Klik je...!!!

Selasa, 1 November 2011

Cerita Minggu Lepas.... 01


Wah!! seronok nampak...?

::BABY SITTER::
Wabak penyakit tangan, kaki & mulut kembali tersebar... Dengarnya ada tiga bayi yang sebilik dengan Zair kat nurserynya dijangkiti... Sudahnya bilik tu terpaksa dikuarantin selama seminggu atas arahan jabatan kesihatan untuk dicuci... & jawapannya, kami suami isteri terpaksa bergilir bawak Zair ke pejabat... hehehe.. Zair seronoklah, tapi kami ni yang terpaksanya menghurungnya ke sana ke mari...
-
Sofa kecil yang berjaya di modified jadi baby cot

-
::KUNJUNGAN KELUARGA::
Minggu ni macam penat sikit... banyak betul aktiviti rasmi & tak rasmi yang berjaya dilangsaikan... Hari Sabtu ada konvo adik kat PICC.. Jadi hampir seluruh kaum keluarga dari Johor berkumpul di teratak kami... Memang biasa dah, kalau ada konvokesyen ke, pendaftaran adik-adik ke IPT ke, atau mendaftar untuk praktikal, rumah kami akan jadi pusat transit, riuh rendah untuk seketika... seronoklah anak-anak dapat bermain dengan sepupu sepapatnya... lepas selesai semua tu, keadaan kembali normal... tapi, tetap bising dengan suara anak-anak yang memang aktif memanjang.... Kiranya kunjungan sempena konvokesyen ni adalah kunjungan keluarga belah aku untuk tahun ni.. Sebelum ni pun kami terima kunjungan keluarga belah cik puan yang berkunjung sempena hari raya.....

Kenangan di PICC Putrajaya
-
::TEAM BUILDING::
Tiga hari dua malam aku & rakan seperjuangan di pejabat berkursus di Felda Residence Resort kat Trolak... Kalau dah namanya Team building, biasalah... tak perlulah nak dijelaskan dengan lebih detail ye tak...? Nak kata penat, takdelah penat mana... ini kali ke tiga teambuilding dalam hayat aku setakat ni...
Tiga hari dua malam, hanya gambar ini yang 'berjaya' aku snap.. itu pun hari terakhir....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...