Klik je...!!!

Khamis, 27 Mei 2010

Lambaian Negeri Di Bawah Bayu....


Akhirnya... berjaya jugak aku jejakkan kaki ke Negeri di bawah bayu ni... Hari pertama tiba, aku dah nampak perbezaan serta keunikan negeri Sabah ini. Yang ketara ialah penduduknya, sama ada rupa paras & tutur katanya semuanya jelas berbeza. Tak sama dengan penduduk Semenanjung. Kalau di Semenanjung, kebanyakan negeri atau bandar, cara pertuturan mungkin sedikit berbeza, tapi rupa paras semuanya lebih kurang je. Yang serupa cuma cara hidup serta pembangunan kawasan bandar Kota Kinabalu, kadang-kadang tu tak sedar kita sedang berada di bandar KK sebab suasananya serupa macam kat KL atau bandar besar lain di Semenanjung...
-


Aku ke bumi Sabah ni pun sebab arahan untuk bertugas yang aku terima disaat2 akhir. Kerja, bukannya becuti, so... tak sempatlah untuk aku menjelajah ke seluruh KK, apalagi Sabah.... tapi sempat jugaklah aku selitkan masa-masa kecederaan yang ada untuk mengunjungi beberapa lokasi bagi memenuhi tuntutan syarat 'wajib' jika berkunjung ke KK. Adalah beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan...
-

Selasa, 25 Mei 2010

Kek Istimewa Buat Nur Jihan...


Nur Jihan ni memang anak bertuah... Ibu & abah tak pernah miss untuk belikan kek kalau tiba harijadinya... Walaupun tak diminta, dibelikan juga sebagai tanda kasih sayang kami kepadanya... Mungkin itulah juga hadiah yang sesuai untuknya memandangkan Nur Jihan rajin menolong melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, lipat baju, mengajar adiknya mengeja, & sebagainya. Cerita dari pusat asuhannya pun kami selalu dengar perkara yang sama & Nur Jihan selalu diberi hadiah oleh kerana rajin tolong cikgu-cikgunya mengemas atau mengajar junior2 nya belajar matematik atau mewarna... :) kecik-kecik pun dah tunjuk kebolehan nak jadi cikgu... mungkin besar nanti bolehlah jadi pensyarah, insyaallah... Harap-harap kerajinannya tu bukanlah sekerat jalan je... nak kami hadiahkan buku2, dah selalu sangat dibelikan. Buku adalah hadiah wajib buat Nurjihan setiap minggu... samalah seperti adiknya yang dibelikan permainan hampir setiap minggu... Bermula tahun depan, insyaallah , kami cuba tukarkan barang permainan tu dengan buku juga...



Inilah kek hadiah harijadi Nur Jihan. Dalam banyak2 jenis kek, kek 'Hamlet' ni menjadi pilihan kedua2 kakak & adik, so senanglah kerja kami nak membeli... kalau tidak, masing-masing berebut dengan pilihan sendiri...

Isnin, 24 Mei 2010

Selamat Hari Jadi Nur Jihan...

-

Alhamdulillah... Hari ini genap 5 tahun masihi usia puteri kesayangan kami Nur Jihan Faihanah... Kalau ikut tarikh hijrah, 15 Rabiulakhir 1426 (31 Mac lepas)... Sejak awal April haritu, tak habis-habis dia tanya, "abah, sekarang ni bulan berapa...?" bulan 4, "oh, Jihan ingat bulan lima"... Bila dah masuk Mei, dia tanya lagi, "abah sekarang ni bulan lima kan...?" Bila kita iye kan, dia sambung balik, "birthday Jihan kan..?" :) aku pun jawab "belum lagi Jihan, birthday Jihan 24 haribulan... sekarang ni baru berapa haribulan..." tak sabar lah tu... budak-budak sekarang, ingat je tarikh lahir diorang, tak macam sesetengah orang atau kita dulu-dulu, harijadi berlalu macam tu je, takdelah nak di sambut besar-besaran... macam aku memang tak pernah sambut pun... Yang peliknya, Nur Jihan ni sibuk tanya pasal birthday dia bukanlah sebab dia nakkan sambutan, kek atau hadiah.. tapi sebab tak sabar-sabar nak beli & bungkuskan goodies untuk kawan-kawannya di nursery... minggu lepas kami bawak dia ke nilai 3 untuk beli semua barang-barang tu & semalam sibuklah dia & adiknya tolong packing semua goodies tu... :)

-


Tahun lepas Nur Jihan sambut birthday dalam kereta je... dapat jugak makan kek sorang sepotong...

