Klik je...!!!

Jumaat, 24 Jun 2011

Jom Deko.... Dinding Ruang Tamu...



Kali ni aku nak mendeko dinding ruang tamu yang aku rasakan masih ada ruang untuk diberi nafas baru.. Deko kali ni melibatkan sedikit kerja-kerja DIY... Sebelum ni dinding ruang tamu aku hiaskan dengan 3 lukisan alam semulajadi berbingkai hitam yang kami beli di Ikea kira-kira 5 tahun lepas.... Tahun lepas pulak aku gantikan dengan 3 lukisan abstrak yang aku beli kat Laras Anjung, Nilai... Tapi macam tak berapa sesuai sebab nampak lukisan -lukisan tu terlalu besar untuk ruang tamu kami yang agak kecil...




Dekorasi kali ni aku gunakan kayu berukir (kerawang) yang aku beli di Nilai 3... Dah lama dah kami berminat dengan kayu-kayu berukir yang dijual kat Kedai-kedai Kraftangan Sarawak tu... tapi tak ada idea macamana nak menghiasnya kat dinding atau rumah... Jadi hari tu, bila nampak sekeping kayu berukir siap berbingkai yang dijual, aku dapat idea macamana nak jadikan dekorasi tu lebih menjimatkan & lebih nampak kreatif dari segi persembahan pada dinding... So, tak perlulah aku beli kayu berukir siap bingkai yang harganya mencecah RM250++.... tapi, aku beli dua keping kayu berukir lain yang juga berbentuk kerawang tanpa bingkai yang harganya jauh lebih murah... saiznya pulak jauh lebih panjang...




Dengan sedikit kreativiti & inovasi... hehehe... aku cuba fikirkan penampilan dekorasi dinding yang lebih ringkas, menarik & nampak kelainan... tak kisahlah kalau ianya hanya menarik di mata aku sahaja, tapi sekurang-kurangnya aku puashati sebab ia melibatkan sedikit projek DIY yang dah lama aku tinggalkan...




Aku cuba buatkan bingkai buat kepingan kayu kerawang ni... Bahannya mudah je, aku cari dua batang kayu 2 X 1 inci sepanjang 8 kaki kat hardware berhampiran... kos untuk kayu lebih kurang Rm10 sahaja... potongkan mengikut ukuran yang tepat.... cantumkan dengan beberapa skru & kemudian catkan dengan warna perabot laman rumah kami yang masih ada dalam simpanan... bila cat dah kering, gantungkan terus kat dinding mengikut kedudukan seperti bingkai gambar sebenar...




Bila dah digantung, kombinasi kesemuanya kelihatan seperti satu bahan dekorasi dinding yang memang wujud dalam satu set, padahal tiga-tiga elemen ni tidak bercantum antara satu sama lain.... mudahkan.... nampak dinding lebih kemas dengan sentuhan elemen kemelayuan....







Untuk sesiapa yang berminat, kayu berukir ni aku beli kat kedai Sarawak di Nilai 3 hujung minggu lepas... Kalau tak silap, Ada 4 kedai barang kraftangan Sarawak kat Nilai 3 tu, kenalah survey2 dulu harga sebelum membeli... harga dijual adalah berdasarkan saiz... jadi pilihlah mengikut budget, kesesuaian & citarasa...











*Mata masih tak mengizinkan untuk aku menatap skrin lap top ni terlalu lama... 15 -20 minit pun dah rasa pedih.. rasanya 3 atau 4 hari lagi atau mungkin seminggu lagi baru boleh pulih sepenuhnya.... paling kesian kat anak bujang aku Hafiy, walaupun dah seminggu, matanya masih tak sembuh, hari ni langsung tak dapat nak bukak mata.... semoga kami cepat sembuh, insyaAllah...

Khamis, 23 Jun 2011

Lagi-Lagi Cari Pasu...

Cerita hujung minggu hari tu... Memang misi hari tu nak cari pasu untuk menggantikan pasu-pasu baru buat beberapa koleksi laman kami yang semakin subur & membesar... Lokasi, biasalah... untuk pasu, kami memang tak pergi tempat lain selain Xue Bang Nursery kat Sepang... Banyak pilihan & harga amat berpatutan...

