Klik je...!!!

Rabu, 31 Mac 2010

Wakaf Istirehat... siri 4


Alhamdulillah, setakat hari ini hampir 65% binaan wakaf telah aku siapkan. Hari bekerja ni biasanya aku tak punya banyak masa. Maklumlah, orang berkeluarga. Sebahagian masa perlulah diperuntukkan untuk isteri & anak-anak. Bila terlalu sibuk tu kadang-kadang sampai takde masa untuk membelek & membelai pokok-pokok di laman rumah & ada masanya, siram pokok pun tak sempat. Sedar-sedar je pokok dah layu.

Aku paling risau kalau terpaksa meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang panjang. Kalau orangtua dulu-dulu kita biasa dengar mereka risau tinggalkan kampung halaman lama-lama sebab teringatkan ayam itik yang tak diberi makan, tapi sekarang ni aku pulak risaukan pokok-pokok bunga yang tak bersiram... Nasib baiklah jiran-jiran kami ni jenis prihatin. Biasanya kami akan minta jasa baik jiran untuk melihat rumah & menyiram pokok serta memberi makan ikan jika balik ke kampung... Tapi masalahnya kalau cuti hari raya, semuanya akan pulang ke kampung... harapkan hujan jelah...


Ok, berbalik pada projek wakaf aku... semua kepingan atap genting aku dah susunkan. Bila dah siap disusun baru aku perasan sedikit masalah yang timbul pada bahagian bumbung ni. Aku buat bumbung ala-ala dua layer. Kiranya macam ada laluan anginlah di bahagian tengah. Masalah yang jelas ialah jarak ketinggian yang terlalu hampir antara layer atas & bawah. Puncanya mungkin disebabkan ketebalan atap genting yang aku gunakan. Sebab kalau ikut plan asal, aku nak gunakan atap onduline yang bentuknya serupa asbestos, lebih ringan & nipis. So, adalah sedikit perubahan akan berlaku pada rupa sebenar berbanding rupa asal yang aku dah plan awal-awal... Takpe, pengalaman & pelajaran baru untuk aku...

Buat masa ni aku tengah fikirkan jalan penyelesaiannya. yang penting wakaf ni siap dengan kemas, selesa & selamat...

Selasa, 30 Mac 2010

Wakaf Istirehat... siri 3



Aku memang tak sabar-sabar nak siapkan projek ni. Tapi macamana cepat pun, aku tak boleh nak ketepikan aspek-aspek keselamatan. Aku tau wakaf ni aku perlu dihasilkan dengan penuh teliti & berhati-hati bagi memastikan sesiapa sahaja yang duduk bersantai boleh dijamin selamat... Setelah penat aku melicinkan papan untuk lantai dengan kertas pasir, aku pun susunlah ditempatnya. Tinggi jugak lantai ni bila dah dipasang, lebih kurang 2 kaki dari aras tanah. Nampaknya aku kena buatkan tangga untuk memudahkan anak-anak naik ke atas.
-
Setelah siap menyusun papan untuk bahagian lantai, terus aku pasangkan sebahagian atap genting yang aku dah beli, untuk proses mengecat lantai. Manalah tau tiba-tiba hujan turun, selamat sikit bila dah ada sebahagian atap kat atas.

mungkin disebabkan keterujaan yang sedikit melampau, malam tu jugak kami sekeluarga dah mula bersantai di wakaf separuh siap ni. Kelakar betullah diorang ni... siap bawak bantal busuk...

Isnin, 29 Mac 2010

Wakaf Istirehat... siri 2


Hujung mingggu lepas, segala operasi potong-memotong kayu telah aku laksanakan dengan jayanya. maknanya yang masih belum aku sediakan ialah bahagian atap. Lebih kurang seminggu aku cuba search dalam internet untuk dapatkan material yang paling sesuai untuk bahagian atap ni. Akhirnya aku jumpa jugak jenis material yang aku cari, iaitu atap jenis Onduline.

Apa yang special sangat dengan atap jenis onduline ni ialah materialnya dihasilkan dari bahan bukan asbestos, ringan, tahan cuaca, tidak reput, penebat bunyi, tiada toksid, tahan lasak, muda lentur & mudah dipasang serta pilihan warna yang pelbagai. Tapi aku tak pasti harganya sebab material ni adalah teknologi Perancis. Namun masalahnya, kat Malaysia ni tak banyak pengedar atap jenis ni. Payah pulak aku nak mencari. Ada satu tempat yang aku jumpa, tutup pulak hari tu. So, untuk tidak membuang masa dengan mencari atap onduline ni, aku kena fikirkan sesuatu yang lain yang boleh mencantikkan penampilan wakaf aku ni. akhirnya aku buat keputusan untuk menggunakan atap genting je. Walaupun material ni bukanlah sesuatu yang termasuk dalam senarai bahan-bahan mentah asal yang aku senaraikan, sekurang-kurangnya atap genting yang aku pilih ni menyamai atap genting rumah aku dan dapat mewujudkan keseragaman secara tak langsung. Cuma aku kurang gemar dengan keberatannya.