Apa-apapun, aku doakan semoga puteri kami ni dapat membesar sebagai anak yang solehah, patuh pada ajaran agama serta nasihat dan didikan ibu & abah serta guru-gurunya kelak... & yang penting sekali jadi anak yang pintar sebagaimana yang ditunjukkan sekarang serta menjadi manusia yang berjaya didunia & akhirat kelak..

-

Ni masa sambut birthday Nur Jihan yang ke 3 tahun...


Macambiasa, si kecik yang kat sebelah tu kalau birthday sesiapa pun, mesti nak enterframe sekali... pantang orang dapat kek atau hadiah birthday... takpelah, adiknya, Muhammad Hafiy Nusair ni memang anak & adik yang manja. Hujung tahun ni insyaallah dapat adik, kuranglah sikit kemanjaannya sebab bakal jadi abang...

-

Happy Birthday Nur Jihan Faihanah...

Hujung Minggu bersama 'Sustagen 100 Nutritionland"...

Semalam, kami membawa anak-anak ke sebuah pusat membeli-belah... Tujuan asal sebab nak beli barang-barang dapur & keperluan... tapi sebelum bermula acara shopping tu, ternampak pulak promosi di tengah-tengah lobi tu macam tengah buat promosi besar-besaran-'SUSTAGEN 100 Nutritionland'... kami pun singgah sebab disediakan beberapa permainan yang menguji kemahiran anak-anak ni...
-
Tengoklah Muhammad Hafiy tu, susah betul nak bergambar elok2.. ada je aksi pelik yang ditunjukkan...


ok jugak, seronoklah budak2 ni bermain game2 yang disediakan... yang paling seronok dapat bergambar dengan props menarik yang disediakan...

Operasi Membaiki & Membersih Tangki Air...


Aku sebenarnya tak berapa faham tentang masalah pelampung pada tangki air ni, maksud aku... kenapa komponen-komponen penting seperti bahagian pelampung tangki air ni perlu kerap ditukar, setahun, dua tahun, atau tiga tahun... bukanlah aku nak mengeluh pasal harga atau sebab barang ni susah nak dapat, tapi bayangkan, perkara pertama masa aku masuk rumah lebih kurang empat tahun lepas ialah tukar bahagian pelampung tangki ni. Sedangkan sepatutnya masalah2 remeh macam tu tak sepatutnya wujud pada peringkat awal kemasukan kita ke rumah baru... Bayangkan masa baru-baru masuk dulu, bil air sampai RM40++.. Masa tu pelik jugak, pakai tak banyak tapi bil tinggi.. tapi bila dah tukar pelampung tu, bil jadi RM6 - 7 je... Dua tahun lepas tu, langsung tak bayar bil air, free...



Masa nak beli tu, tauke kedai kata benda tu biasa, developer selalu pakai yang pelampung murah punya, kalau U mau tahan lama, beli yang baik punyelah... terus dia tunjuk 3 jenis pelampung yang ada dijual kat situ... ok, aku setuju dengan pendapat dan cadangan nyonya tu.. standard lah, tukang jual barang memang selalu bagi cadangan macam tu... aku beli yang tengah2... tapi itu cerita hampir 4 tahun lepas...

4 bulan lepas pulak ceritanya macam ni... mula2 tu, dengar bunyi titisan air dari atas rumah aku.. lama-lama bunyi tu semakin laju... sebulan lepas tu titisan menjadi percikan.... sebulan lagi percikan menjadi tumpahan... bil air aku pun ikut sama berubah... dari free tak bayar bil, kena bayar RM10... dari RM10 jadi RM30... dari RM30, bulan lepas jadi RM60.... sebenarnya beberapa minggu lepas aku dah betulkan masalah pelampung kat tangki air tu.. tapi masalah baru timbul. Mungkin tekanan air terlalu kuat sampai paip yang menyalur air ke bahagian pelampung tu boleh pecah...
-