-




Kami bukan saje-saje nak tukar pasu, tapi memandangkan pasu yang digunakan sebelum ni tak berapa sesuai & ada yang rosak, so.. alang-alang ke sana tu, kami carilah pasu yang lebih sesuai dengan konsep laman kami... yang ala-ala berbetuk tempayan... sempat jugak sambar sebiji tempayan patern lama yang tersorok kat satu sudut nursery tu...





Tak tunggu lama... sampai je rumah petangnya, terus je aku uruskan apa yang patut... Tak sabar nak tengok pokok-pokok yang dah aku pilih awal-awal lagi untuk dipindah ke pasu baru.... Lepas tukar pasu tu, barulah terserlah sikit kewujudan pokok-pokok ni.... sebelum ni nampak macam biasa je...




Zair Dah Sihat!!!... Tapi...



Seminggu berlalu...... Tak sempat nak meng'update' blog... Banyak nak dicerita, nak dikongsi, tapi kesibukan mencemburui & kesihatan pulak memang tak mengizinkan untuk aku menatap skrin ni terlalu lama.... Sebabnya, Zair Iman dah sihat hampir 100% dari jangkitan mata, tapi sekarang ni kami sekeluarga pulak yang terkena jangkitan tu (kecuali Jihan)... Mungkin Allah nak kami sendiri rasa apa yang Zair alami sepanjang dia menghidap sakit mata tu... Kita yang dewasa ni pun rasa sangat tak selesa, inikan pulak bayi sekecil Zair, ye tak...? Kadang-kadang, musibah seperti penyakit-penyakit ni sengaja diturunkan supaya kita beringat, selain sebahagian dari proses menghapus dosa-dosa kecil...




Zair dah genap enam bulan 13 haribulan hari tu... Sekarang dah pandai tunjuk perasaan & semakin bijak.. terutama dalam bab menarik perhatian kita... makin manja dengan ibu & abahnya, -ibu lebih sikitlah :), nak selalu disentuh & dibelai... sabo jelah... :)




Jeritan makin nyaring, gelak makin kuat, tapi melalak & menangis pun sama-sama kuat.... Meniarap memang dah lulus... check up hari tu pun, alhamdulillah semuanya ok, Zair dalam trek yang betul...




Semoga Zair dapat terus membesar dengan sihat & menjadi anak yang bijak, insyaAllah.....




*Bukan kami saja yang menghidap sakit mata sekarang ni, tapi orang-orang kat kampung pun dijangkit sama... kuat betul penangan jangkitan sakit mata ni.... bahaya sebab mudah berjangkit....



-

Selasa, 14 Jun 2011

Alhamdulillah, Zair Semakin Sihat...




Alhamdulillah, Zair semakin sihat, mata pun semakin sembuh... Awal-awal kena demam & sakit mata hari tu risau jugak... maklumlah, kalau orang dewasa macam kita pun kekadang tak tahan dengan sakit mata, inikan pula baby yang baru genap enam bulan semalam... InsyaAllah, sehari dua lagi, sembuhlah sepenuhnya tu...



Ini gambar Zair pagi Jumaat lepas... baru nampak tanda-tanda jangkitan pada mata...


Sepanjang kami bercuti di Johor ni, Zair memang sering meragam siang & malam... Tak kira masa & tempat... Tapi sehari dua ni alhamdulillah, dah kurang sikit ragamnya....


Ni gambar Zair hari Ahad... kemuncak sakit matanya.... tengoklah, sampai tak boleh nak dibukak mata kanannya...


Tiga hari pertama kami balik ke Johor (Kota Tinggi) sebab majlis nikah & persandingan adik-adik aku... & sekarang ni kami di JB sejak dua hari lepas untuk sambut mak mentua yang baru balik umrah... Saje bagi peluang kat cik puan melepaskan kerinduan pada ibunya... :) InsyaAllah, esok kami akan kembali semula ke Lembah Klang... Mudah-mudahan selamat....

