Klik je...!!!

Khamis, 26 Ogos 2010

Merdekakah Kita...?


Dulu anak-anak kami kalau nampak bendera, diorang akan menjerit-jerit abah! tengok tu meleka, mendeka (merdeka)... tak lama lepas tu bila dah besar sikit, diorang masih menjerit-jerit jugak... tapi bunyi dah lain sikit.. abah! tengok tu mendegha (bendera)... Baru-baru ni, reaksi diorang masih sama, menjerit dan bunyinya pun dah bertukar, bukan mendeka, bukan mendegha, tapi mesia (Malaysia)... wah siap nyanyi lagu Jalur Gemilang... Merah membara semangat waja, putih mu bersih budi pekerti, kuning berdaulat payung negara, biru perpaduan kami semua... :) Tak sangka anak-anak kami ni ada semangat patriotik yang tinggi walaupun masih rendah & belum bersekolah...



Semarak ulangtahun kemerdekaan tahun ni nampak sedikit hambar. Mungkin orang tak berapa perasan dengan tarikh sambutan yang semakin hampir ni sebab masing-masing sibuk atau tertumpu kepada persediaan menyambut raya atau perkara berkaitannya. Buat kami sekeluarga, macam biasa, memang tak pernah miss naikkan Jalur Gemilang kat mana-mana sudut atau bahagian rumah yang sesuai. Mungkin itulah sebahagian cara kami untuk tunjukkan rasa cinta pada tanahair... :) Bagi aku sebenarnya, tak pasang bendera pun bukanlah bermakna kita tak patriotik atau tak sayangkan negara, mungkin kita boleh tunjukkan dengan cara lain atau mungkin juga kita tak perlu nak menunjuk-nunjuk pun. Cukuplah kalau kita dapat sama-sama memakmurkan bumi Malaysia ni, menghormati undang-undang atau sekurang-kurangnya sama-sama berdoa untuk kesejahteraan agama, bangsa & negara...



Merdekakah Kita...? Zaman moden serba canggih sekarang ni, kita sebenarnya sangat terdedah kepada penjajahan dengan cara yang lebih advance, lebih halus, lebih senyap, lebih hitech & lebih futuristic... lebih-lebih nampak! :) Penjajahan era millenium ni memang tak boleh nak elak... Yang penting pada masa ni adalah kekuatan pegangan agama & jatidiri... Sama-samalah kita memerdekakan hati, jiwa & minda kita agar kegemilangan era IT, mikrocip & biometrik ini dapat kita harungi dengan selamba & senanghatinya tanpa berasa gusar atau gundah gulana... MERDEKA!!! Hahhh! jangan lupa pasang bendera....!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

Ramadhan Tiba Lagi...


Alhamdulillah, Ramadhan tiba lagi. Buat orang biasa-biasa macam kami suami isteri, Ramadhan kali ni kami sambut sama seperti tahun-tahun sudah. Cuma beza sikitnya tahun ni, kami hampir dah uruskan semua persiapan Aidilfitri sebab taknak masa terluang yang ada terutama dihujung minggu, terbuang dengan persediaan raya yang mungkin meletihkan. Terutama buat isteri aku yang dah pun masuk bulan ke 5 dua minggu lepas... Sekurang-kurangnya kalau kami tak keluar kemana-mana, kuranglah sikit duit yang dibelanjakan selain dapat berehat & melakukan kerja-kerja ringan di rumah...

Ramadhan tahun ni jugak, kami dapat berjimat sikit. Inilah tahun pertama sejak kami berkahwin genap 6 tahun lepas(21Ogos lalu), kami berbuka setiap hari dengan juadah yang dimasak sendiri di rumah. Macam kelakar, tapi ni perkara serius... :) Setelah hampir dua minggu, hanya sekali dua kami singgah sekejap ke pasar Ramadhan, itu pun sebab baby dalam perut teringiiiiin sangat nak makan kuih buah melaka.(itu kata ibu kepada si baby tu lah) & kali kedua pulak sebab tiba-tiba hari tu suami kepada ibu baby tu teringiiiin nak makan popia basah... jumpa jugak, tapi bukanlah orang sama yang menjualnya tahun lepas....