Minggu lepas aku buat operasi besar-besaran... selain menukar komponen pelampung, aku jalankan operasi pembersihan tangki air yang dah tiga tahun tak bercuci tu... Nasib baiklah tangki air atas bumbung ni cuma khas digunakan untuk mandi je, kalau untuk minum memang aku tak sanggup... tengok sendiri bahagian dinding dalam tangki yang macam dah berlumut & bercendawan tu, memang untuk basuh muka atau tangan pun kalau boleh tak nak... kita mungkin tak pernah ambil tahu pasal kebersihan kat tangki air ni, memang kita tak perasan perkara ni... biasanya bukak je paip, air jernih yang keluar..., jadi memang tak perasanlah air tu kotor atau bersih... Memang aku ada cita-cita untuk menukar sistem tangki air atas rumah ni dengan yang canggih sikit, iyelah, terjamin sikit kualiti air & kesihatan untuk kita sekeluarga.... insyaallah, kalau ada rezeki nanti, aku tukarlah...
-

Dalam aku sibuk menggosok dinding tangki, satu insiden tak diingini telah berlaku.... batang penggosok (dari jenis logam) yang memang dah patah tu telah mencederakan tapak tangan aku... nasib baik tak dalam... tapi pedih jugak...

Kesimpulan yang aku dapat dari masalah tangki air ni antaranya ialah, tiada komponen atau peralatan mekanikal penting & wujud dalam kehidupan kita adalah bertahan sepanjang hayat... biasanya perlu ditukar sebab rosak, haus atau sebagainya. Sebagai contoh, komponen pelampung tangki air, kepala paip, batang paip, penapis air & macam-macam lagilah.... itu belum kita cerita pasal komponen pada kereta macam brek & segala macam yang ada tu...kalau benda-benda seumpama tu boleh kekal digunakan sepanjang hayat, tak adalah bisnes ni & tersangat senanglah hidup kita kat dunia ni..
& pengajaran yang aku dapat dari operasi ni, jangan dibiarkan penutup tangki air terbuka atau membiarkan tangki air terdedah dengan segala habuk, kekotoran, serangga, atau apa saja mahluk hidup atau tidak, masuk kedalamnya sesuka hati... tangki air aku yang bertutup tu pun masih boleh berlumut & berlendir keliling dindingnya... Kedua, jangan diabaikan kebersihan air tangki di atas rumah kita, mungkin setahun sekali kena jugak dipantau atau dibersihkan segala lumut, cendawan atau lendir2 yang mungkin terdapat di dalamnya tanpa kita sedari... Ketiga, Jangan ambil ringan masalah kerosakan pada pelampung tangki air, masalah paip pecah atau kebocoran... Untung aku kena bil air setakat RM60. Jiran Depan rumah pernah kena sampai RM600++.. Jiran sebelah pulak bagitau dua minggu lepas, masa pelampung tangki dia rosak, bil air naik RM400+++.. nyesal & marah pun tak guna sebab kecuaian & kemalasan itu berpunca dari kita sendiri... Jadi, walaupun aku terpaksa keluarkan kos sehingga RM60++ untuk membaiki kerosakan & dicampur dengan sedikit kecederaan, sekurangnya2 dapat juga aku bersihkan tangki yang dah serupa macam menyimpan air berkarat & berkeladak tu... nasib baik air kat sinki memang dah ada penapis air & bukan air dari tangki... Keempat, walaupun kita bukan tukang paip, kena jugak ada sedikit ilmu untuk menyambung, memasang, membaiki atau apa juga kerja-kerja paip ni.. penting untuk saat-saat tak diduga... ok..

Rabu, 19 Mei 2010

Hujung Minggu di Putrajaya...


Hujung minggu lepas kami luangkan sedikit masa ke 2 karnival besar di Putrajaya. Karnival Hari Belia & Jom Heboh. Tak lama pun sekejap je, saje nak bagi anak-anak & orang rumah seronok dapat berjalan-jalan... kan berjalan-jalan sambil mencuci mata ni satu terapi yang baik untuk mengurangkan segala tekanan & sengal-sengal badan... :)
-
Sempat berposing sekejap sebelum keluar rumah...

