Klik je...!!!

Jumaat, 29 Jun 2012

Misteri Terjawab... Crinum Lily..



 
Setelah beberapa hari mengintai dari balik daun, akhirnya keluarlah kuntuman bunga yang berkembang mekar & gah ni... Inilah bunga Crinum Lily...



Sayang sekali spesis bunga ni dah  le susah nak berbunga, bila dah keluar bunga pulak jangka hayatnya tak lama... tapi spesis pokok ni memang tak sesuai di tanam dalam pasu pun... takpe, yang penting daunnya terus subur menghijau & masih sudi berbunga...

 

-

Rabu, 27 Jun 2012

Mengintai Dari Balik Daun...



Benda apa pulak yang mengintai-ngintai di balik daun sejak dua tiga hari ni...? takpe, kita akan siasat... & misteri itu bakal terjawab sedikit masa lagi... Kita tunggu sehari dua lagi ye...

Mumtaz Iqra'...


Alhamdulillah... Awal minggu ni, puteri kami Nur Jihan dianugerahkan vest hijau oleh sekolah rendah agamanya atas pencapaian yang baik dalam subjek Iqra... Jihan antara 6 daripada 80 lebih murid darjah satu keseluruhannya, yang dah dapat vest Mumtaz Iqra tu... Ni kira kumpulan pertamalah yang dapat, yang lain pun akan dapat jugak bila diorang dah berjaya sampai ke tahap Iqra 6 nanti....



 
Tahniahlah dari abah & ibu ye Jihan.... Semoga pencapaian & kepintaran yang ditunjukkan dapat menjadi contoh & inspirasi buat adik-adiknya Hafiy & Zair suatu hari nanti..... insyaAllah....

-

Selasa, 26 Jun 2012

Musim Bunga...


Bertambah seri nampaknya bunga ni dengan bantuan penyeri-penyeri hidup... hehehe...

Setelah menanti sekian lama, buat kali keduanya dalam masa setahun setengah, Loropetalum Chinense kami berbunga agak rimbun... jenuh jugak menunggu sejak awal tahun hari tu, sebab kali pertama pokok ni berbunga lebat macam ni lebih kurang januari tahun lepas... awal tahun hari tu ada jugak berbunga tapi bolehlah dikira dengan jari je...


Lepas trim dua minggu lepas, aku bubuh baja bunga macam biasa... minggu lepas baru nampak biji-biji bunga tu mula keluar... alhamdulillah, berjaya jugak...

-



-

Isnin, 25 Jun 2012

Santai Hujung Minggu::Bagan Lalang::





Lama jugak rasanya kami tak berkelah di Bagan Lalang... Nak kata sibuk tak jugak... Dah janji dengan anak-anak, jadi lepas Asar kami gagahi jugak untuk bawak diorang semua ke sana...

-

Masa tak begitu mengizinkan, sampai pun dalam pukul 6 petang... so, Jihan & Hafiy tak sempatlah melaksanakan rutin wajibnya macam selalu,-main pasir... Kali ni diorang lebih seronok untuk mandi-manda je... Yang paling best, ini kali pertama Zair join mandi ngan abang & kakaknya... & rasanya, dialah yang paling seronok hari tu, confirm... -kami ada bukti untuk dakwaan tu...... hehehe...


Oklah, walaupun sekejap je... yang penting semua seronok untuk santai hujung minggu kali ni.....

Sekian......

-

Santai Hujung Minggu::Tasik Perdana::




Sabtu kelmarin ada reunion untuk staff KLMU & X-KLMU.... Kalau nak dikira X, aku pun masuk sekali,  tapi disebabkan majlis santai tu khusus untuk 'gugurl'  je katanya, so aku terpaksalah main jauh-jauh... hehehe...


 
Kami sampai awal, lebih kurang 2.30, jadi sempatlah memeluhkan diri bersama anak-anak kat taman permainan...

-

Seronok tengok anak-anak puas bermain kat situ... InsyaAllah, kalau ada masa nanti bolehlah bawak diorang ke sini lagi...........

-

Jumaat, 22 Jun 2012

Open Day lagi...