Petang Sabtu tu, bermulalah acara menaikkan tiang, alang & kuda-kuda. Payah jugak masa nak mulakan operasi ni, nasib baiklah ada isteri aku yang sememangnya siap sedia menjadi buruh kasar untuk membuat kerja-kerja yang aku rasa berat juga ni. terima kasih juga atas sokongan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan padu... :) Bila dah berdiri sebahagian rangka ni barulah nampak sikit sebahagian rupa wakaf yang sedang kami bina ni.

Alhamdulillah, cuti hujung minggu 2 hari ni sempat juga aku menyiapkan hampir 25% lagi. Maknanya setakat ni aku rasa wakaf kami ni dah hampir 60% siap. InsyaAllah, kalau semua berjalan lancar, bolehlah siap mengikut masa yang aku peruntukkan iaitu 3 minggu, atau mungkin awal lagi.

Khamis, 25 Mac 2010

Wakaf Istirehat... siri 1

Minggu ni aku ada buat satu projek. nak kata besar takdelah, tapi boleh tahan mencabar... Buat wakaf di laman rumah. wakaf ni aku buat untuk menggantikan pergola yang berusia hampir 3 tahun. Kali ni aku ambil masa lama sikit, maklumlah walaupun bukan arkitek, tapi sekurang-kurangnya nak buat binaan yang kira besar dan melibatkan keselamatan ni, kenalah ada pelan. Untuk siapkan pelan je aku dah habiskan seminggu, peralatan & bahan mentah. memang rumit & perlu dibuat penuh ketelitian supaya dapat disiapkan dengan sempurna, kemas, selesa & yang penting selamat untuk aku & keluarga beristirehat nanti...

Untuk siapkan pelan je, aku dah ambil masa lebih kurang seminggu. Saiz tak berapa besar, lebih kurang 4 X 6 kaki je. Bila dihitung bahan mentah yang diperlukan, kosnya boleh tahan jugak sebab aku guna kayu Resak 100%. Tapi masih 1/4 daripada harga wakaf saiz sama yang dijual diluar. kalau ikut saiz yang aku buat ni, anggaran harga kat luar mungkin sekitar RM4 hingga 5 K. jadi, lebih baik aku cuba buat sendiri untuk memahirkan lagi bakat seni pertukangan yang terpendam...
-

Dalam seminggu ni aku cuma dapat selesaikan proses pemotongan kayu-kayu pelbagai saiz mengikut ukuran, selain membuat tapak pengalas untuk tiang-tiang. Biasalah, dua hingga 3 jam je sehari masa yang aku ada untuk penyediaan wakaf ni. InsyaAllah, aku target semuanya selesai dalam tiga minggu. Tapi kalau masih tak sempat pun takde masalah sebab akukan tauke, pekerja & akulah pelanggannya...
-

Selasa, 16 Mac 2010

Operasi Membaja...

Dua minggu lepas, semasa berkunjung ke Karnival Industri Landskap di Bangi, selain membeli & mencari idea-idea baru menghias landskap, sempat juga aku beli tiga jenis baja dari salah sebuah gerai jualan yang memang menjadi tumpuan. Tiga jenis tu termasuklah baja bunga, baja pokok air & baja pokok ros.

Tanpa berlengah, esoknya juga aku buat operasi membaja semua pokok-pokok yang menghuni di laman depan, belakang rumah serta luar pintu pagar kami. Seminggu selepas operasi tu, alhamdulillah... semua pokok-pokok menunjukkan perkembangan yang positif. Terutama sekali pokok-pokok air, & yang paling jelas aku nampak berbeza dari seminggu sebelumnya ialah pokok Melati Air (Mexican Sword -Plant).


Sebelum ni pun memang selalu aku baja pokok-pokok ni, tapi kesannya tidaklah setara kali ni. Ada 5 pasu Melati Air yang menghuni laman rumah aku. Semuanya bertambah gemuk, hijau dan ditumbuhi banyak pucuk-pucuk muda & putik-putik bunga baru...

Selain kesan baja, mungkin juga ianya sebahagian kesan cuaca yang mula berubah sejak seminggu dua kebelakangan ni... Hujan lewat petang & awal pagi dapat jugak sedikit-sebanyak menyejukkan suhu & kelembapan persekitaran yang lebih sesuai untuk pokok-pokok ni...
-


Untuk menyerlahkan lagi kewujudan koleksi Melati Air yang semakin subur ni di laman rumah, aku sediakan beberapa tiang untuk ditenggekkan pasu-pasu pokok ni... melati air memang lebih menyerlah bila pasunya diletakkankan di tempat tinggi disebabkan tangkai bunga-bunganya yang panjang & berjuntai di sekeliling pasu... cuma susun lebihan batu bata & batu pemijak yang aku sorok di setor belakang rumah... yang penting tanpa kos, laman rumah nampak lebih kemas & pokok-pokok ni nampak cantik serta menyerlah...