Seronok anak-anak dapat naik bas...
-
Semua jalan yang menghala ke karnival tu memang dah ditutup dari awal, jadi kami serta semua pengunjung lain kenalah parking kereta kat tempat yang disediakan & naiklah bas... seronok juga bawak anak-anak naik bas sebab diorang memang jarang dapat merasa naik kenderaan lain selain dari kereta...
-
Tengoklah Muhammad Hafiy ni, pantang nampak Ben10...

Kami habiskan masa dalam 2 jam je. Hari makin panas, sebelum anak-anak merungut kepenatan lebih baik kita beredar sebab nak kena tunggu bas lagi...
-

Inilah permainan yang berjaya dibeli oleh Hafiy di karnival yang besar tu...

Selasa, 18 Mei 2010

Ibu Ada Apa-apa tak...?

Satu perangai anak2 kami ni ialah akan bertanya soalan yang sama setiap hari waktu balik kerja... "Ibu ada apa-apa tak...?"... Yang di maksudkan dengan 'apa-apa' tu dah tentunya jajan, tak kiralah keropok ke, coklat ke, biskut ke, & selain dari tu, ia boleh jadi buku, pensil warna atau mungkin apa-apa saje hadiah untuk diorang... Jarang pulak ditanya soalan tu pada abahnya, eloklah tu... Cuma soalan wajib dari si adik kepada aku bila balik kerumah(kalau aku keluar sekejap ke kedai atau ofis) ialah "abah ada beli menan tak?" hehehe.. biasanya memang takdelah... mulalah mencemek muka... tapi pujuk sikit je ok lah dia...

Mingggu lepas sempatlah ibunya meng'order' lolipop special untuk anak-anak manja kami ni. Special sikitlah sebab lolipop tu ada imej Ben10 & Princess... wah! terkejut + terujalah diorang berdua... Diorang ni bukanlah suka sangat coklat, tapi seronok sebab ada gambar Ben10 & Princess tu...
-

Sebenarnya untuk mengurangkan pengaruh pelbagai watak kartun yang semakin banyak & popular ni, aku terpaksa potong beberapa channel yang biasa diorang tonton. Bukanlah teruk sangat siri-siri kartun tu, cuma kadang-kadang terselit juga unsur-unsur negatif yang mungkin kita tak perasan seperti aksi lawan & pertarungan... sampai bawak keluar. Biasanya si kakaklah yang akan jadi mangsa adiknya. Kadang-kadang kat tempat pengasuhnya pun 'bertarung pulak dengan kawan-kawan... Macamanapun aku tak nafikan, sebahagian rancangan kartun yang ditayangkan memang ada elemen-elemen pendidikan & bagus jugak untuk kecerdasan minda anak-anak... rancangan-rancangan macam tu memang favorite si kakak...
-


Minggu depan genap lima tahun umur puteri kami ni... Tahun depan bolehlah hantar ke sekolah... sejak kecil memang minat belajar, tak kiralah menulis, mengeja atau mewarna... dar dulu lagi ibunya memang rajin belikan buku mewarna, buku cerita, serta buku matematik asas yang sesuai dengan umurnya... insyaallah, boleh jadi anak yang bijak... Kalau tak macam ibu, mungkin macam abahnya...
-

Yang putera ni baru tiga tahun setengah, masih 'keanak-anakan'... - dah tentulah...
Tak pandang sangat pada buku atau pensil warna kecuali buku Ben10, tapi sekali dia tunjukkan bakat & kebolehannya mewarna, gerenti semua kagum... kakaknya tengok pun tak percaya... Selalu juga dibelikan buku-buku mewarna tapi biasanya separuh jalan je... Cuma, kalau dibelikan buku Ben10, setiap ayat pada setiap mukasurat yang ada akan dibacanya menggunakan bahasa pelatnya sendiri... & dia sorang-sorang jelah faham...

Rabu, 12 Mei 2010

Balik Kampung...

Pokok orkid yang sedang kemaruk berbunga. Tengok tu, dah lebih tinggi dari rumah orkid...

Minggu lepas kami sekeluarga bercuti, balik kampung di Johor Bahru & Kota Tinggi. Maklumlah, lama jugak dah tak melawat orangtua di kampung sejak aku menyiapkan rumah orkid pertengahan Februari, dekat 3 bulan lepas... Ada buat sikit kenduri tahlil... & kebetulan pulak terkena Hari Ibu, jadi sempat jugak kami buat majlis kecil-kecilan bersama ibu-ibu yang ada di sana termasuklah ibuku, ibu mertuaku, ibu kepada ibu mertuaku, ibu kepada anak-anak sedaraku & yang istimewa ibu kepada anak-anakku... SELAMAT HARI IBU buat semua...

