Klik je...!!!

Jumaat, 13 Disember 2013

Zair Iman Dah 3 Tahun...

 
 
 Saya dah 3 tahun tau....!!!
 

Alhamdulillah, usia putera bongsu kami Zair Iman dah genap 3 tahun... Zair kini semakin lincah & bijak... Semoga Zair terus membesar dengan sihat dan beriman serta menjadi anak yang soleh, insyaAllah....
 
 
 
Ingat ye, saya bukan 2 tahun lagi, saya dah tiga tahun... emm
 
 
 
 
Zair Iman makin hari makin kamcing dengan abang Hafiynya... -sparring partner tu...
 
 
 

Jumaat, 15 November 2013

Hari Kecemerlangan...





Semalam kami sekeluarga pergi ke majlis penyampaian hadiah sempena Hari Kecemerlangan dan Majlis Khatam Al Quran untuk sekolah agama… Alhamdulillah, Nur Jihan dapat hadiah lagi… Kali ni untuk anugerah Pelajar Mumtaz.. ramai jugak kawan sekelasnya yang dapat Mumtaz… Anugerah ni untuk pelajar-pelajar yang dapat keputusan 90% ke atas…. Selain tu Jihan dapat hadiah untuk Matapelajaran Terbaik -Tauhid dan Feqah… tahniah buat Nur jihan…
 
Tunggu turn...
 
Nur Jihan dan kawan2 yang cemerlang bersama ustazah kelasnya...
 

Setakat dua tahun bersekolah ni, Jihan memang menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran… Darjah tiga nanti, Jihan terpilih jadi pengawas kat sekolah agamanya…. Sejak darjah satu lagi Jihan dah teringin nak jadi pengawas…. Betul kan kakak…? Jadi, Tahniah…… teruskanlah kecemerlangan dalam pelajaran dan tunjukkanlah akhlak yang baik pada semua.... insyaAllah. Semoga menjadi inspirasi buat adik2 -Hafiy Nusair dan Zair Iman…
 
Hafiy pun sanggup datang sekolah semata-mata nak maraikan kejayaan kakaknya.... emmm, Hafiy pulak bila lagi ye...?


Semoga terus cemerlang, dunia dan akhirat…. Amin...

Ahad, 10 November 2013

Family Day 2013...


 

Pagi tadi ada majlis Hari Keluarga di taman perumahan kami. Alhamdulillah, walaupun jumlah rumah kat taman ni setakat 100 buah, tapi penduduknya memang aktif dalam menganjurkan aktiviti atau majlis yang berupaya memupuk semangat kejiranan dan perpaduan di kalangan kami...Untuk 2 hari dalam hujung minggu ni je ada 4 program... Pertama, jumaat malam hari tu ada majlis ceramah Maal Hijrah. Sabtu siangnya ada treasure hunt... Malamnya ada majlis jamuan setaman sempena meraikan segelintir penduduk di sini yang menyambut Deepavali... Dan, kemuncaknya adalah sambutan hari keluarga dan sukaneka ni...
 

 
Jihan dan Hafiy pun join senamrobik sebelum memulakan acara mewarna dan sukaneka....
 

 
Ni acara kegemaran ramai anak2 kita... acara rebut gula-gula.... ada yang masuk poket, ada yang masuk dalam baju dan ada jugak yang bawak plastik... hehehe, tak aci betul.... takpelah, saje seronok2....
 
 

salah satu acara wajib.... lari dalam guni....
 

Meriah tapi tak syok sikit, sebab ini kali pertama putera puteri aku menyambut hari keluarga tanpa ibunya... sebab kebetulan kena outstation... jadi, kuranglah sikit mood nak berseronok dan bersukaneka tu.... Kalau sebelum ni kami sekeluarga, masing-masing akan join 4 atau 5 acara, tapi kali ni setakat satu dua je... Aku macam biasalah, mesti join acara kemuncak -tarik tali... untuk acara tarik tali ni, sebagai juara bertahan buat tiga tahun berturut2, aku turun ke padang dengan gaya bersahaja... melangkah dengan penuh kondifen... sambil tu, aku dapat rasakan seakan setiap biji mata pihak lawan (yang juga jiran2 setaman) memandang setiap langkahku dengan penuh gerun bercampur dendam di dalam senyuman... Dan akhirnya.... keputusan tidak dijangka, kami tewas... tapi aku redha... setelah melakukan post-moterm, aku sedar betapa ketidakhadiran cik puan pada hari keluarga kali ini amat memberi kesan kepada kekuatan moral dan semangat dalam perjuangan tarik tali tadi.... hehehe... ok, kita lupakan pasal tarik tali dan post-moterm tu....


