ni boleh dikatakan mahir sikit dengan laluan KL tu, mereka pun singgahlah ke rumah kami... jadi, semalam aku ambil cuti rehat demi memastikan segalanya berjalan lancar... Maklumlah duduk Lembah Klang pun belum tentu boleh cari jalan yang semakin sibuk kat KL tu, inikan pula orang-orang kampung dari Johor... Itupun nasib baik sebab sebelum & selepas berumahtangga dulu pernah juga duduk di kawasan berhampiran Pandah Indah tu, jadi takdelah masalah sangat nak cari alamat yang dituju...



Zair bersama Atuknya...


Kesian juga kat ayahbonda berdua ni, mesti keletihan... kebetulan paginya sebelum bertolak ke Lembah Klang kelmarin, kena hantar seorang lagi adik perempuan (ke6) aku yang mula latihan praktikal di Kluang, nasib baik tak jauh sangat dari kampung, lebih kurang 50 km je... (kalau duduk bandar, 50 km tu kira memang tak dikira jauh, ye tak..?)... Kesian juga sebab keadaan kesihatan keduanya yang tak berapa baik... tapi masih terpaksa menyibukkan diri untuk anak-anaknya... -Begitu tingginya nilai kasih sayang & pengorbanan ayah & ibu kita... Itulah orang kata, anak perempuan ni selagi belum 'diserahkan' kepada lelaki bernama suami, selagi itulah tanggungjawab mendidik & membesarkannya untuk menjadi seorang insan terletak dibahu ibubapa.... Setelah selesai majlis pernikahan adik perempuan (ke4) dua minggu lepas, minggu depan pulak ada majlis persandingannya serentak dengan seorang lagi adik lelaki(satu-satunya adik lelaki)... maknanya minggu depan kena balik kampung sekali lagi... sibukkan...? emmmh, aku pun dalam sebulan dua ni terpaksalah sediakan peruntukan lebih sikit untuk urusan keluarga... tapi yang bestnya, dapat kerap balik ke kampung halaman & bersua dengan ahli keluarga...



Jihan & Geng, sibuk melukis & mewarna...



Hafiy ni pantang jumpa geng, mesti nak main basikal...


Paling seronok dalam bab berjalan jauh-jauh ni tentunya budak-budaklah... Anak-anak ni bila jumpa sepupu-sepapat memang ginilah jadinya... Hafiy, tak sampai seminit anak-anak buah aku masuk rumah, dah dijeritnya "Hei! tengok shini, mainan banyak" dipanggilnya semua untuk jenguk mainannya yang berbakul-bakul dalam bilik tu... Jihan pulak, lepas selesai makan malam, terus dikeluarkan peralatan mewarnanya untuk buat lukisan bersama sepupu-sepupunya... :) tunjuk bakat lah tu.... takpelah, budak-budak....



Sempat bergambar kenangan sebelum bergerak ke KL


Seronok bila mak bapak & saudara mara datang rumah sekali-sekala... hilang rasa kerinduan... -padahal minggu depan dah nak balik kampung lagi tu..... selain untuk majlis perkahwinan adik-adik, kami juga akan menyambut kepulangan ibu cik puan (ibu mentuaku) balik dari mengerjakan Umrah...


* Terima kasih buat isteri tersayang yang sempat jugak memasak lebih, khusus buat santapan rombongan keluarga dari kampung.. -walaupun kami balik ofis agak lewat petang tu... :)


-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...