Sebahagian pokok-pokok bunga di laman rumah. kebanyakan pokok bunga kertas semuanya sedang berbunga...

Beberapa hari di sana, sempat jugak aku meninjau sekeliling kawasan rumah. Bahagian depan macam biasa, cuma pokok-pokok di laman nampak makin subur menghijau dan kebanyakannya tengah mabuk bunga, eloklah tu... ada jugak pokok hiasan yang aku tak pernah nampak bunganya & aku tak pernah tahu pun pokok ni berbunga... bawah ni...
-
Aku tak pasti apa nama pokok ni. Tak pernah tahu pun pokok berbunga...

Cantik juga bokok berbunga pink ni. Mak kata ini pokok bunga Kerak Nasi... Aku pun tak pasti, yang aku pasti Kerak Nasi adalah nama lain bagi pokok kesidang...
-
Suka betul enterframe kalau aku tengah nak snap gambar koleksi pokok Ong ni....

Pokok Ong pun semakin bertambah. Sekarang ni ada dekat 10 pasu. Tak silap aku, ada jugak yang sudah 'ditempah'... ramai jugak peminat pokok ni rupanya...

Buah rambai. Sedap kalau buat jeruk...

Bahagian belakang rumah ala-ala macam dusun. Ade lah beberapa jenis pokok buah-buahan, antaranya durian, rambutan, pulasan, manggis, rambai, cempedak dsb. Sempat jugak aku snap beberapa gambar yang boleh dicapai dengan kamera handphone. Insyaallah, biasanya bulan Ogos memang musim buah, & sudah pasti kami akan balik kampung untuk menikmati kesemuanya...

Putik-putik buah manggis yang semakin membesar...

Sempat jugak aku mengorek seguni tanah kuning di belakang rumah. Biasalah, tanah jenis ni susah nak dapat kat nursery, kalau ada pun mungkin mahal. Bolehlah aku buat simpanan untuk berkebun nanti... Balik kampung kali ni kami tak banyak 'merewang' ke mana-mana. Tapi sempatlah 'berkunjung' ke JUSCO Tebrau & Pekan Kota Tinggi... Itu pun untuk menemani isteri aku yang tak berapa sihat tu bershopping... Sebenarnya berjalan-jalan mencuci mata & bershopping ni adalah terapi yang paling berkesan buat isteri aku ni... hilang segala sakit-sakit & lemah badan... emm, pelik jugak... tapi benar...

Sempat berposing masa berkunjung ke KIP Mart di Kota Tinggi...

Isnin, 3 Mei 2010

Pokok 'Ong'... Bawa Rezeki atau Sumber Rezeki...




Ada orang panggil Pokok 'Ong', ada panggil Pokok Duit. Yang pasti, kalau tak silap nama saintifiknya Zamioculcas zamiifolia... Antara pokok hiasan kesayangan aku di rumah... Kalau ikut kajian, spesis ni berasal dari satu kawasan di Afrika. Tapi sekarang ni boleh hidup subur di merata dunia... Berbunga, tapi jarang-jarang & kekadang tak perasan pun sebab warna bunganya sama dengan warna batang pokok, bentuk pun lebih kurang macam pucuk baru nak tumbuh... batang pokok itulah tangkai daunnya... maknanya, pokok ni tak bercabang, berdahan atau beranting...
-
Yang bagusnya tentang pokok ni ialah senang hidup, mudah dijaga, tak cerewet & rajin membiak... Aku ada sepokok yang di bawa khas dari Johor (pemberian orangtua)... Mak & bapak di kampung memang suka tanam pokok ni... Kalau tak silap ada lebih lima pasu yang hidup subur kat sana. Asalnya sepasu je, tapi sekarang dah dibiakkan & sebahagian diagih untuk adik-beradik yang lain...
-
Selain dari koleksi orkid, spesis Zamioculcas Zamiifolia ini menjadi koleksi utama yang menjadi penyeri rumah Orangtua aku di kampung