 

Putera puteri kami, Nur Jihan dan Hafiy hanya join satu acara je (pertandingan mewarna kategori 7-8 tahun)... tapi, alhamdulillah.... Nur Jihan berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke 3 utk kategori perempuan.... memang dah jangka... Yang agak mengejutkan dan tak disangka2 -Hafiy pun muncul juara, utk kategori lelaki.... Jadi, kira adillah sebab kali ni balik rumah dua2 dapat bawak hadiah yang sama... masing2 dapat beg sekolah.... hehehe, jimat sikit bajet barang sekolah untuk tahun depan.... Tahniah buat Jihan dan Hafiy.....


 
Dah boleh start ke.... tak sabar dah ni nak kaler.....

 
 
Alah, kacang je ni.... kejap lagi siaplah....
 

Seorang lagi putera kami, Zair Iman pun join acara mewarna ni.... hebat jugaklah memandangkan usianya yang belum mencecah 3 tahun dah berani masuk untuk memberi cabaran buat abang dan kakaknya... Tapi Zair akhirnya tarik diri selepas 10 minit mewarna... aku tak pasti kenapa, mungkin Zair takut dia menang... dan pastinya kemenangan tu nanti akan mencabar kredibiliti abangnya Hafiy.... jadi dia bagilah peluang kat Hafiy untuk menang buat setahun dua ni.... hehehe...... biasalah, budak2 seusia tu, bateri diorang agak aktif utk 5 minit pertama je.... lepas tu mulalah bosan.......


 
Zair merajuk ke...

Masa balik rumah tengahari tu, sempatlah berposing depan pintu pagar... masing-masing happy sebab dapat hadiah besar kecuali Zair Iman yang takde apa2 nak dipegang.... itu yang buat muka masam je.... heheheh... sabar ye Zair, insyaAllah, suatu hari nanti Zair pun akan minat dan pandai mewarna macam abang Hafiy dan kakak Jihan....


Khamis, 7 November 2013

Skodeng... (U)





Sebulan ia berbungkus. Dilitupi kemas agar terlindung dari pandangan mata kasar... Namun, yang terlindung terdedah jua akhirnya... bukan disengajakan, tapi itulah resmi kehidupan.. semakin lama, semakin berusia, semakin ia berisi... Selalunya, yang membalut didakwa semakin mengecil, padahal yang dibalut itulah yang semakin membesar.... hehehe...




Tengoklah tu, masa bungkus hari tu macam terbesar je balutan tu, tapi lepas sebulan ni, sampai terselak semuanya... ada yang terkoyak terus... kena pulak cuaca tak menentu sekarang ni, kejap panas, kejap hujan, lepas tu ribut... jadi, mana-mana balutan yang dah gugur ke bumi tu, aku ucapkan bebanyak terima kasih atas jasanya memastikan proses pematangan buah-buah mangga ni berjalan dengan baik... hehehe...




InsyaAllah kalau ada rezeki, dalam dua atau tiga minggu lagi, dapatlah kami merasa mangga-mangga yang gebu ni.....


Tahniah Nur Jihan...




Pagi tadi kami ke Majlis Hari Anugerah Kualiti dan Graduasi Pra Sekolah... Tahniah buat Nur Jihan sebab dapat naik pentas... Kali ni Jihan dapat anugerah untuk Pencapaian Terbaik Tahun 2... Selain tu Jihan dapat Anugerah untuk matapelajaran Sains dan bahasa Arab...

Semoga Jihan terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi inspirasi buat adik-adiknya Hafiy Nusair dan Zair Iman, insyaAllah....

Tahniah ye...
 


 
 
 
 

Isnin, 4 November 2013

Hapy Birthday, Hafiy dah 7 tahun...





