Klik je...!!!

Jumaat, 2 April 2010

Wakaf Istirehat... siri 5


Genap 2 minggu dah aku mulakan projek wakaf, nampaknya hampir 75% siap. Ini antara bahagian yang sedikit mencabar iaitu menyediakan pagar penghadang. Walaupun bahagian ni hanya merupakan sebahagian kecil & nampak simple je, tapi penyediaannya agak mencabar.



3 minggu lepas aku ada singgah ke sebuah pasaraya hardware. Kenapa aku kata pasaraya? sebabnya walaupun pusat jualan ni agak besar &luas, tapi semua barang yang dijual adalah barangan hardware untuk pertukangan atau barangan DIY bagi hampir semua bahagian rumah atau pejabat. Lokasinya di nilai. Kat tempat tu sempatlah aku beli empat batang kayu berbentuk silinder berdiameter 2.5 mm. Panjang lebih kurang 8 kaki. Masa beli tu, aku pilihlah jenis kayu yang nampak agak keras, licin & warna kemerahan sikit.



Kebetulan masa nak buat pagar wakaf ni aku terfikir-fikir cara yang lebih mudah & sesuai, jadi masa tulah aku terfikir batang-batang kayu ni. aku tebukkan lubang mengikut saiznya, lepas tu potongkan kayu-kayu ni mengikut ukuran. Hampir sehari jugak aku siapkan pagar wakaf ni... Bila dah pasang, ok je....

1 ulasan:

  1. Powerlah bro ang tukang sendiri wlupun ang kata xda pngalaman.Aku respect bro.klu ada elec tools lg senang wt keja bro.aku minat jg tukang sndiri ni.nice work bro!

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...