Wife aku kata, situasi kami di dapur setiap petang lebih kurang macam dalam hell's kitchen (rancangan memasak kelam-kabut tu). Aku tak perasan pulak.. Mana taknya, tiap petang kami berdua akan menjalin usahasama & berpadu tenaga menyiapkan hidangan berbuka dengan menu yang baru dipersetujui dalam perbincangan kat kereta masa balik kerja... Kami start masak pukul 6.15. Pukul 7.00 siaplah semua... sekejap je, itu yang kelam-kabut, bersilang tangan, berlaga bahu, himpit-menghimpit.. tu biasalah.... Biasanya kami sediakan dua atau tiga lauk... Kami ni bukanlah kaki makan, kaki masak atau chef, tapi sejak minggu lepas baru kami perasan yang kami berdua memang ada persamaan.. kami boleh memasak..!!! :) Antara hidangan yang pernah kami sediakan untuk berbuka termasuklah rendang daging, ikan bakar, ayam goreng kunyit & goreng tepung, sambal tempe jawa, sayur goreng, mee goreng mamak, Ikan pais, lala masak pedas & macam2 lagi.. Kalau tengok senarai menu, semuanya jenis yang simple je... tak kisahlah, yang penting air tangan sendiri.. Kuih-muih bukan dalam menu harian kami sebab lauk-pauk yang kami sediakan ni pun cukup untuk kami bawa sampai ke sahur, so takdelah membazir...Pernah sekali tu kami buat karipap kentang & sardin. Sampai waktu berbuka, semua tak pandang sebab dah kenyang makan nasi... makan lepas terawihlah jawabnya...


Teringat satu tazkirah minggu lepas... Ada disebut "seelok-eelok juadah yang kita ambil semasa berbuka biarlah yang disediakan oleh mereka-mereka yang sempurna solat & puasanya".. Macamana kita nak tahu solatnya sempurna? tepuk dada tanya selera... Bagi aku bukan saja hidangan untuk berbuka puasa je, hari-hari biasa pun sebaiknya kita tahu sumber makanan yang kita ambil... Kekadang ada eloknya kita bawa bekal bila ke sekolah atau ke tempat kerja...


Apa-apapun, Selamat menjalani Ibadah Puasa dengan penuh Ketaqwaan & Kesabaran... InsyaAllah, moga segala ibadah kita dapat dilakukan dengan sempurna, diredhai & diberkati Allah...

Rabu, 11 Ogos 2010

Bauhinia Kockiana...


Selain dari Kesidang & Akar Dani, inilah spesis pokok memanjat yang memang aku & isteri minat sejak dulu... mungkin warna bunganya yang jingga tu menyebabkan kami terpesona. Rajin berbunga, lebat & lasak dengan cuaca panas... Serupa macam Kesidang & akar dani, cahaya matahari memang wajib, air pun wajib... Kalau tak, daun cantik, tapi bunga tak muncul-muncul... kebanyakan pokok berbunga semua macam tu..
-
Kalau kena dengan gaya, pokok ni tak putus-putus mengeluarkan bunganya...

Dua minggu lepas kami ke sebuah nursery di Nilai untuk mencari batu-batu hitam... Sampai je kat sana, banyak pulak pokok yang menarik perhatian kami... So, macam biasa lah, lain dicari lain yang dapat.. cari batu, tapi kami terbeli jugak pokok Kockiana & Ros... apa nak buat... Sekarang ni dah tiga spesis kockiana menghuni di rumah kami...
-
Berserabut sikit masa baru beli haritu, banyak sangat pasu & pokok...
-
Mula-mula tak tahu juga mana nak letak.. tapi bila dah dirombak balik semua susunan pokok kat laman & luar pagar, nampaknya ruang sentiasa ada untuk Bauhinia Kockiana... :)
-

Selasa, 10 Ogos 2010

Yucca, Penyeri Laman...