Pagi ni ada open day lagi kat sekolah Nur Jihan, untuk sekolah kebangsaan.. Kali ni kami pergi berdua saje tanpa pengiring tambahan...


Sampai je sekolah, kami terus menuju ke kelas 1 pluto... kebetulan pulak Jihan pun baru balik dari kantin & terserempak dengan kami masa nak balik ke kelas... Sampai je kelas tu, Jihan tunjukkan fail folionya... Lepas diamati & dibelek berkali-kali, nampaknya kami tak berapa faham sisten baru yang diamalkan sekarang... Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)... takpelah, nanti kita tanya cikgu...




Bila dah jumpa cikgu & diterangkan tentang sistem BAND/DESKRIPTOR dalam KSSR ni, barulah kami faham.... Segalanya mementingkan kemahiran untuk semua pelajar. Sangat berbeza dengan sistem pembelajaran berorentasikan peperiksaan yang diamalkan sebelum ini... Bila tengok balik rekod pentaksiran/penilaian macam kat bawah ni, dapatlah disimpulkan kemahiran semasa yang ditunjukkan oleh anak kita.... Alhamdulillah, cikgu kata Nur Jihan ok, homework selalu siap... selalu jugak bertindak sebagai ketua & pandai mengawal kumpulannya.... suka mengajar kawan-kawan... -komen yang hampir sama dengan komen ustazah di sekolah agamanya minggu lepas, & serupa jugak dengan komen cikgunya masa tadika dulu.... hehehe...




Rabu, 20 Jun 2012

LawaKini::Mesin Duit::





Kejadian dirakamkan pada jam 5:23 petang. Lokasi, -Presint 16 Putrajaya. Saksi kejadian, -aku sendiri... Petang tu aku jemput hero sulung aku, Hafiy balik dari Tadikanya... Keluar je, dari pintu sekolah 'kejadian' itu pun bermula...

Hafiy   :    Abah, saya nak pergi kedai!!?
                 (Memang ada kedai berhampiran tadika tu)
Aku     :    Nak beli apa...?
Hafiy   :    Saya nak air kotak, tekak saya ni macam kering...
Aku     :    Alah, tak payahlah... sampai rumah nanti kita minumlah... Abah takde duit ni...
Hafiy   :    Abah ni, kan Hafiy dah kata... kita beli je MESIN DUIT(mesin ATM), nanti senanglah kita nak ambik duit. Abah kan ada kad....
Aku     :    Hah! beli mesin duit....!!!?

Sambil tergelak, aku cekik-cekik manja leher si Hafiy tu....


Sekian.....

Isnin, 18 Jun 2012

Tahniah Sekali Lagi!!!


 

Jumaat lepas ada hari terbuka untuk sekolah agama tempat Nur Jihan belajar... Kali ni ibubapa atau penjaga kena datang untuk sign report card keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan sebelum cuti sekolah bulan lepas... Sebagai sokongan dan dorongan tak berbelah bahagi, kami datang demi Nur Jihan... Bukan seorang, bukan berdua tapi berlima termasuk Nur Jihan sekali...


 Macam rombongan pulak ye... seronok pulak anak-anak dapat datang sekolah kakaknya....

 Hafiy tu macam tak sabar je nak teman kakaknya ke sekolah agama....

Alhamdulillah... Nur Jihan berjaya mengekalkan prestasi ujian pertamanya bulan Mac hari tu... malah kami rasa kali ni lebih baik lagi... Dengan markah keseluruhan 99%, Jihan mengekalkan kedudukan no.1 dalam kelasnya, 1 Amal... sebenarnya bukanlah status no.1 tu yang kami kejarkan pada Nur Jihan, tapi kemampuannya mengekal atau memperbaiki lagi keputusan ujiannya sebelum ini.... Dengan markah yang kami rasa cukup tinggi ni, nampaknya Nur Jihan kenalah bekerja keras untuk peperiksaan akan datang serta untuk tahun-tahun berikutnya.... insyaAllah Nur Jihan boleh!!!


 Alhamdulillah, Nur Jihan dapat keputusan yang cukup cemerlang buat kami....

