Klik je...!!!

Khamis, 31 Januari 2013

Santai di Putrajaya...

 
 
 
Dah lama tak bawak anak-anak bersantai di Putrajaya.. 2 minggu lepas bawaklah diorang semua ke Dataran Putra... tak ke mana pun, saje lepaskan diorang berseronok & bebas bermain kat playground...
 
 
 
Simanja kami bertiga ni memang suka bermain kat playground. & diorang tak kisah walau sesimple mana atau kat mana sekalipun.... yang penting boleh berseronok... kena pulak masa datang tu, kami je yang ada kat situ....
 
 
 
Kenangan Jihan & Hafiy di tempat yang sama tahun 2007.....
 
 
Kali terakhir kami ke sini tahun 2007, masa tu umur Hafiy baru 5 bulan... Jihan pun baru nak masuk 2 tahun.... tak sangka pulak gambar kat atas ni masih elok dalam simpanan.... aku & cik puan pun kira muda jugak le masa tu... muda 6 tahun dari umur sekarang ni... hehehe...
 
 
 
Apa-apa pun, Zair le yang paling seronok........
 


Setiap kali bergambar, Jihan & Hafiy mesti nak tunjuk peace, & setiap kali tu le Zair mengira jarinya untuk buat peace jugak, tapi tak pernah betul... tetap keluar 3 jari.....

Isnin, 7 Januari 2013

Happy Birthday...

 

 
Alhamdulillah... semalam 6 januari 2013, birthday cik puan.... Tak sempat nak celebrate awal sebab sedikit  kesibukan di sebelah pagi & petang... Tapi malamnya sempat jugaklah bawak anak-anak untuk beli kek buat ibu kesayangan mereka ni.... Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak-anak soleh & solehah, di kurniakan suami yang penyayang dan memahami -hehehe.... menjadi isteri yang solehah & ibu yang mithali, dan yang penting sekali sentiasa diberkati, dirahmati dan dilindungi Allah SWT... insyaallah....




Rabu, 2 Januari 2013

Sekolah Dah Mula...



Hari ni 2 Januari 2013. Hari pertama untuk sesi persekolahan 2013. Hari pertama buat Hafiy belajar sebagai murid sekolah darjah satu. Hari pertama buat Nur Jihan bergelar murid darjah dua. Letih sungguh hari ni....



 

Hari ni jugak, kekadang rasa masa itu terlalu cepat, kekadang pulak rasa lambat sebab banyak sangat urusan dalam sekolah yang perlu diselesaikan & dalam masa sama, perlu menunggu anak-anak dari waktu pagi,  ke waktu rehat sampailah tamat sesi persekolahan. Maklumlah, hari pertama, kenalah temankan anak-anak, terutama buat Hafiy yang baru masuk ke darjah satu ni... Kena pulak Jihan dan Hafiy berbeza sesi pagi & petang. Sorang sekolah agama sorang kebangsaan. Namun, segala keletihan itu sangat memberi kepuasan sebenarnya. Itulah sebahagian tanggungjawab ibubapa dalam membesarkan anak-anak... Pinjam kata-kata cik puan pagi tadi... -Penatnya, tapi puashati & seronok sebab inilah detik terindah dalam membesarkan anak-anak. Bercuti semata-mata untuk menguruskan persekolahan anak-anak tanpa diganggu oleh sesiapa atau apa jua urusan lain... Emmm, betul jugak tu.... lagipun detik-detik ni tak akan datang lagi dah bila diorang dah masuk tahun 3, 4 nanti... sekali seumur hidup... Kalau ada pun masa hantar diorang masuk U nanti.... insyaallah...



Hafiy kata "tadi ada cikgu terlupa kelas, sebab dia masuk kelas Hafiy"..... Sebenarnya Hafiy ingat sekolah ni macam tadika dulu-dulu, sorang je cikgu yang mengajar... hehehe...


-

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...