Kali ni aku nak cerita sikit pasal satu spesis penghias laman yang dah lebih 3 tahun dalam jagaan aku... Kiranya, dapatlah aku mengikuti perkembangan tumbesarannya sejak dari pasu semaian kecil(diameter 15cm) hinggalah ke pasu yang giler besar(diameter dekat 2 kaki) sekarang ni... Aku terbeli pokok ni pun secara tersengaja..
-
Ini contoh benih pokok Yucca yang disemai untuk dijual. Yang belah kiri tu saling tak tumpah macam yang aku beli. Spesis ni disemai dari keratan batangnya.

Pagi tu aku pegi ke Shah Alam untuk urusan payment satu job... Lepas settle urusan tu, aku pun terus je drive untuk balik ke rumah.. Tak sempat sampai ke rumah, di pertengahan jalan tiba-tiba stereng kereta aku terasa berat ke sebelah kiri... orang kata kalau belah kanan rezeki, kalau kiri pulak nak bagi orang rezeki.. Haaahh, betul... rupanya stereng kereta berat ke kiri sebab nun di sebelah kiri jalan kat depan tu ada satu nursery... Bila masuk je kawasan nursery tu, banyak pulak pokok-pokok yang baru turun dari lori supplier... & salah satu spesis yang baru tengah disusun masa tu ialah pokok Yucca.. Aku memang minat dengan pokok ni sejak dulu lagi... Harga, boleh tahanlah... ikut saiz & jumlah batang. Yang aku beli ni kira yang paling murah sebab cuma ada satu batang dan dua tunas daun kat bahagian atas... Tinggi kira-kira 2 kaki...Kalau tak silap RM25..-itu cerita lebih 3 tahun lepas...
-
Ini saiz 3 bulan selepas dibeli...

Umur 2 tahun.. Pernah menjadi penghias kawasan tepi pagar rumah.. Mula-mula daun hanya bahagian atas je... tak sangka pulak muncul banyak lagi tunas baru kat bahagian bawah..
-

Aku tak pasti spesis ni berasal dari mana, mungkin kawasan Amerika selatan... Menariknya spesis Yucca ni sebab sangat mudah untuk dijaga... Walaupun berbatang besar, pokok ni tidak memerlukan air yang terlalu banyak.. Sesuai dengan suasana sejuk atau panas... Satu perkara yang pelik sikit pasal Yucca ni, lebih suka hidup didalam pasu kecil dengan tanah terhad. Sebab apa yang aku nampak sendiri, walaupun kita tukarkan ke pasu besar, akarnya masih tetap segumpal macamana kita beli dulu malahan tidak berserabut memenuhi pasu seperti pokok-pokok lain... walaupun ditanam di tanah..

Bila dah menjangkau lima kaki/ lebih dari ketinggian pintu pagar, terpaksalah diletakkan di luar. Bukan nak tunjuk kat jiran, tapi kawasan dalam laman dah penuh dengan pokok-pokok lain.. Memang nampak berserabut & kurang kemas sikit kalau tak disiang daun-daun tua..

Kalau tak silap, Yucca dalam jagaan aku ni dah enam kali bertukar tempat... bukan sebab tak serasi, tapi kira macam naik taraflah... dari pasu semaian, ke pasu sederhana, ke tanah, ke pasu besar, ke pasu lebih besar & akhirnya sekarang ke pasu paling besar pernah aku beli... Saje nak wujudkan satu suasana dominan pada kawasan luar pagar tu... selalu nampak warna & saiz pasu lebih kurang sama je, kali ni ubah gaya sikit... lagipun saiz pokok Yucca kami sekarang ni dah menjangkau 6 kaki...

-Macamanalah kalau ditakdirkan kami berpindah rumah satu hari nanti.. susah nak bawak pasu & pokok-pokok ni...

Harijadi...