Awalnya pokok-pokok tu diletakkan di anjung rumah, tapi bila dah banyak pasu, mak letakkannya di luar & berpanas. Jadi, lama-kelamaan pokok tu macam tak sihat dan kekuningan. Melihat perubahan tu aku cadangkan pada mak supaya pokok-pokok tu diletakkan di tempat yang agak redup sebab dari rupa fizikalnya yang berbatang besar dan berdaun tebal berkilat, aku andaikan pokok ni tak berapa sesuai berjemur tengah panas. Sebab tu daunnya jadi kuning & sesetengahnya hampir kering. Beberapa minggu selepas dikembalikan ke tempat redup, pokok-pokok tu kembali sihat seperti asal...
-

Inilah pokok pemberian Orangtua aku kira-kira 2 tahun lepas. waktu tu pokok ni cuma ada lebih kurang 10 batang. Sekarang dah jadi lebih sekali ganda & hampir memenuhi pasu...

Aku dihadiahkan sepasu pokok 'Ong' ini oleh mak & bapak yang sememangnya rajin menyemai pokok-pokok bunga. Maklumlah, kawasan kampung ni banyak ruang untuk bercucuk tanam. Lagipun bekalan tanah tak menjadi masalah & tanah kampung ni sesuai untuk semua tanaman. Tanah merah, tanah gambut, tanah bakar, sebut je... semua ada... kebetulan masa tu aku memang belum ada koleksi pokok ni di rumah...

- sebahagian koleksi Zamioculcas Zamiifolia yang hidup subur di kampung aku


Pokok ni antara yang popular ketika sambutan tahun Baru Cina. Sesetengah kepercayaan, tak kira dari mana-mana bangsa pun, pokok 'Ong' ni membawa tuah... sebab tu ada yang gelar pokok ni Money plant... bagi aku, kepercayaan mungkin tak boleh nak ubah & perlu dihormati. Yang pastinya, rezeki & pemberian semuanya datang dari Allah, bukan dari sesuatu lain. selain dari takdir yang telah ditentukan, yang penting kita usaha, betul tak...? Walau bagaimanapun, aku tak nafikan kepercayaan yang wujud tentang pokok ini, tapi bukan bermaksud aku menerimanya tanpa kaji selidik. Bukan juga bermaksud aku setuju yang pokok ni boleh menjadikan kita bertuah atau menjadi kaya. Aku cuba selidik untuk kaitkan keunikan pokok ni dengan kepercayaan tu supaya orang yang menanam atau menyimpan pokok ini akan berasa puashati sesetengahnya mungkin kurang setuju atau tak setuju langsung...

-

Sempat pulak anak aku sorang ni enterframe time aku nak snap gambar pokok-pokok ni...


Aku mulakan dengan 'sejarah' kewujudan pokok kat rumah di kampung. Bermula dengan sepasu pokok agak dewasa yang orangtua aku beli di kebun bunga kat sana, beberapa bulan kemudian, pokok ni semakin subur & membiak. Penuhlah sepasu tu dengan batang pokok ni. Kemudian dipisahkan beberapa batang untuk disemaikan dalam beberapa pasu lain. Beberapa bulan kemudian pokok pasu-pasu lain tu pun dipenuhi dengan batang-batang pokok ni sama seperti pasu induk yang mula tadi... (Tu yang mula letakkan pasu tu di luar rumah)... jadi kurang sihat & kekuningan. Tapi bila dah ubah balik ke tempat redup, pokok-pokok ni kembali pulih & subur...
-


Tak lama lepas tu, mungkin melihat kepada kesungguhan & minat aku yang mendalam pada seni berkebun ni, aku dihadiahkan sepasu... Bermulalah minat aku pada pokok ni. Memang senang nak jaga. Yang penting cukup air serta sedikit cahaya. Kalau letak di luar rumah, biarlah ditempat yang redup. Kalau dalam rumah pulak, sesekali tu kenalah jugak di bawa keluar untuk diberi cahaya matahari... maklumlah, kalau dah namanya pokok, mestilah perlu cahaya...
Satu hari tu, anak lelaki aku yang semakin membesar & agresif 'telah dengan sengajanya menebas' pokok yang aku letakkan di ruang tamu ni dengan pedang permainannya. Mungkin masa tu tengah 'menurun' jadi power rangers atau ultraman, jadi hasilnya, salah satu batang pokok ni telah keguguran hampir semua daunnya yang berkilat tu... Marahlah jugak, tapi budak-budak kan, bukan dia tahu.. cuma bila kita dah marah & bagi amaran sekali, dia akan ingat sampai bila-bila... Tapi ada hikmahnya... apa dia? biar aku teruskan cerita ni...
-

