Klik je...!!!

Khamis, 9 Jun 2011

Tetamu & Jiran Tetap...

-


Dulu-dulu, setiap kali balik kerja petang-petang tu, mesti Aci rumah sebelah tegur, banyak burung hah pagi-pagi... Kami tersenyum je, dalam hati berkata rajin pulak Aci ni perhati rumah aku... untuk makluman, walaupun lebih 90% kejiranan kami adalah bumiputera melayu, jiran kiri & kanan aku dua-duanya berbangsa India...



Lima tahun lepas masa masuk rumah, kiri kanan masih kosong... Beberapa bulan lepas tu baru jiran belah kanan (Aci) masuk rumah... Awal-awal dulu rumah Aci ni boleh tahan jugak pokok-pokok bunganya, maklumlah orang kampung, memang rajin bercucuk tanam... Antara rumah aku dan Aci ni, dua-duanya macam saling berlumba nak penuhkan pokok-pokok berpasu kat laman... Tak lama lepas tu, jiran belah kiri pulak masuk... Jiran belah kiri ni pun sama, bila tengok laman rumah kami serba kehijauan dengan rumput & pokok-pokok hiasan, dia pun tanam rumput & penuhkan pokok-pokok hiasan dalam pasu kat lamannya... sayangnya, dia jarang duduk rumah, balik sekali-sekala sebab biasa duduk kat rumah mak ayahnya yang tak berapa jauh dari taman perumahan ni... jadi rumput & pokok-pokoknya tak berapa nak terjaga...


kekadang balik kerja nampak kucing duduk bertenggek atas tembok.. kekadang tengah minum air kat pasu pokok air... Masa siram pokok pulak ada je burung yang datang hinggap... agaknya burung-burung tu suka kot dengar bunyi air... Emmmh, sebenarnya aku bukanlah nak cerita pasal kucing atau burung yang kami anggap dah macam tetamu & penunggu kat laman ni, tapi tentang kehidupan berjiran... walau sesiapapun jiran kita, tak kira bangsa, cubalah jalinkan hubungan yang baik walau tak boleh nak rapat macam kawan baik.. Sebab dia adalah jiran tetap kita sampai bila-bila selagi kita & dia masih duduk disitu & tak berpindah... Sekurang-kurangnya ada jugaklah yang menjenguk atau menjengah rumah bila apa-apa terjadi, outstation ke, balik kampung ke dsb... Aci sebelah rumah kami ni memang sangat prihatin... Ada saje laporan untuk kami kalau ada apa-apa masalah atau perkara yang perlu diadukan contohnya budak-budak main kat pagar ke, ada orang jenguk-jenguk rumah tengok pokok & laman ke... pernah sekali tu dia adu pasal ada dua budak motor, berhenti & perhatikan belakang rumah kami... Aci tu kata dia pun sergah bila nampak budak-budak tu turun motor & perhatikan pintu & tingkap belakang... apalagi, diorang pun terus cabut... itulah gunanya hidup berjiran... bukan setakat bergosip atas pagar.... :)


Kadang-kadang sebab kucing jiran pun boleh jadi tak bertegur... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...