Klik je...!!!

Rabu, 8 Jun 2011

Jom Deko-Deko... Dwarf Umbrella Tree

-


Hujung minggu lepas, kami duduk berehat & bersantai di rumah je. Bukanlah maknanya duduk berehat je, tapi duk rumah buat apa yang patut -mengemas, berkebun dsb... maklumlah setelah beberapa minggu sibuk siang malam... petang ahad tu sempatkan mendeko sikit beberapa anak pokok dwarf umbrella tree yang aku beli kat nursey Xue Bang dua bulan lepas... Bolehlah buat hiasan kat atas meja rumah atau ofis...


Deko kali ni aku buat simple je... bahan-bahan pun takdelah susah sangat nak cari... Apa yang aku perlukan aku cuma tanah, sedikit baja organik, pasu kecil & yang penting untuk finishing adalah lumut hijau... lumut ni biasa kita nampak menumpang kat batang-batang pokok atau tanah yang lembab terutama di sekitar pokok sawit... -kebetulan beberapa hari sebelum tu kami ke klinik kesihatan untuk checkup Zair... masa menunggu tu teringat yang klinik tu dikelilingi dengan kebun sawit, jadi bila jenguk-jenguk tu, alhamdulilah... memang melambak kat situ...





Mula-mula masukkan sedikit tanah ke dalam pasu kecil yang dah disediakan... aku keluarkan anak pokok yang aku semai tu & masukkan terus ke dalam pasu, tutup sikit bahagian tanah asal dengan tanah baru.....





Tinggalkan sedikit ruang untuk lumut hijau.... kalau ikutkan pasu kecil warna coklat kemerahan yang aku guna ni memang tak berapa sesuai sebab terlalu tinggi, nampak tak berapa sesuai kalau nak buat stail bonsai... tapi untuk penjimatan sementara ni, bolehlah digunakan dari membazir... lepas dimasukkan lumut tu, bolehlah dicucukkan sedikit beberapa lubang kecil untuk diselitkan baja... baja pun tak perlu banyak sebab tanahnya pun sedikit & pokok masih muda & kecil... selesai semua tu, siramkan sedikit air untuk melembabkab lumut & tanah...





Seeloknya guna pasu bonsai kecil macam ni, sebab bila bubuh lumut tu sampai terkeluar dari aras ketinggian pasu, nampak ia lebih menyerlah... tapi macam aku kata tadi untuk penjimatan sementara belum ada pasu yang sesuai, bolehlah diguna... & hasilnya seperti di bawah..... Bolehlah buat hiasan untuk meja kat ofis atau rumah...




Siap pun.... Amat mudah untuk menjaganya kerana pokok tak perlu siraman yang kerap jika diletakkan di dalam rumah atau pejabat kerana kelembapan yang ada mampu membekal air sehingga tiga ke lima hari... -Tidak sesuai untuk pendedah penuh di bawah cahaya matahari... ok, itu sahaja deko-deko untuk kali ni, selamat mencuba....


-Idea menggunakan lumut hijau ni sebagai finishing aku belajar dari sorang tauke nursery dalam satu pameran lanskap kat Bangi.... Sebelum tu aku tak berapa pasti boleh ke lumut ni di gunakan, tapi bila dah nampak pakar bonsai sendiri buat depan mata, aku pun beranilah praktikkan... insyaAllah, harap-harap tak memudaratkan...


1 ulasan:

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...