Tak tahu bila dapat balik Johor lagi... Mungkin musim durian nanti kot... Jengok-jengok dusun kat belakang tu, ada lah sikit buah durian yang lekat... insyaAllah dua tiga bulan lagi tu....


Balik Kampung... 12 Jun



Masih cerita dari kampung... Setelah diadakan majlis nikah pada Jumaat, Majlis bersanding di rumah pengantin perempuan pada Sabtu, so, hari Ahadnya tibalah majlis persandingan serentak dua pasang pengantin di rumah kami...








Sakit mata Zair masih serius, tapi kami dah dapatkan ubat dari 2 klinik... insyaAllah semoga sakitnya cepat sembuh.....


-Kami masih di Johor ketika ini....

Isnin, 13 Jun 2011

Balik Kampung... 11 Jun





Hari Sabtu, keadaan semakin sibuk dengan jiran-jiran berhampiran & satu blok yang rewang di bahagian belakang rumah... memang macam tulah gayanya orang kampung menyambut menantu atau membuat majlis kahwin ye tak? bergotong-royong menyediakan semua persiapan terutamanya juadah... Sementara tu, tengaharinya kami ke rumah pengantin perempuan -Sapniza Tunisah di Ulu Belitong...





Firsttime tengok pencak silat untuk pengantin dipersembahkan oleh kumpulan wanita... siap ada tarian tradisional tu....




Alhamdulillah, bertemu jodoh.... bolehlah dikatakan dengan izin Allah, jodoh mereka diatur oleh keluarga iaitu kedua pihak ibubapa kami yang kebetulan bertemu di Mekah ketika menunaikan ibadat haji hampir dua tahun lepas....


*confirm Zair memang sakit mata + demam... sampai ke hari aku masukkan entri ni, keadaannya masih serius... & sekarang dah berjangkit ke mata belah kiri pulak... semoga Zair cepat sembuh.... insyaAllah...

Balik Kampung... 10 Jun...





Ini cerita hujung minggu... Khamis malam lepas kami bertolak balik ke kampung di Johor... Sampainya Jumaat... pukul 5.30 pagi.. hehehe, biasalah, aku kalau drive malam-malam tak berani nak melawan kuasa kelopak mata yang makin malam makin berat nak diangkat... Kalau kudrat memandu tu setakat itu, aku berhenti jelah mana-mana hentian yang terdekat, lepas tu tidurlah sejam dua hingga hilang rasa mengantuk... Sambung lagi perjalanan & berhenti lagi kalau mata mula menunjukkan tanda-tanda mengantuk sekali lagi... tidur lagi... heheheh. tu yang perjalanan kami kali ni mengambil masa hampir 10 jam... Biar lambat asal selamat...





Kami balik malam Jumaat sebab hari tu ada majlis pernikahan adik lelaki aku, Eddy, pada sebelah petang.. Sampai sampai rumah pagi tu, semua persiapan dah dibuat... khemah, pelamin dsb.... Tapi sempatlah kami menyumbang 'kepakaran' dalam menggubah sireh junjung tu... hehehe, bidan terjun je..








Alhamdulilah, dengan sekali lafaz, Eddy sah bergelar suami kepada Sapniza Tunisah.... Menanti hari Sabtu pulak, untuk majlis persandingan di rumah pengantin perempuan... Apa-apa pun tahniah buat Zaidi & Sapniza... InsyaAllah, Semoga jodoh kalian berkekalan ke anak-cucu hingga ke syurga... & semoga perkahwinan kalian diberkati & dirahmati Allah...







Kesian kat Zair.. Balik nursery petang khamis tu, nampak tanda-tanda kena sakit mata....

Khamis, 9 Jun 2011

Tetamu & Jiran Tetap...

-


Dulu-dulu, setiap kali balik kerja petang-petang tu, mesti Aci rumah sebelah tegur, banyak burung hah pagi-pagi... Kami tersenyum je, dalam hati berkata rajin pulak Aci ni perhati rumah aku... untuk makluman, walaupun lebih 90% kejiranan kami adalah bumiputera melayu, jiran kiri & kanan aku dua-duanya berbangsa India...



