Klik je...!!!

Isnin, 28 Februari 2011

Koleksi Baru Plumeria...


Selain berkelah, sempat juga kami luangkan masa 'melawat' Xue Bang Nursery kat Sepang... Biasalah, menyelam sambil minum air, asal tak lemas sudahlah... lama jugak kami tak singgah sini, sejak koleksi pokok hiasan kat laman tu dah sampai tahap tepu... Kalau ikutkan, aku memang dah plan nak rombak sikit taman mini kami kat rumah tu... sekurang-kurangnya 30% koleski pokok-pokok akan dikurangkan... tapi apa yang terjadi sebaliknya, belum sempat nak dirombak, teringin pulak nak tambah koleksi lain... hati dah terpaut, apa nak buat....


Disebabkan dah lama tak menjenguk tempat ni, banyak betul perubahan yang aku nampak... Paling ketara koleksi Plumeria (pokok bunga kemboja)nya... macam-macam spesis... Merah, maroon, putih, Oren, kuning, putih kuning, merah kuning, pink... macam-macamlah... Mungkin inilah tempat yang paling sesuai untuk sesape yang gemarkan kolesi Plumeria ni... Ikutkan hati nak je aku beli semua oleksi warna yang ada, tapi tak boleh... banyak kekangan... Laman rumah yang sekangkang kera tu memang tak sesuai dengan jumlah pokok yang terlalu banyak... Satu lagi kalau banyak sangat pokok kemboja ni, peliklah pulak...



Bagi memenuhi kehendak hati yang dah tertawan, akhirnya aku sambar jugak 2 spesis yang masih belum ada kat laman rumah... Putih kuning & Merah jingga... Geram sebab walaupun pokoknya cuma setinggi dua kaki, bunga & putik bunga barunya ada kat setiap pucuk.... yang satu lagi tinggi tak sampai sekaki, tapi dah nak berbunga jugak....Selain tu sempat jugak aku beli satu anak pokok limau kasturi kacukan yang rasa buahnya pelik sikit... rasa asam boi... baja 3 peket & 3 beg tanah.. cukuplah untuk kali ni... sampai rumah, blank.. tak tau dah nak letak mana... last-last biar je dulu dalam polibag.... tunggulah petang-petang lepas balik kerja esok...

4 ulasan:

  1. Bestnye.. sejak saye jenguk2 blog nie.. saye dah mmg terpaut dgn tanaman2 yg ade kat sini. siap promosi kat kwn2 lg.. kwn saye tu sebelum bersalin dah ajak beli pasu, batu putih dan pokok bunga Loropetalum tu.. saye pun dah tanam Loropetalum.. beli yg besar RM16..

    Suami x berapa suka pokok2 besar tp sy nak tanam jugak kemboja nih.. baru dapat batang kemboja siap dah bebunga hahaha.. belum tanam.. x taw nak guna pasu jenis ape.. nanti bebila free ble le saya tunjukkan hasilnye.. tp x byk lg la.

    BalasPadam
  2. Takpe... dah suka, beli je... Yang tak berapa suka pun, kalau dah tiap-tiap hari nampak lama-lama jadi suka jugak... Tapi kalau dua-dua ada minat yang sama lagi seronok kita nak menghias laman rumah kita tu. Senang nak berbincang & bertukar pendapat...

    Pokok Loropetalum dengan harga RM16, saya boleh agak besar mana... kena betul-betul faham cara penjagaan & macamana nak jadikan pokok tu cantik... rasanya saya pun ada tuliskan beberapa tips berkaitan pokok ni walaupun mungkin tak berapa tepat...

    Apa2 pun, selamat berkebun...

    BalasPadam
  3. nk tanya psl plumeria nie..

    ada cara utk bagi plumeria tidak dormant? 2 dari 3 plumeria sy di rumah berada dlm keadaan dormant selepas saya buang semua daun yg sakit - penyakit 'karat'

    sebelum ni elok je berbunga.bila daun sume hilang terus merajuk xnak berbunga hatta berdaun baru lagi...:(

    BalasPadam
  4. Saya bukanlah pakar untuk spesis plumeria ni, sekadar peminat setia je... Tapi adalah sikit2 pengalaman dalam mengendalikan masalah macam ni(pokok merajuk)... Penyakit 'karat' pada daun tu memang antara masalah utama untuk spesis plumeria ni, jadi sebaiknya penyakit tu dikesan lebih awal supaya daun yang dijangkiti & tak merebak de daun2 lain... saya sendiri lebih rela daun2 dibuang berbanding banyak daun tapi semua berpenyakit... tapi tak pernahlah sampai habis semua daun dibuang... mungkin ada jenis baja tertentu untuk menyelesaikan masalah tu, tapi kalau masalah macam tu berlaku pada saya, perkara terakhir yang saya lakukan ialah pangkas (potong) semua bahagian dahan supaya tumbuh semua tunas baru yang lebih segar & sihat... pastikan air & cahaya matahari yang mencukupi selain baja yang sesuai... cubalah tanyakan pada pakar2 kita di plant nursery...

    BalasPadam

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...