Jumaat, 16 Julai 2010
Floria 2010...
Melukis Abstrak Bersama Hafiy...
Jom Mewarna Bersama Jihan...
Satu hobi pelik anak-anak kami ni... Kedua-duanya suka melukis... ini bukan calang-calang melukis. Biasanya budak-budak memang suka menconteng, menulis & mewarna. Tapi cuma guna pensil warna atau krayon je... Jihan ni pulak bila melukis, lebih suka guna poster color, water color & jenis-jenis warna seangkatan dengannya... bayangkan sampai merayu-rayu mintak dibelikan water color. Selain melukis dengan water color, Jihan pun minat mewarna lukisan canvas dengan acrilic... pun terpaksa kami belikan sebab dia nak sangat... Bila dah beli tu tak sabar-sabar pulak nak buat lukisan.. "Abah, nanti boleh tak kita buat colouring..?", kalau abahnya penat atau buat tak layan, ditanya pulak pada ibunya...
Bila dah merayu-rayu, malamnya aku pun guide lah Jihan ni buat coloring tu...
Inilah projek terbaru Jihan...
-
Rambutan vs Durian...
Minggu lepas kami balik ke kampung... Biasalah, musim durian ... Hari pertama lagi, kami dah jamah durian puas-puas.. so, dua hari seterusnya takdelah kami jamah lagi sebab macam dah puas makan...
Hari Keluarga 2010...
-
Tahun ini, aku & rakan-rakan sepejabat meraikan Hari keluarga di Desa Water Park, Sungai Besi... Setelah hampir 20 tahun menjadi warga Lembah Klang, inilah kali pertama aku ke sini... Biasalah, dah jadi budaya sebahagian masyarakat kita, makin dekat kita tinggal dengan sesuatu tempat tu, semakin mustahillah untuk kita jejakkan kaki ke situ... mungkin sebab kita fikir boleh pergi ke tempat tu bila-bila masa je... & yang paling tak bagus untuk diamalkan- - semakin dekat rumah dengan tempat kerja, makin lambat pulak sampainya... ... Aku percaya ramai lagi penghuni Lembah Klang yang belum jejakkan kaki ke tempat-tempat seperti KLCC, KL Tower, Aquaria, Cruise tasik Putrajaya, Monumen Alaf baru, Wetland, I-city, Litar F1 & lain-lain lagi, walaupun orang-orang kampung dari seluruh pelusuk negara & ceruk rantau dah pernah ke sana... Takpe, tak wajib pun...
Untuk acara pertama, mungkin strategi nak bagi budak-budak duduk diam, diorang buat acar rebut gula-gula ngan jeli... hadiahnya senang, banyak mana diorang dapat rebut, banyak tulah hadiahnya...
-
Seronoknya dapat jajan... nak sikit ke...? Jihan pun makan mesti tak abis ni...
Aku macam biasa, mustahil untuk aku datang ke hari Keluarga hanya sebagai pemerhati je... & jarang aku balik ke rumah dari hari keluarga dengan tangan kosong... Memang seronok, semua acara aku join... Paling bagus, AJK kelab kali ini memang dah plan awal-awal supaya semua peserta yang join apa-apa acara pun dapat hadiah, tak kira menang atau kalah... nak bagi semua orang rasa seronok.. Anak-anak kami pun join semua acara untuk budak-budak... paling seronok sekali Hafiy... mana taknya, bila turn aku dapat hadiah cabutan bertuah, aku bawak sekali anak-anak ke depan untuk ambik hadiah tu.. & Hafiy pulak sangka hadiah tu hadiah dia.. Bila dah pegang hadiah tu, tak sabar-sabar nak dibukak sebab dalam kotak tu ada robot besar... hehehe.. mentang-mentanglah dia yang sambut hadiah tu masa kat depan tadi, ingatnya hadiah tu dia punya...
-
Alhamdulillah, sekali lagi Hafiy memang satu hamper sebab jadi juara untuk satu acara dalam air... tak sangka boleh jadi juara... combongnya! bila ibunya suruh ke depan masa kami semua sibuk bagi bahagi-bahagikan 6 hadiah hamper untuk semua ahli kumpulan, dia kata kat ibunya "takpe, hafiy dah menang hadiah"... sambil peluk hamper yang dia dapat tu...
"Seronoklah main air kat sini... nanti kita datang sini lagi boleh tak abah...?" pujuk si Jihan kat aku masa tengah drive nak balik rumah... Memang seronok tengoklah gambar diorang belajar berenang tu...
Lepas tamat acara rasmi Hari Keluarga tu, kami sambung keseronokan dengan bermain air & mandi-manda... seronok diorang main dengan ombak buatan... Kalaulah kami tahu keseronokan di Water Park macam ni, dah lama aku bawak anak-anak ke sini.... Bolehlah datang lagi bila kami dah berlima nanti...
-