Lima tahun lepas masa masuk rumah, kiri kanan masih kosong... Beberapa bulan lepas tu baru jiran belah kanan (Aci) masuk rumah... Awal-awal dulu rumah Aci ni boleh tahan jugak pokok-pokok bunganya, maklumlah orang kampung, memang rajin bercucuk tanam... Antara rumah aku dan Aci ni, dua-duanya macam saling berlumba nak penuhkan pokok-pokok berpasu kat laman... Tak lama lepas tu, jiran belah kiri pulak masuk... Jiran belah kiri ni pun sama, bila tengok laman rumah kami serba kehijauan dengan rumput & pokok-pokok hiasan, dia pun tanam rumput & penuhkan pokok-pokok hiasan dalam pasu kat lamannya... sayangnya, dia jarang duduk rumah, balik sekali-sekala sebab biasa duduk kat rumah mak ayahnya yang tak berapa jauh dari taman perumahan ni... jadi rumput & pokok-pokoknya tak berapa nak terjaga...


kekadang balik kerja nampak kucing duduk bertenggek atas tembok.. kekadang tengah minum air kat pasu pokok air... Masa siram pokok pulak ada je burung yang datang hinggap... agaknya burung-burung tu suka kot dengar bunyi air... Emmmh, sebenarnya aku bukanlah nak cerita pasal kucing atau burung yang kami anggap dah macam tetamu & penunggu kat laman ni, tapi tentang kehidupan berjiran... walau sesiapapun jiran kita, tak kira bangsa, cubalah jalinkan hubungan yang baik walau tak boleh nak rapat macam kawan baik.. Sebab dia adalah jiran tetap kita sampai bila-bila selagi kita & dia masih duduk disitu & tak berpindah... Sekurang-kurangnya ada jugaklah yang menjenguk atau menjengah rumah bila apa-apa terjadi, outstation ke, balik kampung ke dsb... Aci sebelah rumah kami ni memang sangat prihatin... Ada saje laporan untuk kami kalau ada apa-apa masalah atau perkara yang perlu diadukan contohnya budak-budak main kat pagar ke, ada orang jenguk-jenguk rumah tengok pokok & laman ke... pernah sekali tu dia adu pasal ada dua budak motor, berhenti & perhatikan belakang rumah kami... Aci tu kata dia pun sergah bila nampak budak-budak tu turun motor & perhatikan pintu & tingkap belakang... apalagi, diorang pun terus cabut... itulah gunanya hidup berjiran... bukan setakat bergosip atas pagar.... :)


Kadang-kadang sebab kucing jiran pun boleh jadi tak bertegur... :)

Rabu, 8 Jun 2011

Lawatan Terbaru Geng Kebun....

-


Baru-baru ni kami sempat buat satu lagi kunjungan ke salah sebuah rumah sahabat yang baru je mendaftarkan keahliannya sebagai 'Geng Kebun' bulan lepas... mudah je nak join geng kami ni, tak perlu borang B, J atau Y... tiada yuran keahlian, yuran tahunan, beli barangan tertentu dsb... yang penting mempunyai minat yang mendalam kepada alam semulajadi serta seni berkebun & menghias laman... & lebih afdhal lagi kalau duduk rumah sendiri... hehehe.. lawak je ye, jangan ada orang kat luar sana yang nak mendaftar pulak... Geng Kebun kami ni satu kelab yang tertubuh secara automatik di pejabat akibat 'virus sindrom gila berkebun & gila menghias laman' yang berjaya aku sebarkan secara senyap & terancang dengan bantuan beberapa rakan... Memang tak berdaftar...heheheh..



Antara koleksi pokok hiasan yang terdapat di laman rumahnya



Ok, berbalik pada lawatan terbaru Geng kebun baru-baru ni... kami berkunjung ke rumah salah seorang rakan sepejabat yang juga ahli kelab... Lokasinya masih di sekitar Lembah Klang... hanya beberapa ratus meter dari rumah penyanyi no. 1 negara....