Komen Ustazah... -Nur Jihan ni bagus je dalam kelas... Suka mengajar kawan-kawan.... cuma minggu akhir sebelum cuti hari tu je kuat main... hehehe...


 Tahniah, semoga lebih berjaya di masa akan datang!!!

-

Rabu, 13 Jun 2012

LawaKini::Belajar Inggeris::



SUATU KETIKA, tatkala mentari melabuhkan tirainya... disaat camar, tekukur, merbuk serta unggas-unggas yang lainnya pulang ke sarang, Nur Jihan & Ibunya masih terpaku di sofa empuk ruang keluarga seraya menonton Pavitra Rishta di Zee Variasi...

Jihan         :     Ibu! Johan dalam bahasa Inggeris apa bu...?
Ibu Jihan   :     Oh, Johan dalam bahasa inggeris winner....
Jihan         :     Apa bu?
Ibu Jihan   :     Winner. W,I,N,N,E,R...
Jihan         :     Oh, winner....
                        Kalau Johan winner, Habis tu Zizan apa bu...?
Ibu Jihan   :      Kakak!!!! #*%&;%%$#&;^*^*%$#$%$&;^%$????^*!!!?????? (sambil tergelak besar)


Kebetulan pulak aku lalu berhampiran lokasi kejadian & terdengar soalan terakhir Jihan tu..... untuk tidak menghampakan, aku pun gelaklah sekali..... (malah lebih besar dari ibu Jihan)....

sekian...




Jumaat, 8 Jun 2012

Jihan di Fun With Library



Cuti sekolah ni, sempatlah kami 'bercuti' balik ke kampung hampir seminggu... Semenjak anak-anak masuk alam persekolahan ni, musim cuti sekolah jelah yang sesuai untuk kami balik ke kampung atau bercuti, sebab seboleh-bolehnya tak mahu anak-anak ponteng sekolah, rugi.... hehehe...


Jihan dengan kawan-kawan baru memulakan aktiviti.....


Jihan yang paling seronok.. Selain dapat balik kampung, hari ni ada lagi aktiviti untuk anak-anak staff kat ofis ibunya... -Fun With Library... Dari MMS yang diterima oleh 'wartawan ' kami di sana, nampaknya semua aktiviti tu amat menyeronokkan & memang kena sangatlah dengan citarasa Nur Jihan... -potong-potong kertas, tampal-tampal gambar, mewarna, buat kraftangan & macam-macam lagi.... Jihan pun ada bagitau dia seronok dapat kenal kawan-kawan baru... Tak sangka pulak ada aktiviti macam ni, memang bagus untuk memenuhi masa terluang anak-anak dalam musim cuti ni...


Cantik tak...?


Awal minggu lepas, masa borak2 lepas sarapan pagi dengan member-member ofis, adalah keluar sikit pasal cerita anak-anak & pengalaman cuti sekolah... ada lah sorang member ni keluarkan satu ayat (yang juga dipinjam dari kata-kata orang lain), cuti sekolah ni sebenarnya amat menyeronokkan bagi anak-anak 12 tahun ke bawah... Tapi keseronokan tu bergantung pada perancangan kita... Kenalah pandai plan aktiviti atau percutian yang betul-betul meninggalkan kesan/pengalaman/keseronokan buat anak-anak yang baru memasuki alam persekolahan/masih bersekolah rendah ni... Kenapa untuk 12 tahun ke bawah!!? sebabnya majoriti anak-anak dalam lingkungan umur 5-12 tahun ni hanya 'dihidangkan' dengan suasana rumah & bilik darjah sahaja selama hari persekolahan, berbanding murid-murid sekolah menengah ke atas, yang sudah pandai 'membawa diri' untuk ke mana je... Jadi, bila tiba cuti sekolah akan datang, rancanglah kegiatan/aktiviti cuti sekolah anak-anak dengan 'keseronokan cuti sekolah' yang sepatutnya... 


 Pantang nampak, mesti nak naik..... ni gambar kat JB hari tu....




Zair ni memang kaki bola... tak kira kat mana pun mesti nak ada bola.... balik kampung pun nak main bola jugak... Tengah berpeluh main bola sempat jugak dia berposing...



Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...