Klik je...!!!

Khamis, 29 September 2011

::Leca:: Pelengkap Tanaman Berpasu




Lama dah rasanya tak bercerita pasal aktiviti kat laman. Maklumlah, sejak dua tiga bulan ni masa seakan berlalu begitu pantas. Mungkin semua ni kesan dari kesibukan hakiki tugas rasmi yang sedikit sebanyak memberi implikasi terhadap emosi & rohani yang terasa begitu penat & keletihan sehingga menghadkan kemampuan & keinginan untuk menulis atau mengupdate blog... Takpe, blog ni pun aku anggap sekadar diari masa lapang je, jadi takdelah wajib untuk diupdate setiap hari kalau memang dah takde kelapangan... yang penting tugas di pejabat & tanggungjawab sebagai suami & ayah di rumah dapat dilaksanakan sebaiknya.... Kerja didahulukan, Keluarga diutamakan.... hehehe..








Ok, kali ni aku nak bercerita tentang satu bahan pelengkap dekorasi tanaman yang biasa tapi agak jarang kita nampak, terutamanya pada pasu pokok-pokok hiasan di pejabat atau pusat membeli belah. Bahan yang aku maksudkan ialah Leca... leca ni adalah singkatan dari Lightweight Expanded Clay Aggregate... Sebenarnya aku sendiri baru je kenal dengan bahan ni awal tahun hari tu... Itu pun sebab aku kena berurusan dengan kontraktor yang membekalkan pokok-pokok kat pejabat... Orang kata tak kenal maka tak cinta, bila dah tahu fungsi & peranan leca ni barulah aku terfikir nak cari untuk pokok-pokok kat laman rumah tu...




Demi memenuhi misi mencari Leca, jambatan usang pun sanggup kami seberangi... -Suasana meniti jambatan di salah satu nursery kat Sungai Buloh...



Aku ada tuliskan sedikit maklumat tentang leca kat bawah ni... Mungkin tak berapa tepat atau tak cukup lengkap, tapi memadailah untuk difahami apa itu leca, bahan, pembuatan, fungsi & kelebihannya... Tapi secara ringkas, leca yang berbentuk seperti kekacang ini befungsi sebagai pelengkap kemasan tanaman berpasu yang mampu mengekalkan kelembapan & 'pernafasan', serta melindungi akar pokok dengan lebih baik, selain menutup permukaan tanah yang mungkin tidak berapa cantik untuk dilihat... Sebenarnya, hampir setengah hari kami habiskan di Sungai Buloh (berhampiran hospital) sebelum misi mencari & membeli leca ini berjaya dilakukan. Leca ni jarang digunakan untuk tanaman hiasan di rumah, mungkin sebab kita tak berapa nampak kegunaan & kebaikannya. Harga pun boleh tahan RM5 sekilo.... Tapi awas jika ada anak kecil!!! takutlah disangkanya kacang.... Mungkin leca ni hanya sesuai untuk tanaman berpasu di luar rumah...




Leca ni mungkin lebih sesuai untuk tanaman indoor yang jarang disiram atau kawasan laman berbumbung yang tidak terlalu terdedah dengan matahari...





Sedikit maklumat tentang LECA...




LECA adalah jenis tanah liat khas yang telah dibentuk seperti pelet kekacang dan dibakar dalam oven berputar pada suhu yang sangat tinggi. Dengan pembakaran itu, sebatian organik di dalamnya memaksa pelet untuk berkembang dan berongga manakala permukaan luar menjadi cair & akhirnya mengeras. Pelet seramik yang terhasil adalah ringan, berliang dan mempunyai kadar rintangan yang tinggi serta mampu mengekalkan kelembapan melalui air yang tersimpan di dalamnya.



LECA adalah produk semulajadi yang tidak mengandungi bahan berbahaya. Ianya lengai dengan
nilai pH neutral, tahan fros dan bahan kimia, tidak akan rosak di dalam air, tidak terurai, tidak mudah terbakar.





Antara kelebihannya untuk tanaman ialah...