Bertuah badan sebab dapat tanah & ruang Yang luas untuk laman


Nak kata dah lama berkecimpung dalam bidang seni menghias laman ni, tidak jugak, tapi lawatan pertama kami ke sini telah membuktikan yang sahabat kami ni memang betul-betul minat berkebun... Bayangkan dalam masa 2 tahun, lamannya dah pun subur menghijau dengan pokok-pokok hiasan.. & yang paling mengagumkan, hampir semuanya dilakukan dengan tangan sendiri...




Koleksi kesayangan tuan rumah...


Selain kekaguman pada kehijauan di laman, rekabentuk & hiasan dalamannya juga amat menarik dengan konsep tersendiri... Semuanya idea & rekabentuk atas kreativiti & mengikut citarasa tuan rumah... Disebabkan ruang dalam rumah ni aku rasa agak privasi sikit, so aku tak dapat nak letakkan banyak imej untuk ini, cukuplah satu imej yang terselit tu...


Jom Deko-Deko... Dwarf Umbrella Tree

-


Hujung minggu lepas, kami duduk berehat & bersantai di rumah je. Bukanlah maknanya duduk berehat je, tapi duk rumah buat apa yang patut -mengemas, berkebun dsb... maklumlah setelah beberapa minggu sibuk siang malam... petang ahad tu sempatkan mendeko sikit beberapa anak pokok dwarf umbrella tree yang aku beli kat nursey Xue Bang dua bulan lepas... Bolehlah buat hiasan kat atas meja rumah atau ofis...


Deko kali ni aku buat simple je... bahan-bahan pun takdelah susah sangat nak cari... Apa yang aku perlukan aku cuma tanah, sedikit baja organik, pasu kecil & yang penting untuk finishing adalah lumut hijau... lumut ni biasa kita nampak menumpang kat batang-batang pokok atau tanah yang lembab terutama di sekitar pokok sawit... -kebetulan beberapa hari sebelum tu kami ke klinik kesihatan untuk checkup Zair... masa menunggu tu teringat yang klinik tu dikelilingi dengan kebun sawit, jadi bila jenguk-jenguk tu, alhamdulilah... memang melambak kat situ...





Mula-mula masukkan sedikit tanah ke dalam pasu kecil yang dah disediakan... aku keluarkan anak pokok yang aku semai tu & masukkan terus ke dalam pasu, tutup sikit bahagian tanah asal dengan tanah baru.....





Tinggalkan sedikit ruang untuk lumut hijau.... kalau ikutkan pasu kecil warna coklat kemerahan yang aku guna ni memang tak berapa sesuai sebab terlalu tinggi, nampak tak berapa sesuai kalau nak buat stail bonsai... tapi untuk penjimatan sementara ni, bolehlah digunakan dari membazir... lepas dimasukkan lumut tu, bolehlah dicucukkan sedikit beberapa lubang kecil untuk diselitkan baja... baja pun tak perlu banyak sebab tanahnya pun sedikit & pokok masih muda & kecil... selesai semua tu, siramkan sedikit air untuk melembabkab lumut & tanah...





Seeloknya guna pasu bonsai kecil macam ni, sebab bila bubuh lumut tu sampai terkeluar dari aras ketinggian pasu, nampak ia lebih menyerlah... tapi macam aku kata tadi untuk penjimatan sementara belum ada pasu yang sesuai, bolehlah diguna... & hasilnya seperti di bawah..... Bolehlah buat hiasan untuk meja kat ofis atau rumah...




Siap pun.... Amat mudah untuk menjaganya kerana pokok tak perlu siraman yang kerap jika diletakkan di dalam rumah atau pejabat kerana kelembapan yang ada mampu membekal air sehingga tiga ke lima hari... -Tidak sesuai untuk pendedah penuh di bawah cahaya matahari... ok, itu sahaja deko-deko untuk kali ni, selamat mencuba....


-Idea menggunakan lumut hijau ni sebagai finishing aku belajar dari sorang tauke nursery dalam satu pameran lanskap kat Bangi.... Sebelum tu aku tak berapa pasti boleh ke lumut ni di gunakan, tapi bila dah nampak pakar bonsai sendiri buat depan mata, aku pun beranilah praktikkan... insyaAllah, harap-harap tak memudaratkan...