Rabu, 10 Mac 2010

Karnival Industri Landskap...


Disebabkan kunjungan kali pertama pada minggu lepas kami hanya sempat menjengah gerai2 yang ada, jadi minggu ni kami sekeluarga buat kunjungan kali kedua sebelum karnival ni berakhir esoknya... kali ni memang betul2 kami lawat & berhenti hampir setiap gerai yang ada. Banyak jugak spesis2 pokok yang menarik...
-

Sempat jugak kami borong beberapa pokok buat menambah kehijauan laman kecil kami di rumah...
-

Kali ni kami habiskan hampir 3 jam untuk membuat pusingan lengkap. Ada beberapa gerai yang menjadi tumpuan bukan sahaja kami tetapi pengunjung2 lain... Seronok tengok perabot2 laman yang dipamerkan. Ada juga spesis2 pokok yang jarang boleh kita lihat atau ditanam di sekeliling kita seperti pokok anggur & pokok epal...

Pengunjung kali ni pun lebih ramai tak sama seperti kunjungan hari pertama kami. Mungkin tempoh karnival yang tinggal sehari, selain promosi harga di saat2 akhir yang sememangnya menarik... Bolehlah kami berkunjung lagi ke karnival ni tahun depan...

Selasa, 2 Mac 2010

Cuti-Cuti di Karnival...

Alhamdulillah, kebelakangan ni, banyak pulak cuti umum yang jatuhnya berturut2 dengan cuti hujung minggu. Bolehlah kita bercuti panjang sikit tanpa perlu disambung dengan cuti rehat/tahunan... Lepas puas bercuti sempena Tahun baru Cina, minggu lepas kita bercuti sempena Maulidur Rasul pulak... Tapi yang best budak2 sekolah lah... dalam seminggu dua ni, sekolah bercuti lagi...

Oklah, sebenarnya aku bukanlah nak bercerita pasal cuti, atau pengisian yang dapat dilakukan semasa musim cuti ni. Adakah cuti yang dilalui benar2 kita penuhi dalam ertikata yang sebenar? atau bagaimana kita menghabiskan cuti2 tersebut...? terpulang pada kita sendiri, betul tak.. Yang penting masa cuti inilah saat yang sesuai untuk kita merehatkan minda serta tubuh badan selain dapat keluar bersantai dengan keluarga tersayang...
-

Untuk aku & keluarga, sempat jugaklah kami berkunjung ke beberapa lokasi. Apa yang nak aku ceritakan di sini ialah tentang lawatan kami sekeluarga ke Karnival Industri Landskap sempena Hari Landskap Negara 2010. Pameran anjuran Jabatan Landskap Negara tu diadakan di B.B.Bangi. Menarik jugak. Cuma agak kurang selesa sikit sebab pameran tu dibuat di kawasan taman yang terbuka, memandangkan cuaca ketika ini sedikit hangat, jadinya tak dapatlah nak menghayati betul2 setiap gerai jualan yang ada... nak kata sebab dah tengahari tak juga sebab kami tiba sana sebelum jam 11 pagi...
-

kunjungan ke sini memang tak sia2. Banyak idea baru & inspirasi laman/landskap yang aku dapat... semuanya aku rakam dalam kepala je sebab tak sempat nak rakam dengan kamera. Terutama sekali rekaan2 perabot taman yang agak unik & menarik.. Untuk mereka yang minat berkebun atau memenuhkan halaman rumah dengan pokok-pokok bunga atau buah-buahan, memang sesuailah berkunjung ke sini... banyak jugak spesis pokok yang dijual... sempat juga aku sambar pokok Akar Dani dan beberapa paket baja... Selepas habis satu pusingan, kami pun beredar...
-

Keluar je dari kawasan Karnival tu, kami buat keputusan untuk singgah sekejap ke Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Misi kali ni pelik sikit.. Bukanlah kami nak tengok sangat apa yang ada di karnival tu, sebab artis2 & personaliti TV yang kami nampak memang dah selalu kami tengok kat TV.. Apa yang penting, kami nak gunakan peluang ini untuk membawa anak2 yang teringin sangat merasai pengalaman menaiki LRT untuk ke Bukit Jalil...
-

Walaupun sekejap je, yang penting diorang berdua seronok... Sempatlah kami merewang sekejap ke beberapa booth jualan & pameran lebih kurang sejam.. kali ni matahari semakin tinggi & bahang cuaca panas semakin terasa... Baliknya kami singgah ke Alamanda Putrajaya, untuk sejukkan badan.....


Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...