Wah... diam tak diam, semalam 3 November 2013 umur Hafiy dah genap tujuh tahun... Doa buat Hafiy, semoga Hafiy menjadi anak yang soleh dan sentiasa dirahmati Allah... membesar dengan sihat, cerdas dan bijak dalam pelajaran... insyaAllah...


Ini gambar sekitar hari kejadian... hehehe...




 
Kek istimewa buat Hafiy..........





 
Sempat jugaklah sambut secara sederhana kat rumah je... Pagi tu sempatlah keluar jap cari hadiah pilihan sendiri....  Kali ni Hafiy dapat transformers baru...hebat tak..???


 

Jumaat, 1 November 2013

Happy Gold...

 
 


Ni salah satu spesis Adenium terbaru kat laman kami...
 
Setelah hampir lima bulan menanti, akhirnya berbunga jugak... Jenuh aku menunggu & perhatikan sejak tiga minggu lepas tiap-tiap kali balik kerja.... ini koleksi terbaru laman kami.. Aku sunting si kuning lembut ni kat Floria lepas...

Masa beli dulu, nampak jugak putik-putik kuntum bunga macam nak keluar dah... Tapi biasalah, mungkin sebab 'kejutan budaya' berbanding habitat asalnya, jadi semua putik-putik tu gugur sebelum berjuang... Takpelah, lepas tu aku pun jaga jelah pokok ni macam biasa... Siram dua hari sekali, baja sekali setiap sebulan dan kenakan pada cahaya matahari secukupnya...
 
 
 
 
 
 
 
 
Ni bukan spesis Adinium biasa-biasa... tapi spesis yang special sikit, harga pun boleh tahan masa beli tu... Kalau tak silap, nama komersil Happy Gold... mungkinlah....
 
 
 
 
 
oklah, rajin-rajinlah berbunga ye....


 

Isnin, 28 Oktober 2013

Tazkirah..... Update...




 
Ini pesanan untuk diri aku dan semua yang membaca....
Hampir setiap hari, setiap detik, bila kita on wi-fi atau mobile data kat smartphone atau apa2 gajet yang seangkatan, ada saje notification untuk update software, application atau games yang ada dalam tu… Itu menunjukkan walau sehebat manapun teknologi dan kecanggihan yang dihasilkan, ia masih memerlukan pengemaskinian hampir setiap waktu agar ia menjadi sempurna atau sekurang-kurangnya kelihatan sempurna di mata kita… Dan kita sebagai pengguna setianya, tanpa berfikir panjang akan terus mengupdatenya…
Namun sedarkah kita, 'perisian' iman kebanyakan daripada kita sebagai seorang muslim hanya diinstall ketika kita berusia 7, 8 atau 9 tahun. Itupun sebab di usia tersebut kita dah mula dihantar ke sekolah agama.. Tak kisahlah sekolah agama rakyat atau negeri… yang pasti itulah waktunya kita diisi dengan kefahaman tentang rukun islam, rukun iman, fardu ain dalam subjek Tauhid, Ibadat, Fekah, al Quran, Bahasa arab, Tajwid dan sebagainya...

Dalam satu ceramah, ustaz cuba bertanya pada semua jemaah, Bila kali terakhir kita semak bacaan solat? Minggu lepas? Sebulan lepas? Setahun lepas? 10 tahun lepas? Semua terkebil-kebil nak jawab… termasuk akulah tu… Ustaz kata kita kena apdate dan sentiasa perbetulkan bacaan –bacaan dalam solat tu… Tambah Ustaz lagi, kalau dia mintak setiap sorang bacakan bacaan ketika tahiyat, confirm ramai yang baca tak betul dan tonggang langgan baris dan bunyinya…
2 minggu lepas  aku ada  join kursus  wudhu dan solat bersama Ustaz Don… Ustaz Don kata kalau nak belajar pasal wudhu dan solat, sehari, seminggu, pun tak cukup… jadi kami belajar bab-bab penting dalam rukun je… mana yang sempat dalam 4 jam yang diperuntukkan masa tu… Yang pasti kalau wudhu tak sempurna, memang sia-sialah solat kita tu… Sekarang ni kalau kita ke surau atau masjid, cuba tengok orang berwudhu, ada yang setakat hulur-hulur tangan dan kaki macam tu je… Bukan nak tengok, betul ke air tu sampai ke siku, betul ke dah sampai sampai ke buku lali…
Ini baru yang basic… belum yang berat2… jadi bermula hari ini, sentiasalah update semua tu… Bermula dengan wudhu kita, solat kita, bacaan Al Quran kita dan mana-mana  yang dirasakan perlu diupdate… bukan smartphone kita je….



