Khamis, 17 Disember 2009
Awning Kayu Resak + Polycarbonate...
Isnin, 23 November 2009
Bercanda Di Pasiran pantai...
Baru baru ni kami sekali lagi menjengah Bagan Lalang. Tapi kali ni misi kami berbeza iaitu menemani isteri aku yang ingin mencari ketenangan mentelaah buku untuk menghadapi peperiksaan. Alhamdulillah, berhasil...
-
Melati Air... 1
Lebih kurang 6 bulan lepas aku & famili bersiar & mencuci mata di Sungai Buloh. Sambil-sambil tu sempatlah jugak menyambar beberapa spesis pokok yang kami berkenan. Tapi dalam banyak-banyak pokok masa tu, yang aku nak beli sangat ialah pokok Melati Air (Mexican Sword-plant)-Alismataceae atau nama saintifiknya Echinodorus Plaefolius. Sebelum ni aku memang dah ada sepupu sepapat spesis ni, tapi lain, tangkai, daun & bunganya pun agak lembut dan tak sekeras yang aku cari ni.
Antara koleksi yang aku dapatkan dari Sungai Buloh & Nilai.
Rabu, 18 November 2009
Bawah Pohon Kemboja...
Di Bawah ni beberapa maklumat tentang bunga kemboja yang aku dapat dari internet. Menarik.
Di Jawa, kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh menimbulkan situasi seram seperti suasana kubur dan juga dipercayai boleh mengundang roh jahat. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan mendapat rezeki.
Di Hawaii, kalungan bunga kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Di India, bunga kemboja digunakan sebagai bunga persembahan kepada dewa untuk memenuhi nazar. Di Cina, sari bunga kemboja dipakai sebagai pewangi setelah mandi dan juga sebagai penyegar badan.
Manfaat tanaman kemboja
Menurut Dymock (1885), kulit pohon kemboja mempunyai manfaat sebagai ubat penyembuh sakit perut, cirit birit dan menurunkan suhu badan. Di Persia, penduduk di sana mengunakannya sebagai penyembuh penyakit kencing nanah (gonore).
Hal itu diperkuat pula oleh Hayne (1927), yang menyebutkan, tanaman kemboja ini dipakai untuk mengubati haiwan ternakan dan kuda yang menderita sakit perut.
Sejumlah penduduk pulau di Filipina memanfaatkan kulit pohon kemboja sebagai ubat demam. Masyarakat Madura dan Jawa memanfaatkan tanaman ini sebagai penyembuh serangan busung air dan penyakit kencing nanah (gonore). Yang digunakan iaitu kulit pohonnya. Selain itu, getah yang dikeluarkannya dapat dimanfaatkan sebagai ubat sakit gigi. Malahan, sumber lain menyebutkan suku Indian menggunakannya sebagai ubat kulit.
Menurut hasil analisis Greshoff (1895), kulit pohon kemboja mengandung agoniadin, plumerida, kristallin glukisida yang tidak ditemukan pada getahnya. Racun yang dikandungnya mempunyai konsentrasi rendah.
Manfaat lain adalah, bunga kemboja digunakan sebagai ulaman. Segelintir masyarakat di Bali, Malaysia, India, dan daratan Cina sayur bunga kemboja ini merupakan menu yang digemari. Rasanya yang enak membuat mereka menjadikannya sebagai lauk dalam jamuan makan siang ataupun malam.
Jenis kemboja
Tidak sukar membezakan jenis tanaman ini. Tanaman kemboja dapat dibezakan secara visual, iaitu dari bunga yang dikeluarkannya. Misalnya jenis Red jasmine, warna kelopak bunganya merah, tanaman ini “berperawakan” pendek atau rendah. Nama lainnya adalah Plumeria rubra.
Sedangkan untuk jenis Plumeria alba, kelopak bunganya putih polos, banyak ditanam di kawasan perkuburan. Bunga kemboja yang berwarna merah muda dengan warna kuning pucat di tengah-tengahnya, disebut Plumeria hypoleuca. Selain itu, ada juga yang namanya mirip parfum asal Italia, Frangipani, mempunyai ciri, kelopak bunganya putih dan di bagian tengahnya kuning pucat, atau disebut juga Plumeria acutifolia.
Kemboja yang banyak tumbuh di halaman pagoda, candi, atau kawasan perkuburan mempunyai ciri berbunga kuning keemasan di bahagian pusatnya. Jenis ini disebut Plumeria acuminata. Masih banyak lagi jenis-jenis tanaman kemboja. Beberapa jenis di antaranya tumbuh di Amerika Latin, seperti Plumeria bicolor, yang tinggi pokoknya boleh mencapai 40 kaki.
Plumeria jamesonii, mempunyai tinggi pohon lebih kurang 1 meter dan bunga yang dikeluarkannya berwarna kuning dengan pinggiran atau tepian bunga berwana merah. Sedangkan jenis yang ditemukan di Peru, bunganya berwarna kuning dan dikelilingi oleh warna merah cerah, dengan pohon yang bisa mencapai 5 meter, disebut Plumeria tricolor.