Yang bagusnya, semua daun-daun pokok yang gugur ke bumi tu aku biarkan je di atas tanah dalam pasu tu... Dua minggu lepas tu aku dapat maklumat dari sumber-sumber (terima kasih atas maklumat tersebut(ilmu baru)) yang boleh dipercayai, yang mengatakan bahawa pokok ni boleh disemai melalui daun. Wah! betul ke...? Tak susah untuk aku tentukan betul atau tidak maklumat tu... Pelik juga sebab dah lebih dua minggu daun-daun tu ditebas oleh anak aku, tapi masih hijau & tidak kering. Aku pun sediakan beberapa pasu semaian kecil, isikan tanah & cucukkan bahagian pangkal daun-daun tu ke tanah dalam pasu-pasu tu. Kira-kira separuh tenggelam... Dalam beberapa minggu lepas tu tumbuh akar. Tak lama lepas tu pulak satu bentuk biji kecik seakan kentang bewarna putih. Beberapa bulan kemudian mulalah tumbuh pucuk daun kecil... Akhir sekali, tentu sekali menjadi pokok.. bertambahlah koleksi pokok 'Ong" aku, tapi kali ni yang disemai sendiri... Aku semai dalam empat pasu...
-

Hasil dari sedikit kajian teori & praktikal yang aku jalankan mengenai nama Pokok 'Duit' atau pokok 'Ong' yang dimaksudkan tadi ialah seperti berikut...Yang aku nampak betul-betul 'ong' ialah satu helai daun boleh mengeluarkan beberapa anak pokok. Dari anak-anak pokok yang semakin membesar akan membiakkan lagi beberapa pucuk pokok baru. Bila dah dewasa, dengan batang pokok yang banyak tu, kiralah jumlah daun yang ada... Anggaplah dalam sebatang tangkai daun boleh menghasilkan lebih 20 helai daun, berapakah jumlah pokok baru yang dapat dihasilkan dengan sepasu pokok ni yang mampu menghasilkan lebih 20 atau 30 batang pokok... Kalau kita jengok di nursery, sepasu anak pokok dalam pasu semaian di jual dengan harga RM10, 20, 30 atau mungkin lebih mengikut saiz pokok & pasu... Yang nyata, sepasu pokok tu sebenarnya hasil daripada satu atau dua helai daun sahaja.... bayangkan pula keuntungan yang boleh diraih daripada beratus/ribu helai daun dari sepasu pokok 'Ong' bersaiz matang.... Toksah kira... Apa-apapun, itu cuma teori aku je... Kalau masih ada yang kata pokok ni memang ada 'ong', terpulanglah pada pendapat masing-masing...
-

Kesimpulannya, aku mungkin tak dapat nak percaya spesis pokok ni boleh membawa tuah pada tuannya, apalagi memberi kekayaan pada pemiliknya. Tapi aku positif, percaya 100% yang pokok 'Ong' ini sememangnya boleh menjadi sumber rezeki & sumber kekayaan kepada pengusaha yang menjalankan perniagaan spesis ini dalam skala yang besar seperti yang dijalankan di China, Taiwan & beberapa negara lain...

Setelah dua tahun berlalu, pokok-pokok yang aku semai semuanya aku hadiahkan kat kawan-kawan, kecuali satu pokok yang aku jadikan hiasan meja makan... Satu lagi, selain dari pembiakan menggunakan semaian daun, pokok ni juga boleh disemai melalui keratan atau pemisahan beberapa batang dari pokok induk ke pasu lain... Penyemaian melalui daun hanya untuk tujuan komersial saje... itu pun kena tunggu beberapa bulan atau tahun baru boleh dijual...
-
-Sumber sebahagian imej yang dipaparkan adalah dari internet yang terpaksa 'dipinjam' bagi menjelaskan lagi penceritaan & maklumat yang cuba aku disampaikan ... :)

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...