Satu lagi ingatan dari Ustaz yang aku ingat, UMAT ISLAM yang paling rugi ialah yang hayatnya sempat bertemu dengan zaman digital sekarang ni… Sebab tak pandai nak manfaatkan teknologi dan gajet2  yang ada untuk perkara yang baik… Kalau dulu nak belajar agama, nak baca Al Quran, kena masuk kelas, pergi kursus, pergi surau, masuk masjid, tapi sekarang ni, semuanya di hujung jari… Itu pun masih ramai tak sedar atau saje buat tak sedar....
Jadi… sekarang ni, bolehlah UPDATE apa yang kita dah install masa baru masuk sekolah agama dulu....
 Ini baru cerita pasal update software. Belum masuk bab Upgrade hardwarenya lagi…. Macam mana nak Upgrade Hardware tu, Tepuk dada tanya Iman….
 

والله أعلمُ بالـصـواب




Jumaat, 25 Oktober 2013

Ops Bungkus...



 
Disebabkan musim berbuah pokok mangga aku kali ni agak memberangsangkan, aku cadang nak bungkus awal-awal... takutlah kalau-kalau menjadi nanti akan menimbulkan rasa geram pada mata-mata yang memandang... Tengok gaya, insyaAllah kalau menjadi, memang bergayut-gayutlah buah-buah mangga ni sebab mangga jenis ni memang agak besar saiznya. Jadi bila dah membesar ke tahap matang, buah akan menjadi lebih berat dan terjuntai-juntai ke bawah.... hehehe..
 
 
 
 
Sebenarnya tak semua putik akan dibungkus. Aku akan pilih mana-mana putik yang berjaya mencapai ukuran sekurang-kurangnya 2 inci, sebab awal-awal ni biasanya tak semua putik akan lekat atau menjadi... itupun aku bungkus mana yang dok bawah-bawah je, yang dok tinggi atau terlindung & menyorok-nyorok tu, aku biar jelah...
 
 


 
Operasi membungkus ni aku buat sejak lebih kurang tiga minggu lepas... & operasi berterusan setiap hari dalam dua minggu...
 
Alhamdulillah, nampak macam boleh merasa lebih sikit kali ni... dapatlah juga jiran tetangga & kekawan merasa.... insyaAllah....
 
 
 
 

Ahad, 22 September 2013

Mata Air Baru...


Orang kata... Dari mata turun ke hati. Kalau dah suka sama suka, apa lagi ditunggu.... Mula-mula macam tak percaya, tapi akhirnya terpaksa juga terima hakikat... Namun perasaan suka itu membuatkan aku terpaksa melakukan pengorbanan yang cukup besar. Biasalah, tak semua benda atau perkara dapat kita miliki dalam satu masa... Mesti ada yang terluka sebab terpaksa disisihkan.... Mungkin ada yang tak percaya, mungkin juga ada yang setuju. Terpulang pada pendirian masing-masing...


Kami berkenalan hanya melalui dunia maya... Tak lama pun, lebih kurang seminggu je... itu pun melalui perkenalan yang tak disengajakan.... Emmmhhh... apa nak buat kalau dah jodoh.. Allah memberi kita akal supaya kita bijak dan boleh berfikir... Insan kerdil seperti kita sentiasa diberi pilihan... dan pilihan yang pelbagai itulah ujian kecil yang kita lalui dalam meneruskan kehidupan.... Jadi usah salahkan takdir dengan segala yang berlaku... kerana kita yang memilih... ingat ye, kita yang memilih....


Berbalik pada cerita mata air baru... Esok, genaplah seminggu aku menyuntingnya... insyaAllah, aku akan menjaganya sebaik mungkin, sebagaimana aku menjaga Miss Viva dan Miss Exora yang aku sunting setahun yang lalu.... Setelah aku mengintai-ngintai Future, Ace 115, LC 135, Lagenda dan beberapa lagi model-model hot dalam pasaran, akhirnya aku memilih GT 128...