Inilah kad harijadi hasil nukilan Nur Jihan

Tak sangka dah tua-tua pun dapat lagi hadiah harijadi... Alhamdulillah.. tarikh sebenar hari lahir aku 3 Syaaban 1395 Hijrah... Ikut tahun hijrah ni maknanya umur aku dah masuk ke angka 36 tahun 1 bulan... Kalau kira guna kelendar masihi muda sikitlah...
-
Kejutan harijadi dari isteri tersayang... Kalau dah 'orang IT" bertemu jodoh dengan 'Orang seni', tak syak lagi, inilah hadiah yang paling sesuai.. 500 GB ni.. Bolehlah simpan segala fail untuk job & gambo-gambo yang makin hari makin bertambah tu...-plastik tak bukak lagi sebab baru keluar kotak.. :)

Apa-apa pun aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat isteri & anak-anak yang selalu bersusah-payah menceriakan harijadi aku yang sememangnya sentiasa diceriakan oleh kalian semua sepanjang masa... InsyaAllah, ada hari boleh balas... Semoga kalian juga sentiasa ceria & dirahmati Allah...

Rabu, 4 Ogos 2010

Mangga Dah Berbunga...


Kami pun macam orang lain... Bukan pokok buah cempedak di luar pagar. Tapi pokok mangga menjadi pilihan, memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan oleh pokok hiasan yang ditanam oleh pemaju di luar pagar. Majoriti rumah di sini semua dah buang pokok yang ditanam pemaju & diganti dengan pokok mangga dari pelbagai jenis /spesis. Sebabnya banyak serangga serta ulat yang menyebabkan kagatalan kulit.. Sebab lain mungkin sampah-sampah daun kering serta dahan-dahan pokok semakin meliar yang tidak dicantas atau dikemaskan seperti mula-mula kami menghuni dulu... Awal-awal lepas pokok asal ditebang, terasa macam kawasan laman rumah tu terlalu kosong, lapang & panas. Itulah puncanya aku tergerak untuk dirikan pergola. Aku letakkan pokok kesidang untuk memanjat supaya ada lah sikit kawasan redup untuk beristirehat di laman yang tak berawning pada asalnya.
Tak sangka, menarik jugak bunga buah mangga ni kalau diperhati dengan terperinci...
Antara putik-putik awal yang berjaya ke fasa seterusnya...


Nak tunggu pokok mangga yang ditanam membesar gerenti makan tahun... Berbuah mungkinlah... Pelik sikit tentang pokok mangga yang kami tanam ni, berbuah tak ikut musim macam pokok mangga jiran-jiran yang lain. Jiran depan, buah dah 'bersih' sejak bulan lepas... tapi pokok kami baru nak berbunga sejak seminggu dua minggu ni.. alhamdulillah, ingat merajuk tak nak berbuah dah... masuk kali ni dah tiga kali dia berbunga. Ikut perkiraan aku, pokok ni berbunga setiap enam bulan, tapi buah belum tentu lekat. Kali pertama dulu merasalah beberapa biji... besar & manis. Memang besar, kena sepuluh jari kalau nak genggam. Masa beli benih pokok dulu macam pelik jugak bila makcik nursery tu kata ini spesis mangga kelapa... tak pernah dengar pun... mangga epal biasalah..


Ini Buah pertama Mei tahun lepas. Tiga bulan menunggu dari proses berbunga hinggalah masak di pokok... Kebetulan masa tu pulak aku outstation ke Langkawi... Tapi merasa jugak akhirnya...


Apa-apa pun, alhamdulillah... semoga musim kali ni menjadi, berkat bulan Ramadhan... dapat jugak baby dalam kandungan tu merasa...






Tips Panjangkan Usia Melati Air...