Menggalakkan pertumbuhan sihat... Lebh 90% daripada Oksigen yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan di’hirup’ oleh bahagian akar. Apabila akar mengalami ‘kesukaran bernafas', akibat siraman berlebihan atau kepadatan tanah yang keterlaluan, kesuburan & pertumbuhannya boleh terbantut. Dengan penggunan leca yang menyimpan beribu-ribu laluan terbuka untuk pertukaran gas dan saliran air. persekitaran akar akan menjadi lebih sihat & dapat mengekalkan kesuburan & pertumbuhan baru.


Membantu mencegah pereputan akar... Meningkatkan tahap oksigen dan kelembapan yang lebih baik.


Mengurangkan keperluan air... dengan lapisan leca setebal 1-2 inci, kerugian akibat penyejatan dapat dikurangkan dan berkesan memulihara air serta menjarakkan masa siraman.

Menghalang alga dan kulat... Leca juga berperanan untuk mengelak cahaya matahari terus menyuluh ke bahagian pangkal pokok atau permukaan tanah. Dengan itu, ia secara tak langsung menghalang alga bermasalah daripada tumbuh di permukaannya. Lapisan leca 'kering' ini juga mencegah kulat daripada 'menjajah' permukaan tanah dengan memusnahkan larva.

Kestabilan fizikal bagi tanaman... Dapat bertindak sebagai bahan pemberat tambahan ntuk pokok/tanaman didalam bekas kecil.


Menambah keserian pada tanaman...Tanaman akan kelihatan lebih kemas dan bersih secara semulajadi kerana kewujudan leca yang menjadi penutup permukaan tanah & pangkal pokok, sedikit sebanyak dapat menutup keserabutan akar atau kecacatan yang ada dibahagian tersebut.


Selasa, 27 September 2011

Semoga Cepat Sembuh...

Sebenarnya kami memang dah rancang untuk balik ke JB malam Jumaat tu... Cuma kebetulannya petang khamis tu aku dapat panggilan dari adik kat kampung bagitau satu berita kurang baik yang dah tentunya membuatkan aku cemas & susah hati... Kalau tak silap, ini kes keempat dalam masa 4 tahun... Bapak dimasukkan ke hospital sebab asthma yang agak teruk, tak seperti sebelum-sebelum ni... kali ni ambulans yang hantar sebab keadaan agak kritikal jugak masa mula kena tu....

Selama 3 hari berkampung di JB, sempatlah aku melawatnya setiap hari di Hospital Kota Tinggi... Masuk hari ketiga, doktor belum boleh lepaskan atas sebab-sebab tertentu untuk pemantauan... mungkin doktor lebih tahu... bukan apa, kesian kat bapak kita satu hal, satu lagi kesian jugak kat mak sebab terpaksa menjadi peneman kat wad tu setiap malam.... maklumlah 4o tahun sebagai teman hidup, mana mungkin dapat berjauhan walaupun sehari, terutama dalam saat-saat macam ni.....

Gambar-gambar ni aku snap hari ketiga di wad, nampak asthmanya semakin kurang, alhamdulillah... Semoga bapak cepat sembuh, insyaAllah....

-Alhamdulillah, petang semalam doktor kata dah boleh keluar wad.....-

Isnin, 26 September 2011

Moga Bahagia Selamanya...







Hujung minggu sudah, kami balik ke kampung di JB... kali ni untuk meraikan majlis Perkahwinan adik ipar(adik cik puan yang bongsu)... setelah 3 bulan bertunang, akhirnya pasangan ini selamat diijab kabul tanggal 23 September, lebih kurang pukul 10.30 pagi... Kami pun sempatlah menyaksikan majlis ni walaupun dalam keadaan yang tak berapa segar sebab baru je tiba ke JB jam 7 pagi tu...



Setelah sempurna majlis pernikahan, malamnya ada malam berinai... Hari Sabtu pulak majlis persandingan... Memang sibuk & meriah sungguh majlisnya... kita yang tak berapa menolong ni pun rasa letih, inikan pulak yang bertungkus lumus memastikan majlis berlangsung dengan sempurna... takpelah, yang penting semuanya berjalan lancar seperti dirancang....





