Orang kata... Dari mata turun ke hati. Kalau dah suka sama suka, apa lagi ditunggu.... Mula-mula macam tak percaya, tapi akhirnya terpaksa juga terima hakikat... Namun perasaan suka itu membuatkan aku terpaksa melakukan pengorbanan yang cukup besar. Biasalah, tak semua benda atau perkara dapat kita miliki dalam satu masa... Mesti ada yang terluka sebab terpaksa disisihkan.... Mungkin ada yang tak percaya, mungkin juga ada yang setuju. Terpulang pada pendirian masing-masing...
Kami berkenalan hanya melalui dunia maya... Tak lama pun, lebih kurang seminggu je... itu pun melalui perkenalan yang tak disengajakan.... Emmmhhh... apa nak buat kalau dah jodoh.. Allah memberi kita akal supaya kita bijak dan boleh berfikir... Insan kerdil seperti kita sentiasa diberi pilihan... dan pilihan yang pelbagai itulah ujian kecil yang kita lalui dalam meneruskan kehidupan.... Jadi usah salahkan takdir dengan segala yang berlaku... kerana kita yang memilih... ingat ye, kita yang memilih....
Berbalik pada cerita mata air baru... Esok, genaplah seminggu aku menyuntingnya... insyaAllah, aku akan menjaganya sebaik mungkin, sebagaimana aku menjaga Miss Viva dan Miss Exora yang aku sunting setahun yang lalu.... Setelah aku mengintai-ngintai Future, Ace 115, LC 135, Lagenda dan beberapa lagi model-model hot dalam pasaran, akhirnya aku memilih GT 128...
Cantikkan mata air baru aku ni....
Wakaf yang aku usahakan hampir tiga minggu beberapa tahun lepas untuk kemudahan famili bersantai terpaksa aku korbankan dengan membuang bahagian lantai... sedih jugak awal-awal tu, tapi itu je pilihan yang ada, kalau tidak Mr. GT 128 ni nak duduk mana, ye tak....? maklumlah, laman rumah kecik....
Nampaknya dia dah selesa dok situ, toksahlah kita ganggu dia ye...
Mungkin inilah kesan kenaikan harga pengurangan subsidi petrol.....