Klik je...!!!

Selasa, 1 Mac 2011

Spesis Crinum Lily...


Ini salah satu pokok hiasan yang menawan hati kami masa awal-awal berkecimpung dalam seni menghias laman rumah... kalau tak silap, pokok ni aku beli kat Sungai Buloh lebih kurang 4 tahun lepas... Pokok ni dari spesis hybrid crinum lily atau nama saintifiknya crinum asiticum... Ikut kajian aku, ada lebih 100 & mungkin hampir 200 spesis pokok dari keluarga ni, antaranya termasuklah Spider Lily, Water lily & mana-mana pokok ghiasan yang serupa dengannya...


Asal usul spesis ni aku tak berapa pasti, kalau ikut tabiat & kesesuaian cuaca, mungkin dari negara-negara panas atau tropika seperti afrika atau asia... Sebabnya pokok ni memerlukan cahaya matahari yang sepenuhnya serta mampu bertahan walau beberapa tidak mendapat bekalan air... Selain laras daunnya yang nampak cantik & tersusun kemas, spesis ini jugak berbunga... Selalu jugak aku nampak pokok ni kat luar sana, terutama yang ditanam dilandskap-landskap terpilih seperti di pinggir tasik Putrajaya kat PICC...


Masa beli dulu pokok taklah sebesar ni, tapi dah ada empat anak pokok yang membiak di kelilingnya... Dalam gambar terbaru ni, kalau dikira ada lebih dua puluh anak pokok yang sama-sama hedup dalam pasu yang taklah berapa besar ni... Jadi, itu pasallah aku korek keluar semua anak-anak pokok beserta induknya sekali untuk aku pindahkan ke tempat lain yang lebih selesa & sebahagiannya insyaAllah akan disedekahkan kepada beberapa sahabat yang semakin hari semakin berminat dengan aktiviti berkebun ni... -pengaruh rakan sebaya....



Ini pulak variegated crinum lily, salah satu keluarga crinum jugak.. koleksi ni memang takde kat laman kami, tapi kat kampung, rumah mak kat Johor.. banyak jugak... Pernah tanam dulu awal-awal dulu, tapi bila pokok kat laman macam dah penuh sangat, aku sedekah je kat member...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...