Tangan Yang Menadah... siri 1

-


Pagi Jumaat lepas kami di beri tazkirah oleh Y.Bhg Dr. TKP kami, tentang Doa... Ada beberapa perkara yang disentuh dalam bab doa ni, antaranya kepentingan doa, adab-adab berdoa, Al Fatihah, doa Nabi Ibrahim di dalam Al Quran dll... Disebabkan ada beberapa pecahan dalam bab doa ni, insyaallah aku cuba buatkan entrinya secara bersiri bila ada masa terluang...


Doa ialah suatu ‘ibadah' yang dapat menghubungkan seseorang hamba itu dengan ALLAH s.w.t. . Dia bersifat Maha Mendengar rintihan dan pengaduan hamba-hamba-Nya, Maha Memakbulkan doa yang dipanjatkan dengan penuh rasa kehambaan, serta sama sekali tidak pernah bersifat kedekut dalam memberikan kurniaan kepada mereka yang tidak pernah jemu melaksanakan ‘ibadah ini. Allah ialah Tuhan Yang Maha Kaya, kekayaanNya meliputi segala yang ada di langit dan di bumi. Amat mustahil jika ALLAH tidak mahu mengurniakan sesuatu kepada makhlukNya, kerana tidak sama sekali akan terjejas kekayaanNya. Selain sebagai senjata utama bagi umat islam, doa juga adalah antara cara yang utama untuk kita sebagai hambaNya berhubung dengan Allah s.w.t... Sama-sama kita tetapkan keyakinan dalam berdoa, dan menjadi urusan ALLAH pula untuk menjawab dan membalas doa tersebut. ALLAH sama sekali tidak akan membiarkan doa hambaNya yang ikhlas tidak terjawab. Sementara orang-orang yang tidak pernah berdoa kepada Allah swt adalah orang-orang yang sombong & kelak mereka akan ke neraka jahanam.


Sebagaimana Allah berfirman dalam Al Quran didalam beberapa ayatnya...

Allah Ta'ala berfirman :

"Tuhanmu semua berfirman: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina"... (Ghafir:60)


Allah Ta'ala berfirman pula:

"Berdoalah engkau semua kepada Tuhanmu dengan had dan rahsia (dengan permohonan yang timbul dari jiwa), sesungguhnya Allah itu tidak menyukai orang yang melanggar batasan"... (Al A'raf:55)


Allah Ta'ala juga berfirman:

"Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa padaKu jikalau ia telah memohonkan itu padaKu"......... (Al Baqarah: 186)


Allah Ta'ala berfirman lagi:

"Siapakah yang dapat mengabulkan permohonan orang yang dalam keadaan terpaksa (menderita kekurangan), jikalau ia berdoa kepadaNya, dan dapat pula menghulangkan keburukan (penderitaan) dari dirinya itu"............ (An Naml : 62)

-

Jumaat, 3 Jun 2011

Cenderahati Buat Orang kampung..

-

Sempena 'persinggahan' keluarga semalam, aku hadiahkan beberapa anak pokok yang tak seberapa... Kebetulan Mak memang minat berkebun, maklumlah duduk kampung, tanah pun luas nak bercucuk tanam... Begitu juga adik perempuan(ke2) aku & suaminya... -ramai sungguh adik perempuan...



Lepas menikmati makan malam, kami berborak kat laman rumah sambil perhati anak-anak & the gang bermain... sempatlah cerita-cerita sikit pasal keluarga & promote beberapa spesis pokok hiasan yang jarang nampak kat kampung... Tapi mak minat kat satu spesis pokok buluh tu -Belly bamboo... Kebetulan memang ada satu anak pokok yang aku simpan kat 'tapak semaian & pemulihan' kat belakang rumah tu... memang rezeki mak... Adik pulak minat pokok Melati air, bila tengok spesis tu kat wakaf, subur & menghijau... emhh, memang banyak kat belakang tu... Selain tu diorang minat pokok Crinum lily....

-

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...