Selasa, 29 Jun 2010
Putrajaya Floria 2010... Iklan...
Durian Dah Gugur...
Hafiy pun dapat sebijik durian...
Manggis ni kalau nak makan kita kena panjat & kait, budak-budaklah yang seronok sebab tunggu bawah ngan ibunya kutip buah masuk bakul sambil tu boleh masuk mulut & terus ke perut..
Jom berkelah...
Jumaat, 25 Jun 2010
Paip Bocor...
Isnin, 14 Jun 2010
Pisang Hiasan
Bermandi Cahaya di i-city
Minggu lepas kami sekeluarga ke i-city di Shah Alam. Misi utama, menyaksikan sendiri keindahan malam yang diterangi pokok-pokok bercahaya di i-city, misi sampingan-makan tauhu bakar di satu lokasi yang dirahsiakan.. Bolehlah tahan.. Sebenarnya sejak sebulan lepas lagi isteri aku ni yang teringin sangat nak tengok kecanggihan i-city ni... cuma tak berkesempatan.. Takdelah canggih mana pun, cuma mungkin susah nak dapat suasana terang benderang serta kemeriahan waktu malam kat sini di tempat lain.. satu idea yang hebat bagi menarik pelancong atau orang ramai untuk berkunjung ke situ...
-
Rabu, 2 Jun 2010
Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan...
Hampir seminggu di Sabah, cuma hari terakhir aku berpeluang memahami lebih mendalam budaya & keunikan sabah yang sebenar. Itu pun sebab aku terlibat untuk menghadiri Majlis Pesta Kaamatan di Penampang... Sempatlah aku rakamkan beberapa imej yang aku rasa tinggi nilai keunikan & kreativitinya... & pada aku, kecanggihan teknologi & inovasi tradisi etnik di Sabah ini telah lama berkembang & dipraktikkan oleh masyarakat pedalamannya terutama jika diperhatikan dari sudut senibina atau seni pertukangan mereka... hanya dengan berbekalkan batang-batang buluh, kayu, kulit kayu serta bahan-bahan seumpamanya, mereka masih mampu untuk menghasilkan satu binaan tempat tinggal yang kukuh, unik & menarik dari segi rekabentuknya... memang aku respect... sedikit sebanyak memberi inspirasi & idea-idea baru...
Satu perkara yang aku puji tentang penduduk Sabah, mungkin loghat pertuturan mereka mempengaruhi tingkah laku serta budi bahasanya... sangat merendah diri serta menghormati orang lain terutama jika mereka tahu kita adalah orang semenanjung atau pelancong... Insyaallah, kalau ada rezeki mungkin suatu hari nanti bolehlah aku bawak famili untuk bercuti ke Sabah... Kami sekeluarga mungkin tak mampu untuk menawan puncak Kinabalu, so... kalau dapat tengok puncak dari kaki gunung ni dengan jelas (tanpa dilitupi awan & kabus) pun kira ok lah tu...
-