Klik je...!!!

Isnin, 14 Jun 2010

Pisang Hiasan


Salah satu pokok yang menghiasi laman rumah kami ialah pokok pisang hiasan. Sebenarnya pokok ni dah menghuni laman kami ni semenjak hampir lapan bulan lepas. Pokok ni aku dapat hasil daripada sistem barter dengan sorang kawan. Lama jugak aku tunggu untuk melihat pokok ni berbunga. Disebabkan di tanam berpasu, setiap hari aku siram, baja pun sebulan sekali...
-



Awal-awal masa baru dapat benih dulu, ada dua anak pokok. seminggu lepas pindah ke pasu, pokok ni layu & tak lama terus mati... Pelik sikit sebab seminggu lepas tu tumpuh lagi satu tunas baru pada tunggul anak pokok yang mati tu... Sihat walafiat, & empat bulan lepas tu terus rajin beranak. Sekarang ni dah jadi lima pokok...
-

Tak pasti spesis Musa ni berasal dari mana, cuma yang pasti dari kawasan Asia Tengara seperti Malaysia, Indonesia & Filipina... Nama komersial pun aku tak pasti, ada yang panggil pisang langit, ada kata pisang derhaka sebab jantung mendongak ke langit... tak kisah. Pada aku, pokok ni sesuai untuk mereka yang gemarkan landskap yang berkonsepkan Tropika, Bali atau ala Nusantara & yang seangkatan dengannya. macam kat rumah aku ni, aku buat penghias jalan masuk ke wakaf je...



pokok ni sesuai dengan tanah yang lembab, tapi kalau tanam dalam pasu kena pastikan tanah tak terlalu basah sebab takut akar akan rosak atau busuk... aku guna tanah hitam je sebab ada orang kata pokok ni tak sesuai dengan tanah yang mengandungi kandungan garam yang tinggi tapi lebih sesuai dengan tanah berasid... yang penting cukup air dan baja... masalah utama aku tak lain tak bukan ialah serangan belalang kunyit... selain dari pokok Melati air Bangkok, Mungkin daun pokok pisang ni yang paling sedap antara pokok-pokok hiasan lain yang ada...

3 ulasan:

  1. suka lah pokok pisang hiasan nih..ade jual kat nursery bunga ke?

    BalasPadam
  2. Ada, tapi tak semua tempat. Saya pun dapat dari member ofis... Biasanya pokok pisang hiasan ni dijual pada harga antara RM20-40...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..TN dok mna ye..ada lg x pokok pisang nie..sy nk minta jantungnya utk buat ubt bole x TN..Pm sy TN klu ada lg 0177105147

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...