Mengikut pengalaman & pengamatan aku sepanjang dua tahun memelihara spesis melati Air ni, aku perasan yang spesis ni macam ada kitaran hidup... Pokok dalam gambar ni kalau tak silap dah masuk proses kitaran hidupnya yang ke tiga. Pokok ni sebenarnya dari generasi ketiga (pokok hasil semaian dari benih yang tumbuh pada tangkai bunga)... Biasanya spesis akuatik ni boleh hidup subur menghijau dengan daun & bunga yang merimbun dalam tempoh 3 hingga 5 bulan. Lepas tempoh kemuncak tu, biasanya pokok ni perlu dibersihkan & di'siang'... bukan macam siang ikan, tapi kemas & buangkan semua daun-daun & tangkai kering yang macam dah tua & tak berapa sihat... tinggalkan beberapa tangkai muda & pucuk baru sebagai talian hayatnya..




Tak perlu pun dikeluarkan pokok dari pasunya, cukuplah sekadar dibuang segala tunggul-tunggul pokok, tangkai-tangkai kering & akar mati yang berserabut yang mungkin mencacatkan pandangan. Yang penting akarnya tak terganggu sebab kesan kerosakan jika 'terusik' akarnya dapat dilihat pada daunnya yang akan layu atau mati mengejut. Eloklah dimasukkan sedikit tanah baru & isikan air. Seeloknya tanah bukit... akhir sekali benamkan sebiji baja pokok air ke dalam tanahnya... Insyaallah, dalam masa seminggu dua kita akan lihat kesannya... & dalam masa sebulan pokok tu akan kembali subur & menghijau serta berbunga lebat... Tapi, JANGAN LUPA! siap je proses 'menyiang' pokok ni, masukkan pembunuh jentik-jentik ke dalam air. Maklumlah, selain dari longkang-longkang tersumbat, tayar buruk dan sampah sarap, pasu pokok dengan air bertakung nilah yang berpotensi besar membiakkan aedes. Kena pulak kalau air yang bersih & jernih... So, demi keharmonian kita sekeluarga serta jiran-jiran sekitar rumah, eloklah dicegah sebelum perkara tak diingini berlaku... TIADA AEDES TIADA DENGGI.. :)


Ini mungkin bukan tips atau cara sebenar untuk menguruskan spesis Melati Air. Cuma aku saje nak berkongsi pengalaman sendiri tentang cara aku mengurus dan memastikan Melati Air yang ada jagaan di laman rumah ni dapat hidup subur menghijau & berbunga selain panjang hayatnya... Kalau kita tengok kat mana-mana nursery pun, selalunya kita nampak pokok-pokok yang sihat, cantik & berbunga je yang di pamer untuk dijual... yang masih kecil, tak berapa subur, kurang sihat atau belum nak berbunga lagi tu biasanya diorang 'simpan' dulu kat tapak-tapak semaian je... Kebanyakan pokok-pokok hiasan yang kita beli di nursery selalunya melalui zaman 'kemuncaknya' untuk seketika. Biasalah, semua yang cantik tu kebanyakannya sementara. beberapa bulan lepas tu mulalah nampak serupa macam pokok 'pencen' yang hidup segan & boleh mati bila-bila masa je. Biasa terjadi kalau kita suka beli pokok-pokok yang berbunga seperti orkid, ros, matahari, bunga kertas dsb... termasuklah pokok Melati air ni....


Sebenarnya aku pernah dapat satu tips macamana cara nak pastikan pokok bunga yang ditanam dapat berbunga & hidup subur. Percaya atau tidak, terpulanglah pada diri masing-masing... Ada masa nanti bolehlah aku cerita kat sini...

Isnin, 2 Ogos 2010

Sibuk Nak Sambut Ramadhan atau Nak Sambut Syawal...?