Tahniah buat pasangan Wan & Aisyah.... Semoga berbahagia dunia akhirat & sentiasa diberkatiNya... insyaAllah....





Isnin, 12 September 2011

Bila Zair Mengemas...

Esok 13 September, genaplah usia Zair 9 bulan... Nampaknya Zair dah belajar banyak perkara baru -kira, mengikut track yang betul bagi seorang bayi seusianya... sebulan lepas mula belajar duduk... Tak lama lepas tu, mula nak merangkak... sekarang ni pulak tengah excited nak berdiri & meniti... Dah tak boleh nak biarkan dia duk main sorang-sorang... sebab biasanya nak berdiri pandai, duduk balik pulak tak reti... Tapi satu lagi perangai barunya buat masa ni ialah 'mengemas' barang-barang permainan abangnya, Hafiy... hehehe...
Bukan main seronok Zair ni bila dapat menuangkan semua permainan yang abang Hafiynya dah kemas ke dalam bakul...
Siap je abangnya mengemas barang permainan masuk ke bakul, datang si Zair ni sibuklah dia tarik bakul tu sekali lagi ... tak cukup ditarik, ditaburkannya merata tempat...elok sangatlah tu... agaknya sejak kecil dulu dia memerhatikan apa yang abangnya buat, seronoklah bila dia pun sekarang dah mampu buat benda yang sama... Memang sebijik perangai dengan abang Hafiynya....
"Ah! akhirnya aku berjaya menyepahkan rumah ni dengan jayanya...."
Hafiy pun seronoklah dapat geng baru yang boleh sama-sama menyepahkan lagi rumah kami yang memang tak berapa nak kemas ni... Kalau dulu dia sorang-sorang je yang kena marah sebab buat sepah, sekarang dah tak boleh nak marah sebab bukan dia yang buat, dia cuma join je bila dah sepah....
Isi minyak dulu... "lepas ni bolehlah syaya sepahkan 2 kotak lagi mainan yang ada dalam bilik tu... heheheh..."
Takpelah, Nampaknya zair memang cepat belajar.... & mana lagi sumber inspirasinya kalau bukan abang, kakak & kita ibubapanya... Jadi kenalah kita tunjukkan teladan yang baik untuk dicontohi anak-anak.... yang tak elok tu, bolehlah disimpan atau mana yang perlu tu dibuang terus... semoga zair terus membesar dengan sihat & bijak.... insyaAllah...

Khamis, 8 September 2011

Album Mini ::Raya 1432H::

Raya pertama tahun ni kami sambut di kota tinggi. Lepas bersalaman & bermaafan, sempatlah bawak anak-anak marhaban ke empat buah rumah.. Tengaharinya kami beraya pulak ke JB...

Alhamdulillah... masih diberi peluang meraikan Aidilfitri untuk kali ke 37... (ikut tahun hijrah)... Raya tahun ni kami sambut serba sederhana seperti tahun-tahun sebelumnya... Bezanya tahun ni raya berlima...
Cahaya-cahaya mata yang seronok berposing dengan baju raya...

Gambar kenangan bersama keluarga Atuk & nenek di Kampung


Gambar kenangan beraya di kampung belah Atuk mak di Muar...

Anak-anaklah yang paling seronok hari raya ni.... Dapat duit raya, dapat jumpa geng-geng kat kampung, dapat join main bunga api.... Takpe, yang penting hari raya dapat kita sambut dengan meriah.....

Pengalaman pertama berhari raya buat Zair Iman... -Zair Iman ni memang manja terlebih sikit kat Ibunya...

Berposing sebentar sebelum bertolak ke kampung di Batu Pahat...

Walaupun pengalaman pertama, Zair le yang paling seronok & bersemangat untuk beraya sebab dapat layanan istimewa & kumpul banyak duit raya.... ::Seronok betul Zair dipangku Maklongnya...

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...