Umumnya bunga kemboja menghasilkan aroma yang harum, tetapi ada juga yang sama sekali tidak berbau. Misalnya, jenis yang dapat tumbuh dengan tinggi sekira 2 meter. Tanaman kemboja jenis ini dinamakan Plumeria tuberculata.
Memperbanyak tanaman ini tidaklah sulit, selain dari bijinya, tanaman kemboja dapat dikembangbiakkan dengan cara stek batang. Hanya, perlu diperhatikan setelah dipotong, bekas potongannya mesti segera ditutup dengan zat penumbuh atau tanah yang bersih untuk menghambat keluarnya getah.
Penanaman boleh dilakukan dalam media pasir, yang dijaga kelembapannya dan diletakkan di tempat teduh. Asalkan cukup cahaya, air, dan tanahnya tidak terlalu kurus, maka tanaman ini akan tumbuh dengan baik. Namun, sebaiknya pokok kemboja ditanam pada tanah yang kurang pasir.
Khamis, 12 November 2009
Lambaian Kaabah...
Jumaat, 6 November 2009
Burung Terbang Bebas
Rabu, 28 Oktober 2009
Pagar Kayu...
Selain dari Pintu pagar, awning & kolam ikan, projek lain yang termasuk ke dalam pakej ubahsuai Teratak kami ialah pagar kayu... Sebenarnya pagar ni dah lama aku rancang. Tapi, peralatan pertukangan & modal untuk membeli bahan-bahan mentah masih belum mencukupi. Aku pun memang dah nekad untuk merekabentuk & menyiapkan sendiri.
Selasa, 27 Oktober 2009
Misi Mencari Rhapis Multifida...
Bakat Diasah vs Bakat Terpendam...
Bakat menyambung titik & mewarna ketika berusia 2 tahun setengah
Puteri kami kini berusia 4 tahun setengah. Mewarna memang dah jadi aktiviti hampir setiap hari sejak lebih dua tahun. kalau nak dihitung, hampir setiap dua minggu pasti ada pensil warna baru yang mesti dibeli. Tak lama lepas tu minat pulak dengan krayon. kami pun belikan. akhir-akhir ni, dia mula minat mengeja. Sebelum ni "A Ba Ta, Tsa Ha Ya, Ja Ha Ba..." tapi sekarang ejaan rumi pulak "Ba Bi Bu, Bi Bu Ba, Cu Ci Ca, Di Du Da... -suara yang sering kedengaran saban malam...
Minggu lepas, aku & isteri saling memandang & tersenyum... sesuatu yang sedikit luar biasa bagi kami telah berlaku secara tiba-tiba. sehari sebelum tu kami belikan beberapa buah buku latihan kotak-kotak. (Kalau dulu-dulu kita panggil buku untuk mata pelajaran Ilmu Hisab peringkat awal sebab kotaknya besar-besar).
-
Tak dapat nak agak imej atau motif apa yang dilukis
Si kakak pulak kira advance jugak. menulis sekarang tak mau pensil, tapi pen. Mewarna pun semua jenis dia dah cuba. Pensil warna, krayon dan sejak sebulan lepas mula minat mewarna atas canvas menggunakan acrilic & water color...
-
Inilah sebahagian hasil lukisan canvas yang diwarnakan oleh Puteri kami.
Isnin, 26 Oktober 2009
Lukisan Alam...
-
Bagi projek kali ini, aku cuba memaksimumkan kreativiti yang ada. kebetulan selain dari menyediakan taman mini dengan pepohon menghijau, aku juga minat merakamkan imej-imej pokok dan bunga-bungaan.
Dari situ, aku terfikir untuk menjadikan imej yang aku rakamkan sebagai hiasan di dinding. Modal tetap kena keluar. Bingkai gambar aku dapatkan di IKEA. Imej-imej yang aku dah pilih, diubahsuai dengan sedikit effect menggunakan adobe photoshop. lepas print, aku bingkaikan & seterusnya jadilah hiasan dinding ruang tamu kami....
-
Baru-baru aku ada bawak family ke KLCC melawat Pameran Homedec. Satu pameran yang sangat menarik, lebih-lebih lagi untuk mereka yang akan, baru membeli atau sedang mengubah suai rumah. Sesuai jugak untuk mereka yang masih tercari-cari konsep atau segala jenis aksesori rumah. Dalam pameran tu, ada dua tiga gerai pameran yang aku perasan ada menjual jam dinding style baru. Iaitu jam yang digabungkan dengan siri 3 lukisan abstrak macam lukisan atas canvas. Ini kali pertama aku nampak. Sama ada ini satu produk baru atau memang aku sendiri yang tak perasan kemunculan jam ni di pasaran, tak kisahlah. Yang pasti memang aku terpikat & hampir-hampir jugak nak terbeli. Bila dah difikir-fikir lima enam kali, aku yakin untuk hasilkan sendiri dengan segala kemahiran yang ada. Boleh atau tidak, itu satu cabaran baru untuk aku... Bolehlah aku cerita bila projek ni menjadi kenyataan nanti....