Mungkin Dah Jadi Budaya Kita sejak dulu... Masuk Bulan Puasa je mulalah sibuk. Macam-macam nak dibuat, nak dibeli, nak disediakan... Majoritinya lebih sanggup menempuh kesesakan & bersusah payah untuk membuat apa saja yang belum tentu sanggup dilakukan pada hari-hari biasa... mungkin sebab sebelum masuk Ramadhan, orang kata mood raya tu kurang terasa lagi, atau mungkin memang langsung tak terasa pun. Tapi bila masuk Ramadhan je, masa tu lah teringat nak siapkan semua benda. Bagi kaum hawa aku percaya, kebanyakan tempahan baju dah dibuat awal-awal, ok lah tu sebab biasanya tempahan baju memang dah ditutup dua tiga bulan sebelum Ramadhan lagi... Untuk mereka-mereka yang buat bisnes biskut & kuih raya, sebulan sebelum Ramadhan biasanya dah mula cari tempahan-tempahan. Eloklah tu, rezeki sampingan... Aku pun ada juga cita-cita untuk berniaga, tapi bukanlah bisnes kuih raya, & bukan dalam masa terdekat ni... Seronok sebenarnya tengok orang berniaga.. satu kepuasan walaupun mencabar..

Kalau tak silap, ada kurang seminggu lagi untuk kita menyambut Ramadhan.. Masalahnya, berapa ramai dari kita yang dah buat persediaan Ramadhan...? Atau memang tak pernah ada persediaan,-macam aku.. Selain melunaskan hutang-hutang puasa, melakukan puasa-puasa sunat, membuat majlis kenduri tahlil atau doa selamat sempena Ramadhan, apa lagi persediaan yang perlu...? kena kaji tu... -aku memang respect pada mereka-mereka yang rajin buat puasa sunat isnin khamis. Ada juga kenalan aku yang buat puasa sunat selang sehari sepanjang tahun...

Bagi aku sekeluarga, persiapan menyambut Ramadhan & Syawal (dua-dua sekali) tahun ni biasa je, sama macam tahun-tahun sebelum ni . Cuma kali ni persiapan raya kami buat awal sikit. Baju raya dah selamat kami beli, sesetengah perabot dah pun kami ganti(bukan ganti pun, tapi mengisi ruang tamu yang macam kosong & tak terisi)... langsir rasanya, masih elok & boleh dicuci... yang tinggal kuih raya je, itu pun dah order awal-awal lagi... Kali ni persiapan awal sikit, sebab takut isteri kesayangan aku ni tak larat nak meronda-ronda untuk shopping baju & kuih raya bulan puasa ni. So, bagi memastikan Ramadhan kami kali ni berjalan lancar, tenang & tiada situasi tegang atau kelam kabut yang bakal tercetus dari kesesakan & kesibukan orang ramai, awal Syaaban lagi kami dah settlekan hampir kesemuanya... :) banyaklah masa yang dapat kami peruntukkan untuk beribadat nanti... hehehe... Terawih dah tentu, insyaAllah... sebab surau depan rumah je...


Ramadhan tahun ni kami cuba nak sambut dengan suasana rumah yang sama macam kami nak sambut raya nanti. Sekurang-kurangnya kudrat yang ada dapat ditumpukan pada perkara-perkara lain di rumah & tak perlu menempuh kesibukan atau kesesakan... Penat juga sebulan dua ni membuat persiapan yang perlu. Bajet raya memang kami dah ketepikan sejak awal tahun lagi... Agak-agak dah cukup tu, sempatlah kami luangkan masa Ke Bangi, Jalan Masjid India, Jln TAR, JUSCO, Nilai 3 & dua tiga tempat lagi... -nampak macam shopping sakan ye tak..? tapi takde pun, beli mana yang perlu je. Sibuk berjalan & cuci mata ni pun bukan apa, saje nak bagi 'terapi' buat isteri & anak-anak yang gerenti sihat & cerah mata bila berjalan-jalan ke tempat membeli-belah ni... -hilang segala lenguh & sakit-sakit badan... aku pun tak faham....

Kesimpulannya di sini, aku sendiri tak pasti... kami ni sebenarnya sibuk buat persediaan nak sambut Ramadhan atau persiapan nak sambut syawal...? tak kisahlah, sekurang-kurangnya persiapan yang ada & suasana baru rumah kami untuk sambut Ramadhan ni dapat memberikan mood yang lebih baik untuk kami menjalani ibadah di bulan puasa ni dengan lebih tenang & sabar... insyaAllah..

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...