Cantikkan mata air baru aku ni....
 

Wakaf yang aku usahakan hampir tiga minggu beberapa tahun lepas untuk kemudahan famili bersantai terpaksa aku korbankan dengan membuang bahagian lantai... sedih jugak awal-awal tu, tapi itu je pilihan yang ada, kalau tidak Mr. GT 128 ni nak duduk mana, ye tak....? maklumlah, laman rumah kecik....


 
Nampaknya dia dah selesa dok situ, toksahlah kita ganggu dia ye...
 
 
 
 
 
 
 Mungkin inilah kesan kenaikan harga pengurangan subsidi petrol.....
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 20 September 2013

Hobi Baru...

 
 Penat mengayuh....
 
 
Rasanya masih belum terlambat untuk kami sekeluarga memiliki satu hobi baru.... kali ni hobi kami kira best le sebab boleh melibatkan semua ahli keluarga... cuma kena keluar modal sikitlah awal-awal ni....
 
 Penat betul nampaknya si Zair Iman tu, tiap kali bergambar mesti dia tengah minum...
 
 
Yang penting kami boleh beriadah & berseronok sambil menyihatkan badan... hehehe... maklumlah, kecik-kecik dulu macam tak puas kayuh basikal...
 
Sekarang ni bila tiba hujung minggu je, kami akan keluar ke sekitar Putrajaya.. Putrajaya kan kaya dengan taman-taman rekreasi menghijau... so pilih jelah mana yang berkenan....



 
Bukan untuk disewa tau!!!..... hehehe
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 19 September 2013

Tak Putus...

Alhamdulillah... Nampaknya, pokok mangga kami dah mula berbunga sejak awal Syawal hari tu.... Memang betul, musim berbuahnya memang tak putus... Masa gambar ni dirakam, masih ada sebiji dua lagi buah dari musim sebelumnya...



Ini gambar lebih tiga minggu lepas, balik cuti raya hari tu.... dua minggu lepas tu, tangkai bunga memenuhi hampir setiap pucuk yang ada, sampai hari-hari kena siram kereta yang aku letak kat bawahnya sebab dah macam musim salji...


Kali ni bunganya boleh tahan lebat, hampir setiap pucuk berbunga... InsyaAllah, kalau hanya 30% dari bunganya menjadi pun, itu dah kira bagus... cuma aku tak dapat bayangkan macamana tangkai & dahan pokok mangga ni nak menampung buahnya yang agak gedabak tu... hehehe....  kita tunggu & lihat jelah ye......
 
 

Selasa, 20 Ogos 2013

9 Tahun Yang Indah Bersamanya...



Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala kurniaanNya... Terima kasih kerana menemukan aku dan dia... Kau Berkati dan rahmatilah hubungan kami, bersama-sama cahaya mata... 9 tahun berlalu, semoga ikatan ini terus kekal & bahagia ke akhir hayat, insyaAllah....

Jumaat, 9 Ogos 2013

Salam Aidilfitri...




Salam Syawal buat semua yang mengenali, sanak saudara, sahabat handai serta pembaca inspirasi alam.... Selamat Hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin dari kami sekeluarga....

Selasa, 9 Julai 2013

Mangga lagi....





Musim pokok mangga kami berbuah kali ni agak menggalakkan jugak walaupun cuaca kebelakangan ni tak menentu... Kalau ikutkan, musimnya dah mula sejak awal tahun lagi, tapi disebabkan tempoh berbunga dan berbuahnya tak serentak, so nampak macam musimnya agak panjang kali ni.... Lebat tu takdelah, awal-awal dulu aku tak kisah sangat kalau buah-buahnya tak berbalut, tapi disebabkan beberapa kes 'kehilangan'.. aku pun mulalah membalut buah-buah yang berpotensi untuk membesar di pokok ni.. hehehehe... tak sangka pulak ada yang geram bila tengok buah ni.... takpelah, kira sedekah je dan harap pemilik tangan-tangan yang memetik tu akan insaf...



 

Sabar ye Zair... Nampaknya zair Iman ni dah tak sabar sangat nak merasa isi mangga ni.... hehehe...





 
 
 

Klik je...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...